Cara Semak Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Ambilan 2021 Online. Panduan buat pelajar Tahun 6 UPSR 2020. Bilakah tarikh semakan sesi serlahan seni dan semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2021 untuk kemasukan Tingkatan 1? Berikut adalah panduan dan maklumat semakan permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ambilan tahun 2021 yang boleh disemak melalui applikasi semakan atas talian eSSEM online.
Tarikh rasmi semakan keputusan permohonan ke Sekolah Seni Malaysia akan diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian pemberitahuan. Pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal KPM dari masa kesemasa dalam mendapatkan tarikh keputusan diumumkan.
Cara Semak Serlahan Seni Dan Tawaran Sekolah Seni Malaysia 2021 Online
Untuk makluman, lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat adalah merupakan salah satu syarat kemasukan sebelum mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia. Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka bermula dari 21 Ogos sehingga 20 Oktober 2020.
Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2021 Secara Online
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2021 Online meliputi semakan keputusan tawaran dan semakan serlahan seni.
Tarikh rasmi pada tahun lepas adalah bulan Disember 2019 mulai jam 200 petang menerusi pengumuman dari KPM.
Semakan Sesi Serlahan Seni Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2021 boleh disemak seperti berikut :-
A. Semakan Sesi Serlahan Seni
- Tarikh semakan : Akan Dikemaskini
B. Semakan Tawaran Kemasukan
Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) sesi 2021 akan dibuka untuk semakan seperti maklumat berikut :-
Sesi 2021
- Tarikh Semakan: 13 Januari 2021 (Rabu) bermula jam 1100 pagi
Keputusan Rayuan
- Tarikh Semakan : akan dikemaskini
Aplikasi Semakan Sekolah Seni Malaysia eSSem
Keputusan Serlahan Seni dan Tawaran Kemasukan boleh disemak melalui applikasi semakan secara atas talian/ online di UR berikut :-
- Applikasi Semakan : Sila klik https://essem.moe.gov.my/
- Untuk pertanyaan, sila telefon no : 03-8872 1620
Selamat membuat Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2021. Diucapkan selamat berjaya buat pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 tahun 2021.