Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Kereta Online

Cara Semak Status Tarikh Luput Lesen Memandu Kereta Dan Motor Di Malaysia Online. Bagaimana cara membuat semakan tarikh tamat lesen memandu anda? Perhatian buat pemandu kenderaan di Malaysia. Adakah anda tahu tarikh luput lesen memandu anda? Jika tidak tahu ataupun lupa, anda kini boleh membuat Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Kereta secara online menerusi Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adalah diingatkan yang memandu kenderaan tanpa lesen sah atau lesen tamat tempoh adalah satu kesalahan jalan raya. Pemandu yang membuat kesalahan boleh di denda sebanyak RM300. Oleh itu, jangan mengambil risiko dengan memandu tanpa lesen dan ikuti cara-cara membuat semakan tarikh luput lesen memandu anda secara online di bawah ini.

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu

Cara Semak Status Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Secara Online

Membuat semakan tarikh luput lesen memandu adalah sangat mudah dengan adanya sistem semakan di Portal Rasmi JPJ. Bagi pengguna atau individu yang telah mempunyai lesen memandu, berikut adalah cara semakan tarikh luput lesen memandu.

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia Online

 

Semakan Tarikh Luput Lesen MemanduAnda di kehendaki untuk memilih kategori ID seperti berikut :-

  1. Malaysian public (MYKAD) : Orang Awam Malaysia
  2. Temporary resident (MYKAS) : Permastautin Sementara
  3. Permanent resident (PTM) : Permastautin Tetap
  4. Police (POL) : Polis
  5. Military (TEN) : Tentera
  6. Non Malaysian (LLN) : Bukan Warganegara Malaysia

Pilih kategori mengikut status anda. Contoh – Untuk pemegang MYKAD, sila pilih kategori “Orang Awam Malaysia”.

(Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567)

  • Setelah pilih status, masukkan nombor kad pengenalan anda (NO ID)
  • Isikan Kod sekuriti yang dipaparkan
  • Klik butang “Search” untuk membuat semakan status

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu

Portal Semakan JPJ akan memaparkan Kelas ataupun Jenis Lesen Memandu beserta tempoh sah lesen memandu

Maklumat Lanjut Nombor Lesen Memandu

Lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ tiada nombor rasmi. Nombor lesen yang dikeluarkan adalah di selaraskan dengan nombor kad pengenalan pemandu.

Selamat membuat Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Kereta secara Online. Sila perbaharui lesen memandu anda jika hampir tamat tempoh atau telah tamat. Terdapat pelbagai cara untuk membaharui lesen memandu samada diperbaharui di JPJ, Pejabat Pos, UTC atau menggunakan servis online MyEG.

Share Artikel

shammorin

shammorin