Cara Semak Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Guru Dan KKM Online. Berita baik buat mereka yang bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semakan Kenaikan Pangkat Guru KKM kini boleh dibuat melalui applikasi semakan secara atas talian atau online. Applikasi semakan KPM dan KKM yang disediakan ini memudahkan guru dan kakitangan KKM untuk membuat semakan urusan naik pangkat dengan mudah dan pantas.
Keputusan urusan kenaikan pangkat Guru boleh disemak melalui Naikpangkat.moe (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia – BPSM) untuk KPM. Manakala untuk KKM, ianya adalah melalui ebsemak.
Cara Membuat Semakan Kenaikan Pangkat Guru Dan KKM Online
Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting berkaitan dengan ePangkat yang merangkumi cara membuat semakan dan link applikasi semakan serta nota penting.
A. Naik Pangkat Guru Online
- Applikasi semakan Klik : https://naikpangkat.moe.gov.my/
- Sila masukkan No Kad Pengenalan dan klik butang SEMAK
- Contoh : 780415016341
Nota Penting Kenaikan Pangkat Guru
- Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
- Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
- Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1).
- Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak status Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan/ Bahagian masing-masing selepas 30 hari bekerja dari Tarikh Muat Naik Data.
Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.
Cara Hubungi
Untuk sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada
- Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA .
Tel: 03-88847963/7863/7816
Email: cnp@moe.gov.my
B. Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Online
- Applikasi semakan Klik : http://ebsmsemak.moh.gov.my/ebsmsemak/
- Sila masukkan No Kad Pengenalan/ Mykad dan klik butang SEMAK
- Contoh : 890815065588
Nota Penting
a. Semakan atas talian ini melibatkan semakan keputusan:
- Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (bukan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi); dan
- Urusan Pemangkuan, Time-Based dan Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pelaksana KKM.
b. Surat Penyiaran Rasmi hanya akan diedarkan kepada calon yang BERJAYA dalam urusan pemangkuan, Time-Based dan Kenaikan Pangkat (Pengesahan Kenaikan Pangkat).
Selamat membuat Semakan secara Online. Tahniah kepada guru dan kakitangan KKM yang berjaya dinaikkan pangkat. Semoga anda dapat terus meningkatkan prestasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat semua.