Semakan Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Secara Online. Berikut dikongsikan cara semak saman trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Automated Enforcement System (AES) yang mudah dan pantas. Untuk makluman, saman tertunggak kini boleh disemak dan terus dibayar secara atas talian/ online hasil daripada pengenalan teknologi moden masa kini.
Anda semua kini tidak perlu lagi keluar rumah dan membuang masa bersesak-sesak di jalan raya dan kaunter jabatan terbabit hanya untuk melakukan semak saman secara online sahaja. Kini, semuanya berada di hujung jari anda. Semakan terhadap saman boleh dilakukan secara online atau atas talian mahupun melalui perkhidmatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
INFO TERKINI : Diskaun Saman JPJ
JPJ mengumumkan Kompaun Khas RM150 bermula 3 Januari hingga Jun 2025 bagi 3 kesalahan. Kadar biasa kompaun RM300 bagi tiga kesalahan notis saman: Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/ JPJ (P) 23 (115). Kaedah pembayaran hanya boleh dibuat melalui aplikasi myJPJ, Kaunter mobile JPJ, Kios JPJ, Portal rasmi JPJ, Kaunter JPJ. Pembayaran tidak boleh dilakukan melalui saluran MyEG dan Pos Malaysia.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Cara Semak Saman JPJ/ Trafik Secara Online Dan SMS (PDRM, AES)
Berikut dikongsikan portal-portal yang menyediakan perkhidmatan semak saman trafik secara online/ atas talian dan SMS untuk kemudahan anda semua yang mempunyai saman kesalahan jalan raya. Sila pilih kaedah semakan yang anda suka.
Semakan Saman Polis Trafik Online (cara check saman)
1. MyBayar Saman
Layari Portal di pautan MyBayar Saman
Ikuti langkah-langkah berikut untuk check saman polis trafik :-
- Klik butang ‘DAFTAR’ untuk daftar sebagai pengguna baharu
- Isi maklumat peribadi – no. kad pengenalan, nama, alamat, alamat emel dan nombor telefon bimbit
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit
- Log masuk dengan nombor kad pengenalan (untuk ruangan Id Pengguna) dan kata laluan yang didaftarkan
- Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan untuk buat semakan
Pengguna juga boleh membayar saman melalui Portal & aplikasi MyBayar Saman
2. JPJ (mySIKAP)
Anda boleh membuat semakan saman JPJ secara online melalui laman web semakan ini. Tetapi hanya boleh digunakan bagi saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja. Untuk melakukan semakan dan membayar saman JPJ, ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Layari www.jpj.gov.my (mySIKAP)
- Klik pada ‘Daftar/Log Masuk Kali Pertama’
- Anda perlu mengisi butiran maklumat yang diperlukan dan klik ‘Teruskan’
- Pastikan maklumat-maklumat anda betul dan tepat
- Satu paparan pengesahan akan keluar dan klik ‘Ya’
- Jika pendaftaran anda berjaya, paparan pendaftaran berjaya akan keluar
- Kembali ke halaman utama mySIKAP dan log masuk menggunakan ID pengguna dan Kata Laluan sementara untuk menyemak dan membayar saman
Cara Membuat Pembayaran Saman JPJ
Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.
- Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
- Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.
Dimana Saman JPJ Boleh Dibayar
Saman JPJ boleh dibayar di lokasi/ tempat berikut:
- Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
- Melalui perkhidmatan mySIKAP.
Cara-Cara Pembayaran Saman JPJ
- Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:
- Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
- Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
- Bayaran boleh dibuat secara tunai.
- Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
- Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan eservices.
Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun . Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ.
Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 , bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut:
- https://public.jpj.gov.my
- http://www.myeg.com.my
3. MyEG Services
Anda boleh menyemak saman oleh JPJ dan AES di laman web/ portal rasmi ini. Langkah-langkah untuk menyemak saman adalah seperti di bawah:
- Layari www.myeg.com.my
- Buat pertama kali yang menggunakan servis ini, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu.
- Login menggunakan nama dan kata laluan anda.
- Klik pada e-Services pada menu dan sila pilih JPJ. Bagi saman untuk AES pilih JPJ.
- Pilih pada pautan yang berkenaan bagi menyemak seterusnya membayar saman kenderaan anda
Semak Saman Trafik Melalui SMS
Tiada perkhidmatan semakan saman JPJ atau PDRM melalui SMS pada masa ini. Jika terdapat sebarang makluman berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Semakan saman melalui SMS akan mengenakan caj perkhidmatan 15 sen untuk setiap penghantaran mesej dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
1. Check saman JPJ melalui SMS
Taipkan:
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>(No Kad Pengenalan atau No Kenderaan) pada telefon mudah alih anda dan hantarkan SMS ke 15888.Contoh: JPJ SAMAN 841220122332 atau JPJ SAMAN WEP1234 dan hantar ke 15888
2. Check saman PDRM melalui SMS
Taipkan:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>(No Kad Pengenalan atau No Kenderaan) pada telefon mudah alih anda dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.Contoh: POLIS SAMAN 841220122332 atau POLIS SAMAN WEP1234
Taipkan mesej seperti berikut untuk jawapan yang lebih terperinci:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>(No KP atau No Kenderaan)<jarak>(email) dan hantarkan ke 32728. Perincian saman akan dihantar melalui email anda.Contoh: POLIS SAMAN 760829136666 yusofharris@gmail.com
Diharapkan semoga perkongsian cara Semak Saman Trafik PDRM, JPJ, dan AES Online di atas dapat memberikan panduan berguna buat pemandu atau pemilik kenderaan semua dalam melakukan semakan dan menyelesaikan saman yang tertunggak. Dengan ini dapat mengelakkan anda daripada disenarai hitamkan oleh JPJ atau PDRM.
saman aes aes satu sistem pengesanan, untuk membuat, cara check saman polis, cara untuk, cara semakan saman, nombor pendaftaran kenderaan, kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, mybayar pdrm, apple app store,