Semakan Status Permohonan/ Pembayaran Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat 2019. Cara semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat? Berita baik buat pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta yang layak. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersetuju menyalurkan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) melalui Kad Diskaun Siswa sebanyak RM120 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut yang layak sebanyak RM100 seorang bagi tahun 2019.
Peruntukan BPPT 2019 adalah selaras dengan pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2019 yang lalu. Selain itu pemberian bantuan BPPT adalah untuk membantu penuntut dalam mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi oleh mereka kerana terdapat banyak kelebihan yang disediakan untuk dimanfaatkan oleh pelajar.
Semakan Status Kad Debit Pelajar BPPT Tahun 2019
INFO TERKINI: Pada 24 Februari 2019, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan BPPT akan diteruskan bagi tahun 2019 melibatkan pemberian bantuan sebanyak RM100 bagi setiap pelajar warganegara Malaysia yang sedang belajar di IPT. Bayaran dijangka dibuat pada hujung bulan mac melalui kredit terus ke akaun Kad Debit Pelajar Bank Rakyat seperti sebelum ini. Perincian lebih lanjut mengenainya akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat. Kemaskini akan dibuat sebaik sahaja pengumuman rasmi dilakukan.
Bagaimana cara semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat? Untuk makluman, BPPT telah menggantikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bermula dari tahun 2017. BPPT akan disalurkan/ diagaihkan melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat Debit-i yang memerlukan pelajar untuk membuat permohonan Kad Debit Pelajar di Bank Rakyat.
Semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat 2019 Online (BPPT)
Berdasarkan Garis Panduan Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Tahun 2019, pelajar yang layak boleh menyemak status kelayakan serta mengisi borang permohonan (bagi pelajar baru yang tidak mempunyai kad) mulai 28 Mac 2019 di pautan seperti di bawah:
- Permohonan dan Semakan Kelayakan BPPT 2019
- Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda sengkang(-) dan sahkan captcha lalu klik butang Semak/Check
Nota: Jika pelajar melepasi semua kriteria kelayaan penerimaan BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD”, sila hubungi dan maklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing bagi mengemaskini data di e-IPTS (IPT swasta) / MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / penyelaras agensi mulai 28 Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019.
Bagi pelajar yang telah membuat permohonan, anda boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di cawangan Bank Rakyat berdekatan anda setelah semakan status bertukar menjadi “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”.
Kriteria Kelayakan BPPT 2019
Untuk melayakkan diri menerima BPPT 2019, pelajar mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Berkewarganegaraan Malaysia; dan
- Memiliki status aktif sebagai pelajar sepenuh masa (full-time) atau separuh masa (part-time) pada tarikh 31 Disember 2018 di mana-mana institusi pendidikan di Malaysia seperti yang berikut:
- Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
- Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang telah berkuatkuasa; atau
- Memperoleh pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas.
Tarikh Penting BPPT 2019 | ||
Perkara | Pelajar Sedia Ada (Sudah Mempunyai Kad) | Pelajar Baru (Belum Mempunyai Kad) / Akaun Telah Ditutup |
Tempoh Semakan Kelayakan | 28 Mac 2019 – 28 April 2019 | 28 Mac 2019 – 28 April 2019 |
*Tempoh Pengemaskinian Data sekiranya status “TIADA REKOD” | 28 Mac 2019 – 28 April 2019 | 28 Mac 2019 – 28 April 2019 |
Tempoh Permohonan bagi pelajar “LAYAK” | Tidak perlu memohon / BPPT 2019 akan dikreditkan ke akaun sedia ada | 1 April 2019 – 30 April 2019 |
Tempoh Permohonan bagi pelajar “TIADA REKOD” | Tidak Berkaitan | 10 Mei 2019 – 31 Mei 2019 |
Tempoh Semakan Status Permohonan | Tidak Berkaitan | Semakan status permohonan boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh permohonan sehingga 30 Jun 2019 |
Tempoh Pengambilan Kad | Tidak Berkaitan | Selewat-lewatnya pada 31 Julai 2019 |
Semakan KADS1M 2018 Online (BPPT)
Menurut sumber iPendidikan, berikut adalah maklumat semakan KADS1M 2018 terkini yang dikongsikan dari Sinar Harian dan Bank Rakyat.
- Menteri Pen. Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan yang pembayaran Bantuan KADS1M bakal disalurkan melalui Bank Rakyat mulai 15 Mac 2018 (Hari Khamis).
- Pembayaran dilakukan berdasarkan kepada padanan data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat dengan data maklumat penuntut layak menerima bantuan daripada KPT
- Bagi mereka yang baru saja memohon, anda boleh mendapatkan kad anda dari cawangan Bank berdekatan dengan anda. Pautan untuk mendaftar dan semakan status akan diumumkan tidak lama lagi.
- Semakan status KADS1M untuk nama yang berjaya/ layak menerima BPPT boleh disemak di pautan berikut :-
- Penerima BPPT sedia ada : Mereka yang layak, bayaran BPPT boleh disemak pada hari Khamis, 15hb Mac 2018 bermula jam 400 petang di ATM dan i-Rakyat,
- Penerima BPPT Baharu : Pelajar boleh menyemak kelayakan bermula dari 1 April 2018. Sekiranya layak, pelajar boleh terus membuat permohonan BPPT. Tarikh tutup permohonan baru adalah 30 Ogos 2018.
Maklumat Lanjut Kad Debit Pelajar
Berikut dikongsikan panduan penting untuk pemberian BPPT untuk tahun 2018 :-
- Penuntut yang telah menerima KADS1M pada tahun 2017 adalah tidak perlu membuat permohonan baharu KADS1M kerana bantuan KADS1M akan dikreditkan secara automatik ke akaun sedia ada penuntut
- Mulai tahun 2018, penuntut adalah dibolehkan untuk mengambil Kad Siswa 1Malaysia mereka di mana-mana cawangan lokasi Bank. Penuntut hanya boleh mengambil kad di cawangan terpilih sahaja pada tahun lepas
- Kad debit siswa yang berjumlah RM250 boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah di kedai buku terpilih. Selain itu ianya bantuan boleh diguna untuk pembelian perisian komputer dan peralatan pembelajaran
Sebarang pertanyaan berkaitan semakan Bantuan BPPT, penuntut boleh menghubungi :-
- Bahagian Kewangan Seksyen Geran dan Badan Berkanun, Kementerian Pen. Tinggi (KPT).
Terima kasih kerajaan atas Bantuan BPPT yang diberikan. Selamat membuat Semakan Kad Debit Pelajar BPPT 2019 dan diucapkan semoga permohonan anda berjaya. Gunakan bantuan yang diberikan dengan berhemah sejajar dengan status anda sebagai seorang pelajar yang cemerlang.