Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2027 Online (Form 1)

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Tingkatan Satu (1) Sesi 2027 Secara Online. Panduan buat pelajar Tahun 6 (Enam) yang berminat untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia (SSeM). Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan Sekolah Seni Malaysia sesi 2027 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 boleh dibuat secara online pada satu tarikh pada bulan Jun/ Julai 2026.

Sekolah Seni Malaysia ataupun SSeM adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2027 Online (Tingkatan 1)

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke SSeM Ambilan tahun 2027 Tingkatan Satu yang boleh di buat secara online

TARIKH RASMI PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA 

DibukaDitutup
30 Jun 2026
30 Ogos 2026

Tarikh rasmi berdasarkan portal KPM

Berikut adalah panduan dalam membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SSeM

APLIKASI PERMOHONAN

i) Permohonan Secara Online

Klik Aplikasi Permohonan SSeM di pautan berikut untuk memohon:-

  • Bagi pengguna (pemohon) yang pertama kali memasuki sistem ini, sila klik link DAFTAR KALI PERTAMA untuk mendaftar terlebih dahulu

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2019 online

ii) Panduan Permohonan

Pelajar boleh mandapatkan panduan permohonan dan soalan lazim di pautan berikut :-

Sila pastikan pelajar melepasi syarat permohonan kemasukan Sekolah Seni Malaysia ambilan tahun 2027 seperti berikut:-

SYARAT PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA

i) Syarat Am

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan
  5. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

ii) Syarat Kemasukan

Permohonan ini adalah terbuka kepada murid-murid Tahun Enam yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM sahaja

  1. Lulus Uji Bakat
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  4. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
  6. Pengambilan adalah ke Tingkatan 1 sahaja
  7. Tiada pengambilan ke Tingkatan 2 hingga 5

Bidang Kesenian Yang Ditawarkan & Subjek Mata Pelajaran

Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Muzik
  2. Tarian
  3. Teater / Seni Lakonan
  4. Seni Visual

Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Pendidikan Kesenian – seni muzik
  2. Pendidikan Kesenian – seni tari
  3. Pendidikan Kesenian – seni teater
  4. Pendidikan Kesenian – seni visual
  5. Bahasa Melayu
  6. Bahasa Inggeris
  7. Matematik
  8. Sains
  9. Sejarah
  10. Pendidikan Islam atau Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
  11. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

Teras:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik Moden
  5. Sains
  6. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

Elektif Kesenian

  1. Muzik
  2. Tari
  3. Teater
  4. Seni Halus
  5. Komunikasi Visual
  6. Reka Bentuk

Elektif Kemanusiaan

  1. Prinsip Akaun
  2. Perdagangan
  3. Kesusasteraan Melayu

Terdapat 4 buah Sekolah Seni di Malaysia seperti maklumat berikut :-

NAMA SEKOLAH SENI

i) Sekolah Seni Malaysia Johor

Jalan Persiaran Sinaran Ilmu
Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Takzim
No. Tel.: 07 387 0215
No. Fak: 07 386 0215
E-mel: senijb@yahoo.com.my

ii) Sekolah Seni Malaysia Sarawak

Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah
93050 Kuching, Sarawak
No. Tel.: 082 449 586
No. Fak: 082 449 605
E-mel: sskuching@yahoo.com

iii) Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur

Jalan Seladang off Jalan Pasar
55100 Pudu, Kuala Lumpur.
Web: sekolahsenimalaysiakualalumpur@gmail.com

iv) Sekolah Seni Malaysia Perak

Simpang Jalong
31100 Sungai Siput Utara
Perak Darul Ridzuan
No. Tel.: 05 595 1350
No. Fak: 05 595 1351

Satu (1) buah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni adalah seperti berikut:

PROGRAM PENDIDIKAN SENI

i) SMK Elopura, Sandakan, Sabah

Peti Surat 1091
90712 Sandakan
Sabah
No. Tel.: 089 533 960
Web: www.smkelopura.my

Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu Online, anda boleh merujuk kepada maklumat berikut

MAKLUMAT LANJUT

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni
Talian 03-8872 1616 / 03-8884 1012. Emelkan pertanyaan ke : mohonssem@moe.gov.my

Diucapkan selamat membuat Permohonan ambilan sesi 2027 secara online. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus ditawarkan tempat ke SSeM kelak.

Share Artikel

shammorin

shammorin