Semakan Keputusan SPM Melalui Applikasi Android Lembaga Peperiksaan. Apakah cara untuk membuat semakan keputusan SPM selain menggunakan khidmat semakan SMS dan hadir ke sekolah? Berita baik buat pelajar Tingkatan 5. Semakan result SPM kini menjadi lebih mudah dengan kewujudan Applikasi Telefon yang dibangunkan oleh lembaga peperiksaan malaysia (LP) iaitu e-Lembaga Peperiksaan. Untuk makluman, tarikh rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan dijangka sekitar bulan Mac pada setiap tahun
Diantara kemudahan yang terdapat pada aplikasi mobile LP adalah maklumat berkaitan peperiksaan kendalian LP kepada calon peperiksaan, petugas peperiksaan dan orang awam. Selain itu calon peperiksaan boleh membuat semakan keputusan peperiksaan awam pada tarikh yang ditetapkan Calon peperiksaan boleh memuat turun/ download aplikasi ini menerusi Play Store untuk platform Android.
Semakan Keputusan Peperiksaan Awam Menggunakan Aplikasi Telefon e-Lembaga Peperiksaan
Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Awam Melalui Applikasi Telefon. Pengenalan aplikasi mobile mudah alih ini sekaligus memudahkan urusan calon peperiksaan untuk melakukan semakan result peperiksaan mereka selain pilihan menggunakan kaedah semakan sediada.
Keputusan Peperiksaan Terkini
Semakan keputusan peperiksaan SPM tahun 2020 boleh disemak bermula dari 10 Jun 2021, jam 1000 pagi
Cara Semak Keputusan Peperiksaan Awam Melalui Aplikasi Telefon Mudah Alih (Mobile)
Calon peperiksaan perlu memuat turun aplikasi LP dari Play Store (Android) denagan kata carian e-Lembaga Peperiksaan. Untuk paltform App Store (iOS), difahamkan ianya masih belum disediakan.
- Klik Google Play
- Muat turun adalah percuma
- Ikut arahan mudah yang diberikan
*Bagi keputusan SPM tahun 2020, semakan hanya boleh dibuat di myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my. Untuk mendapatkan slip keputusan rasmi, calon-calon boleh melayari myresult3.moe.gov.my pada 14 Jun 2021 dan tidak perlu hadirkan diri ke sekolah masing-masing.
Aplikasi ini dibangunkan oleh LP selaras dengan inisiatif perkongsian maklumat kerajaan dan orang awam. Aplikasi ini merangkumi modul-modul berikut:-
1) Modul Penataran Maklumat
Medium penyampaian maklumat berkaitan peperiksaan kendalian LP kepada calon peperiksaan, petugas peperiksaan dan orang awam.
2) Modul Semakan Keputusan Peperiksaan
Membolehkan pengguna membuat semakan keputusan peperiksaan awam kendalian LP pada tempoh yang ditetapkan. Sasaran pengguna terdiri daripada calon peperiksaan yang berkaitan.
Paparan Muka Aplikasi LP
Kaedah Lain Semakan Keputusan Peperiksaan Awam
Calon peperiksaan juga mempunyai pilihan lain dalam membuat semakan keputusan peperiksaan mereka. Diantaranya adalah menggunakan kaedah semakan berikut :-
i) Semakan Online
Melalui SPPAT, pemohon bantuan boleh membuat semakan keputusan seperti UPSR, STAM, SPM secara atas talian atau online melalui pautan berikut :-
- http://1.9.210.96/semakan/
- Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN Negeri
ii) Khidmat Semakan SMS
- KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan awam melalui mySMS 15888
iii) Hadir Ke Sekolah
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 1000 pagi pada tarikh keputusan peperiksaan diumumkan
Cara Dapatkan Sijil Peperiksaan Online
Bermula 1 Februari 2021, calon boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan secara atas talian dan akan dihantar ke rumah masing-masing secara pos. Sistem ini dapat memudahkan calon dan orang ramai yang ingin mendapatkan salinan asal sijil peperiksaan yang hilang tanpa perlu ke sekolah atau pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Senarai Sijil Yang Boleh Dituntut
Di bawah adalah senarai sijil yang boleh dituntut melalaui sistem ini:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
- Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Malaysia Certificate of Education (MCE)
- Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
- Lower Certificate of Education (LCE)
Nota : Setiap tuntutan sijil peperiksaan yang hilang akan dikenakan bayaran sebanyak RM30 tidak termasuk kos penghantaran (RM10).
Langkah Memohon:
Berikut adalah cara-cara untuk memohon sijil peperiksaan yang hilang
- Layari laman web
- Pilih bahagian “Perkhidmatan”
- Seterusnya klik pada “Salinan Keputusan”
- Pilih peperiksaan yang dikehendaki
- Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik “Papar Borang Permohonan”
- Jika butiran pemohon dipaparkan dengan betul, pilih penghantaran sijil melalui pos
- Klik pada bahagian pengesahan dan perakuan pemohon dan klik “Mohon”
Cara Dapatkan Terjemahan Sijil Online
Selain daripada mendapatkan salinan sijil, sistem yang dibangunkan oleh LP juga menawarkan khidmat terjemahan sijil. Ikuti cara-cara mendapatkan terjemahan sijil seperti di bawah:
- Layari laman web e-LP atau aplikasi di peranti yang telah dimuat turun
- Di menu, pilih bahagian “Perkhidmatan”
- Kemudian pilih sijil yang anda mahukan terjemahannya
- Isi nombor kad pengenalan serta maklumat peribadi lain dengan tepat
- Pilih penghantaran pos dan klik pada kotak “pengesahan” dan “perakuan”
- Kadar pembayaran adalah sama dengan kadar mendapatkan salinan sijil peperiksaan
Semak Semula Keputusan Peperiksaan
Aplikasi e-LP ini juga membolehkan calon lepasan peperiksaan SPM untuk membuat semakan semula ke atas kertas masing-masing. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Pilih perkhidmatan “Semak Semula” di aplikasi atau laman web e-LP
- Klik “SPM(Semak Semula)”
- Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran calon
- Klik “Papar Pilihan Subjek”
- Kemudian pilih subjek yang ingin disemak semula
Sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan sistem e-lembaga peperiksaan, pemohon boleh hubungi 03-8884 3785/3787 atau emel ke khidmatbantu.lp@moe.gov.my.
Maklumat Lanjut
Calon persendirian akan dimaklumkan mengenai keputusan peperiksaan mereka melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu
Tahniah buat kerajaan yang berjaya membangunkan applikasi semakan keputusan peperiksaan awam secara mobile. Moga kewujudan aplikasi mobile dapat memudahkan calon peperiksaan untuk membuat semakan keputusan mereka melalui telefon pintar mereka dengan mudah.
Related : salinan keputusan peperiksaan, kementerian pendidikan, 7 hari bekerja, tempoh pengeluaran, 1 jam, selepas 1994, borang permohonan, spm pada atau selepas, mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang, penilaian menengah rendah pmr pada atau selepas