Semakan Status Pertubuhan Online

Cara Semak Status Samada Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab Itu Berdaftar Atau Tidak. Panduan buat semua rakyat Malaysia. Adakah anda salah seorang individu yang menyertai atau ingin menyertai sesebuah kelab/ persatuan/ pertubuhan itu? Adakah anda tertanya-tanya apakah kelab/ persatuan/ pertubuhan itu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)?  Dan adakah ia masih aktif ataupun tidak? Sekiranya Ya, anda boleh mendapatkan jawapannya di sini. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara untuk membuat Semakan Status Pertubuhan/ Kelab/ Persatuan secara Online.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia merupakan suatu Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab menguruskan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan serta parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, definisi atau makna sesebuah pertubuhan itu adalah mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh ( 7 ) orang atau lebih. Objektifnya boleh jadi apa-apa saja, samada sementara atau kekal. Namun ia tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Sebagai contoh syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.

Objektif JPPM adalah untuk memastikan pertumbuhan pertubuhan secara sihat dan teratur. Di samping memastikan bahawa setiap pertubuhan berkembang dengan cara yang tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak tertentu. Antaranya keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam serta akhlak.

Semakan Status Pertubuhan secara Online

Semakan Status Pertubuhan Secara Online Di ros.gov.my

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai cara membuat semakan status pertubuhan secara atas talian:

Semakan Status Pertubuhan Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Status Pertubuhan Online:
NOLANGKAH
1.Klik pada pautan: JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS)
2.Isikan nama pertubuhan yang ingin disemak di ruangan Kata Kunci :
3.Pilih Kategori, contoh Politik, Kebajikan, Sosial, Rekreasi dan sebagainya. Pilih SubKategori seperti : Jawatankuasa Pengurusan dan akhir sekali sila pilih Negeri pertubuhan tersebut di ruangan Negeri:
4.Pilih kategori pertubuhan tersebut. Antaranya:

  • Politik
  • Kebajikan
  • Sosial
  • Rekreasi
  • Faedah Bersama (Khairat Kematian)
  • Kebudayaan dan Kesenian
  • Perdagangan
  • Ikhtisas
  • Hak Asasi
  • Keselamatan
  • Keagamaan
5.Pilih Subkategori. Pilihan subkategori berbeza-beza mengikut kategori yang dipilih.
6.Klik Carian.
7.Jadual yang mengandungi senarai NAMA PERTUBUHAN beserta STATUS (AKTIF) akan dipamerkan.

*Penyataan : Data bagi senarai pertubuhan ini dikemaskini secara mingguan. Paparan carian hanya untuk pertubuhan berstatus AKTIF sahaja. Sila hubungi JPPM terdekat untuk lain-lain status.

Maklumat Lanjut

Berikut dikongsikan maklumat yang boleh digunapakai untuk menghubungi pihak JPPM:
NOMaklumat
1.JPPM IBU PEJABAT:

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ibu Pejabat)
Aras 8 & 9, Blok D7,
Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya,
W.P. PUTRAJAYA

2.Tel. : 03-88702601 / 03-88702617
3.Faks : 03-8870 2659
4.Untuk mendapatkan maklumat Pejabat mengikut Negeri, rujuk pautan ini: Alamat & No. Tel. JPPM

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan Status Pertubuhan Online ini dapat membantu anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang pertubuhan tertentu. Selamat membuat semakan dan semoga memperoleh maklumat yang diingini.

Share Artikel

zf.editor

zf.editor