Aplikasi MySPR Semak Daftar Pemilih. Panduan buat bakal pengundi di Pilihanraya Umum ke 14 tahun 2018. Semakan daftar pemilih boleh dibuat melalui pelbagai kaedah dan saluran seperti semakan secara online, menggunakan aplikasi mudah alih MySPR Semak dan SMS. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei 2018, tarikh penamaan calon pada 28 April dan tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.
Pemilih adalah dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat daftar pemilih lebih awal bagi memudahkan perancangan pada hari pengundian.
NOTA : Untuk makluman dan bermula dari 16 April 2018, semua pemilih berdaftar boleh membuat semakan mengenai maklumat lengkap daftar pemilih yang terkini bagi mengetahui tempat mengundi di bahagian pilihan raya masing-masing untuk Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14). Ianya susulan daripada Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dikuatkuasakan baru-baru ini
Aplikasi MySPR adalah merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif terkini SPR untuk memberi kemudahan kepada Warganegara Malaysia membuat semakan status seperti berikut :-
Aplikasi MySPR Semak
1. Pendaftaran pemilih2. Tempat mengundi bagi Pilihanraya Umum (PRU), Piliharaya Negeri (PRN) dan Pilihanraya Kecil (PRK)2. Menyemak calon-calon yang bertanding di senarai DUN dan Parlimen pada PRU3. Semakan keputusan PRU 14
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di
Download Aplikasi Semakan Maklumat Pengundian Di Telefon Bimbit Anda
Paparan Muka Aplikasi MySPR Semak
Untuk makluman,, sekiranya semakan daftar mengundi sudah dibuat dan pemilih sudah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi (saluran). Maka semakan tidak perlu lagi dibuat di kaunter SPR (barung semakan) di Pusat Mengundi pada hari mengundi.
Maklumat Lanjut
Semakan daftar pemilih SPR boleh dilakukan sama ada melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui aplikasi atau menghubungi talian 03-88927018 atau SMS ke 15888.
Aplikasi ini diharap dapat membantu warganegara Malaysia untuk mencapai maklumat berkaitan urusan pilihanraya yang tepat dan sah secara terus daripada SPR dengan lebih mudah, pantas dan efektif.
Related : pilihan raya umum tempat mengundi semasa pilihan raya lokasi tempat kemudahan semakan suruhanjaya pilihan raya mengetahui status orang awam, orang awam untuk