Cara Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya SPR Secara Online Dan SMS. Mengundi pada PRU (Pilihanraya Umum) adalah tanggungjawab seorang rakyat Malaysia yang berkelayakan. Sudahkah anda bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU14 akan datang? Berikut dikongsikan cara Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (SPR) secara Online buat panduan buat mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih pilihanraya.
Maklumat semakan yang ada dipaparkan adalah bahagian tempat daerah mengundi, lokasi pilihan raya DUN dan Parlimen. Selain semakan secara online, daftar pemilih pilihanraya juga boleh disemak melalui kaedah semakan melalui SMS. Jadi jangan berlengah lagi, jom buat semakan nama pendaftaran pemilih dan lokasi megundi sekarang.
- Tarikh pengundian di Pilihan Raya Umum ke 14 tahun 2018, klik PRU14
Cara Semak Daftar Pemilih Pilihanraya SPR Secara Online Dan SMS
Berikut adalah panduan cara membuat semakan pendaftaran mengundi pilihanraya SPR yang boleh disemak secara online dan SMS. Panduan yang dikongsikan adalah untuk mereka warganegara Malaysia yang telah membuat pendaftaran pemilih tetapi ingin mengetahui maklumat lanjut pendaftaran seperti lokasi tempat DAERAH MENGUNDI, DUN dan PARLIMEN.
Semakan terhadap daftar pemilih baharu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat semalam dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.
A. Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Online |
Berikut adalah langkah mudah membuat semakan atas talian. Semakan boleh dibuat :- |
1. Layari Laman Web Semakan Pemilih SPR |
2. Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa “-” atau “space”) |
3. Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diwartakan pada 10 April 2018 |
NOTA : Semakan lokasi mengundi iaitu maklumat pusat mengundi bagi PRU14 boleh dibuat bermula 16 April 2018, Isnin untuk pemilih berdaftar mengetahui tempat mengundi untuk Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didaftarkan |
Berikut adalah contoh paparan/ hasil semakan selepas pemilih mengisi No Kad Pengenalan mereka :-
Paparan Semakan |
![]() |
9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Dan Cuti Umum Sempena PRU14 |
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan 9 Mei 2018 (Hari Rabu) adalah cuti peristiwa khas untuk semua sekolah seluruh negara sempena hari mengundi di PRU 9 Mei 2018 juga diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan buat rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari pengundian |
SPR juga ada menyediakan semakan untuk mendaftar sebagai pemilih secara SMS khususnya daftar pemilih tambahan undi pos
B. Cara Semak Daftar Pemilih Pilihanraya Melalui SMS |
Cara membuat semakan pengundi melalui kaedah SMS adalah seperti berikut :- |
1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888 |
2. Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888 |
C. Semakan Melalui Aplikasi MySPR Semak |
Aplikasi MySPR boleh dimuat turun di Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma |
Selain daftar pemilih, pengguna juga boleh menyemak nama calon yang bertanding di DUN dan Parlimen pada pilihan raya serta keputusan PRU14 yang dipertandingkan SPR. |
D. Panggilan ke Call Center |
Semakan pengundi boleh disemak dengan menghubungi No Suruhanjaya Pilihan Raya : 03-8892 7018 |
Cara Mendaftar Sebagai Pengundi/ Pemilih Pilihanraya
Orang ramai boleh membuat pendaftaran Borang A sebagai pemilih termasuk melalui MySPR Daftar dengan merujuk kepada panduan pendaftaran sebagai pemilih/ pengundi.
MySPR Daftar, bukan sahaja boleh membuat pendaftaran pemilih secara online, malah boleh juga memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
Keputusan pilihan raya PRU 14 tahun 2018 setiap negeri boleh diketahui dengan melayari pautan link NAMA NEGERI yang disenaraikan pejabat pilihan raya negeri-negeri seperti berikut :-
KEPUTUSAN PRU 14 SELURUH NEGERI | |||
![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | – |
Jom marilah sama-sama kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mendaftar sebagai pengundi pilihan raya .SPR mengadakan pameran rang daftar pemilih tambahan. Tempoh pameran selama 14 hari. Kepada mereka yang telah mendaftar borang pendaftaran pilihan raya, selamat membuat Semakan pengundi Pilihanraya SPR secara Online dan juga melalui SMS.
Related : bahagian pilihan raya, untuk membuat, berkenaan semakan rasmi spr pendaftaran tukar alamat