Semakan SMA Terengganu 2027 Online (SMANT) & Temuduga

Cara Semak Keputusan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu SMANT 2027 Online. Bilakah tarikh penting semakan SMANT meliputi semakan ujian bertulis/ temu duga dan tawaran serta rayuan? Panduan penting buat pelajar tahun 6 2026 yang ada membuat permohonan kemasukan ke SMA Terengganu Tingkatan 1 ambilan tahun 2027 yang telah dibuka dari 1 September sehingga 30 September 2026. Menerusi makluman Applikasi SMA online dan Facebook Rasmi JPINT, Semakan Keputusan SMA Terengganu atau SMANT ambilan 2027 boleh disemak secara online pada tarikh penting yang dikongsikan dibawah ini.

Keputusan yang boleh disemak adalah semakan ujian bertulis dan keputusan tawaran SMANT. Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari SMAOnline di URL https://jpint.awfatech.com/ untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan semakan SMANT 2027.

Semakan Keputusan Tawaran SMA Negeri Terengganu Ambilan 2027

Berikut dikongsikan informasi penting Semakan Keputusan SMA Terengganu (SMANT) 2027 Online yang memaparkan tarikh-tarikh pentng semakan ujian bertulis, panggilan temu duga, keputusan tawaran, tarikh pendaftaran dan cara hubungi.

Pemohon boleh merujuk kepada tarikh-tarikh penting berikut sebagai panduan dalam memastikan proses kemasukan pelajar ke SMA Negeri Terengganu 2027 berjalan lancar:

Tarikh Ujian Bertulis/ Temu Duga SMANT 2027 Online
Semakan Panggilan Ujian Bertulis/ Pelaksanaan Ujian11 Oktober 2026/πŸ“ Tarikh Ujian Bertulis: Kemasukan Tingkatan Satu
πŸ“… 24 Oktober 2026 (Sabtu)πŸ“ Tarikh Ujian Bertulis: Kemasukan Tingkatan EmpatπŸ“… Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) pada 18 Oktober 2026 (Ahad)πŸ“… Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT) pada 20 & 21 Oktober 2026 (Selasa & Rabu)πŸ“… Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin pada 3 November 2026 (Selasa)
Semakan Panggilan Temuduga/ Pelaksanaan Temuduga1 November 2026/ 14 November 2026

Calon yang dipanggil untuk menduduki ujian hendaklah membuat semakan dengan teliti dan mengambil perhatian terhadap tempat, masa serta arahan ujian yang dinyatakan dalam makluman panggilan.
🌐 Pautan semakan:
[https://jpint.awfatech.com/menengah/]
klik
PENDAFTARAN PELAJAR

Ujian bertulis merangkumi penilaian perkara-perkara berikut :

KERTAS 1 : Ujian Diniyyah (60 MARKAH)

  • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muassirah – 20 soalan
  • Al-Syariah – 15 soalan
  • Usul Al-Din – 15 soalan
  • Menulis Jawi – 10 soalan

KERTAS 2 :Ujian Umum (40 MARKAH)

  • Bahasa Melayu – 15 soalan
  • Matematik – 15 soalan
  • Sains – 15 soalan
  • Bahasa Inggeris – 15 soalan

Tarikh Semakan Panggilan Temuduga SMANT 2027

πŸ“Œ TARIKH SEMAKAN
1 November 2026 (Ahad)

πŸ•Ÿ MASA SEMAKAN
Bermula pukul 4.30 petang

πŸ“Œ TARIKH TEMU DUGA
14 November 2026 (Sabtu)

🌐 LAMAN WEB PERMOHONAN DAN SEMAKAN
https://jpint.awfatech.com/menengah/

πŸ–±οΈ Sila klik pada Pendaftaran Pelajar untuk membuat semakan.

Semakan Keputusan Tawaran SMANT 2026 Online

Berikut adalah tarikh penting di mana calon boleh membuat semakan keputusan tawaran SMANT samada layak atau tidak.

Tarikh Semakan Tawaran SMANT/ Rayuan
TarikhΒ 26 Disember 2025 – 8 Januari 2026

Calon yang gagal boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh 26 Disember 2025 – 8 Januari 2026. Keputusan Rayuan akan dimaklumkan pada tarikh 6 – 11 Januari 2026.

Semakan keputusan tawaran boleh disemak melalui pautan di bawah.

Pautan Semakan Keputusan
SMAonline

Pendaftaran Kemasukan SMA Terengganu 2026

Tarikh pendaftaran kemasukan ke SMANT bagi tahun 2026 adalah pada tarikh berikut :

Pendaftaran SMANTΒ  2026
TarikhΒ 13 Januari 2026

Maklumat lanjut sila rujuk kepada grafik di bawah ini

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan dan semakan keputusan SMANT 2025, sila hubungi sekolah-sekolah berikut:-

1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk,(Asrama Penuh)

  • Jalan Sultan Mahmud,
    20400 Kuala Terengganu.

2. Sekolah Menengah Agama Khairiah,

  • Jalan Sultan Omar,
    20300 Kuala Terengganu,
    Tel : 09-630100 Faks : 09-6312063

3. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang

  • 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
    Tel : 09-6221618 Faks : 09-6313069

4. Sekolah Menengah Agama Marang

  • 21600 Marang, Terengganu.
    Tel : 09-6182226 Faks : 09-6182500

5. Sekolah Menengah Agama Maarif

  • Kampung Raja,
    22200 Besut, Terengganu
    Tel : 09-6955300 Faks : 09-6955301

6. Sekolah Menengah Agama Ittifakiah

  • 22000 Jerteh, Terengganu.
    Tel : 09-6972244 Faks : 09-6902400

7. Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail

  • Jalan Nibong, 23000 Dungun,
    Terengganu.
    Tel : 09-8422400 Faks : 09-8422402

8. Sekolah Menengah Agama Setiu

  • Putera Jaya, Bandar Permaisuri,
    22100 Setiu, Terengganu
    Tel : 09-6097521 Faks : 09-6097012

9. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah

  • Hulu Terengganu.
    Tel : 09-6811326 Faks : 09-6817907

10. Sekolah Menengah Agama Al-Falah

  • Kemaman, Terengganu
    Tel : 09-8591515 Faks : 09-8584535

11. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus

  • KM 21, Wakaf Tengah, 21030 Kuala Nerus
    Tel : 09-6694426 Faks : 09-6694432

12. Madrasah Moden MAIDAM Hulu Terengganu

  • D/A Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, 21700 Hulu Terengganu
    Tel : 09-6812306

13. Madrasah Moden MAIDAM Besut

  • Kampung Padang Landak, 22000 Jerteh Terengganu
    Faks : 09-6976627

Selamat membuat Semakan Keputusan SMA Terengganu ambilan tahun 2027 secara online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMA Negeri Terengganu Tingkatan Satu (1) tahun 2027.

Ref : tingkatan 6, dibuat secara, jabatan pendidikan islam negeri terengganu, secara atas talian,

Share Artikel

shammorin

shammorin