Untuk makluman, kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula pelaksanaan PLKN 3.0 yang melibatkan kaedah latihan yang berbeza. Kepada pelajar yang terlibat, berikut adalah panduan cara membuat semakan PLKN 2025 secara online sebagai panduan. Semakan status yang terlibat adalah semakan Status Permohonan Kemasukan Dan Penempatan Pelatih.
Untuk Program kali ini, syarat-syarat asas pemilihan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah;
1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap di Malaysia.
2. Berumur 16-35 tahun.
3. Sihat dari segi fizikal dan mental
Bagi PLKN Asas, pelatih-pelatih akan dipilih daripada remaja Malaysia yang dilahirkan pada tahun remaja tersebut berumur 18 tahun. Proses pemilihan pelatih dilaksanakan secara kerahan bersyarat dan terbuka kepada pelatih yang memenuhi syarat kelayakan yang ditentukan oleh badan pelaksana latihan.
PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2025 / 2026
Pada 9 Oktober 2023, Menteri Pertahanan telah mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan dan mengkaji pelaksanaan PLKN 3.0 kerana ia membantu belia negara dalam mempelajari asas ketatanegaraan. Cadangan pelaksanaan adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : Tingkatan empat di sekolah menengah melalui badan beruniform
- Fasa 2 : Selepas SPM, latihan selama 45 hari di Kem Tentera, PULAPOL
Bagi mengurangkan kos perbelanjaan, latihan akan diadakan di kem tentera dan PULAPOL di seluruh negara yang dapat menampung sekurang-kurangnya 4,000 orang untuk satu tahun. Modul latihan sebanyak 90% tertumpu kepada latihan ketenteraan manakalan 10% lagi untuk latihan kewargenegaraan.
Pelaksanaan Percubaan PLKN 3.0
Ianya bermula secara rasmi pada 12 Januari 2025 selepas 7 tahun dimansuhkan. Seramai 130 pelatih sukarela telah melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun. Pelatih akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan selama 45 hari hingga 25 Februari 2025.
Fasa seterusnya akan dilaksanakan di tempat latihan asas seperti di 13 kem Askar Wataniah, 20 Universiti Awam, 33 Politeknik, 27 Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam ILKA/ Institusi Latihan Perindustrian (ILP).
Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan Malaysia
3 November 2023 – Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula Program Latihan Khidmat Negara dengan kaedah yang baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628)
Mengenai penetapan had umur pelatih yang akan menjalani. Kerajaan akan melaksanakan seperti berikut:
- Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ini bermaksud ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0. Contohnya, jika PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.
- Sekiranya pelatih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan sehingga had maksimum menjadi pelatih iaitu 35 tahun.
Siaran akhbar penuh boleh dibuka pada pautan, Kementerian Pertahanan.
Semakan PLKN 2025 Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan PLKN 2025 iaitu Semakan Status Permohonan Kemasukan dan juga semakan penempatan pelatih yang boleh disemak secara online.
Semakan panggilan kemasukan PLKN 3.0 Siri 2/2025 boleh dibuat mulai hari Selasa, 22 April 2025. Seramai 550 pelatih dijangka menyertai siri latihan yang akan bermula 11 Mei hingga 24 Jun 2025. Latihan akan dijalankan di Kem Rejimen Askar Wataniah, Kem Rejimen 515 Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Pekan, Pahang.
A. Cara Semak PLKN 2025 Secara Atas Talian/ Online
Status Permohonan Kemasukan dan semakan penempatan pelatih boleh disemak di Applikasi Semakan PLKN di bawah ini.
B. Semakan SMS
Tiada semakan melalui SMS disediakan
Tarikh Latihan PLKN Siri 2/ 2025
Berikut dikongsikan tarikh penting dan tempoh masa latihan mengikut kumpulan pelatih:-
- 11 Mei hingga 24 Jun 2025 (Tempoh 45 hari)
Konsep PLKN 3.0
Ianya dibangunkan berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP), dan dasar-dasar berkaitan yang disebut sebelum ini. Konsep ini dibentuk dengan gabungan dua (2) komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat (4) fasa.
Peserta yang layak menyertai PLKN 3.0 adalah seperti berikut:
• Semua remaja warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia.
• Telah mencapai umur tidak kurang daripada 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun (bergantung kepada kategori program sama ada Pra PLKN, Latihan Asas atau Khidmat Negara).
• Berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental untuk membolehkan mereka mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang program.
• Mereka yang terpilih melalui sistem pemilihan atau mendaftar secara sukarela.
Apakah objektif utama PLKN 3.0?
Objektif utama adalah:
• Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda,
• Memupuk dan menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum serta integriti nasional,
• Membentuk perwatakan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni,
• Menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan, dan
• Melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan berkeyakinan.
Tempoh program PLKN 3.0 adalah seperti berikut:
• 45 hari bagi peserta yang dipilih untuk menjalani latihan di kem-kem tentera.
• Sekurang-kurangnya satu semester bagi peserta yang menjalani program ini di IPTA, IPG, Politeknik, atau institusi lain yang diiktiraf.
• Pra PLKN dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya untuk pelajar Tingkatan 4.
• Jangka masa bagi latihan lanjutan bergantung pada pendekatan dan modul setiap latihan, yang kesemuanya merupakan latihan atau kursus jangka pendek.
Cara Hubungi JLKN
Untuk maklumat lanjut dan mengetahui perkembangan semasa berkaitan, anda dinasihatkan melayari :-
- Semakan Status Permohonan Kemasukan
- Soalan Lazim (FAQ)
- Laman Facebook
- No. Telefon Call Centre 03-4013 3631 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang).
Diucapkan selamat membuat Semakan PLKN 2025 secara Online. Tahniah kepada bakal pelatih yang berjaya dalam keputusan semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih. Jumpa anda di sana nanti.
Rel : mencapai 35 tahun, untuk menyertai program latihan khidmat, konsep dan format baharu, 13 kem rejimen 515 askar wataniah kl, tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian, mendapat info terbaru, sihat dari segi fizikal dan mental, gagal untuk menyertai program, berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi, peserta program latihan khidmat negara plkn 3.0,