Perhatian buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang berhasrat untuk mengetahui samada pinjaman kewangan anda bakal mendapat kelulusan atau sebaliknya. Dengan memeriksa laporan kredit terlebih dahulu, anda boleh mengenalpasti sekiranya terdapat kekurangan yang ada pada kredit anda. Ini dapat membantu anda mencari cara untuk memulihkan kredit tersebut supaya permohonan pinjaman tidak ditolak. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan CTOS Online (iaitu cara mendapatkan Laporan Kredit) untuk panduan semua.
Tahukah anda CTOS adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Melalui CTOS, Individu dan syarikat boleh mendapatkan paparan laporan kredit yang terdiri daripada rekod kredit mereka (untuk tempoh 24 bulan lalu), butiran tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, serta testimoni syarikat-syarikat yang sebelum ini ada menjalankan urusniaga dengan mereka.
Cara Buat Semakan CTOS Online (Laporan Kredit)
Berikut dikongsikan maklumat Semakan CTOS secara online yang merangkumi pautan pendaftaran, langkah-langkah membuat semakan CTOS dan sebagainya.
Maklumat lain termasuklah cara mengakses laporan kredit dan cara hubungi CTOS
Aplikasi Semakan CTOS Online | |||
Berikut dikongsikan pautan yang dapat digunakan untuk membuat semakan kredit CTOS secara online: | |||
NO | PAUTAN | ||
1. | Klik: Aplikasi Semakan Online CTOS
|
Pendaftaran Akaun CTOS ID | |||
Langkah-langkah untuk membuat pendaftaran akaun CTOS adalah seperti berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Layari pautan pendaftaran yang disediakan di atas, kemudian isikan maklumat-maklumat yang diperlukan termasuklah nama penuh seperti dalam MyKad, nombor kad pengenalan, alamat emel, bahasa seta nombor telefon | ||
2. | Tekan butang Get Verification Code. Kod TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda | ||
3. | Masukkan kod yang diterima daripada SMS ke dalam ruangan Verification Code. Tekan butang Continue | ||
4. | Seterusnya anda perlu membuat kata laluan sendiri, muat naik gambar kad pengenalan serta tuliskan alamat lengkap seperti dalam MyKad. Tekan butang Continue | ||
5. | Teruskan dengan menjawab soalan yang tertera di halaman berikutnya. Pilih tanda hijau jika jawapan anda adalah ‘Ya’ atau tanda merah jika jawapan anda ‘Tidak’. Tekan butang Complete setelah selesai | ||
6. | Anda akan menerima sebuah emel pengesahan pendaftaran. Ia mengandungi maklumat-maklumat berikut:
|
Akses Laporan CTOS | |||
Laporan CTOS boleh diakses dengan mengikuti langkah-langkah berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Pertama sekali, pengguna perlu log masuk ke dalam akaun CTOS. Klik: Log Masuk Akaun CTOS
| ||
2. | Paparan Dashboard akan dipaparkan dan pengguna boleh mendapatkan maklumat asas berkaitan laporan kredit CTOS di halaman itu | ||
3. | Sekiranya ingin memperoleh laporan CTOS yang lebih terperinci, tekan butang Get your CTOS Score Now | ||
4. | Masukkan kata laluan dalam ruangan Password dan tekan butang Get Report | ||
5. | Pengguna akan dibawa ke halaman untuk membuat pembayaran. Laporan CTOS yang lengkap (tidak termasuk GST) adalah berharga RM25. Berikut merupakan contoh laporan CTOS yang lengkap: Sambungan contoh laporan CTOS: |
Jenis Laporan Kredit CTOS
CTOS menyediakan tiga (3) jenis laporan kredit bagi kemudahan setiap pengguna seperti berikut:
- Jenis: Laporan MyCTOS Basic – Laporan Kredit Asas (tanpa CCRIS & Skor)
Harga: Tiada caj atau Percuma - Jenis: MyCTOS Score – Laporan Kredit dan Skor
Harga: RM25 / laporan (tidak termasuk cukai perkidmatan) - Jenis: CTOS SecureID – Perlindungan Kecurian Identiti
Harga: RM99 / setahun (tifak termasuk cukai perkhidmatan)
Maklumat Lanjut
Untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai Semakan CTOS secara Online, rujuk maklumat-maklumat di bawah:
Laman Web
FAQ
No. Telefon
- 03-27228833/03-27228882
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan CTOS secara Online (Laporan Kredit) ini dapat memberi manfaat buat semua. Semoga kredit anda tiada masalah dan mudah untuk membuat permohonan pinjaman.