Panduan Dan Contoh Soalan Ujian MEdSI Terkini. Ujian Malaysian Educators Selection Inventory atau Ujian MEdSI adalah salah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf kemasukan ke Universiti Awam (UA). Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian MEdSI Dan Panduan untuk rujukan pelajar.
Ujian MEdSI bertujuan untuk mengukur kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti and Kecerdasan Emosi. MEdSI telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari UA.
Panduan Ujian MEdSI
Maklumat yang diperolehi dari pengukuran/ ujian ini akan digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di UA yang berkaitan seperti UPSI, UTM, UTHM, UIAM.
Contoh Soalan Ujian MEdSI
Untuk layak menduduki Ujian MEdSI, calon-calon harus mempunyai kelayakan berikut iaitu lepasan STPM/setaraf untuk mengikuti PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN dan memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) di IPTA.
Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti yang tersebut di atas akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) untuk menduduki ujian MEdSI.
Format Ujian MedSi
Mengandungi 300 soalan dan dijawab dalam masa 1 Jam dan mempunyai 4 bahagian
- Bhg.1 : Personality (Personaliti) 110 soalan
- Bhg. 2 : Career Interest (Minat Kerjaya) 60 soalan
- Bhg.3 : Value Integrity (Nilai Integriti) 70 soalan
- Bhg. 4 : Emotional Intelligence (Kecerdasan Emosi) 60 soalan
Tips Menjawab Soalan MEDSI
Contoh Soalan Dan Panduan Ujian Medsi
Semakan Kelayakan Menduduki Ujian MEdSI
- Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web http://www.upsi.edu.my/kemasukan/medsi/ atau https://imedsi.mohe.gov.my/
- NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui Permohonan UPUonline
- SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web UPSI
- TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
- MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.
- Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
- Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
- JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
Ujian MEdSI :-
- diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
- hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
- adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
- ialah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU. Jadi, yang memohon tu mestilah minat untuk jadi guru, betul tak?
- Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
- JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja. 1 soalan bersamaan dengan masa 12 saat untuk menjawab.
Semoga panduan ini memudahkan para pemohon untuk membuat persiapan menjelang Ujian MEdSI. Semoga berjaya buat semua yang memohon.
2 comments
Thank you for the insight. Did you recently sit for Medsi? How was the questions structured like under the latest format? It’ll be a great help for me to understand it.
Info yg sangat membantu