Semakan Keputusan KV Dan SMT 2027 Online

Cara Semak Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2027 Online. Bilakah tarikh keputusan KV 2027 dan SMT diumumkan? Perhatian buat pelajar yang ada membuat application ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan tahun 2027. Berikut adalah maklumat tarikh penting berkaitan Semakan Keputusan KV Dan SMT 2027 yang mengandungi tarikh semakan, application/ keputusan rayuan dan pendaftaran pelajar.

Menurut FAQ Pengambilan Pelajar KV, pelajar boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2027 secara online pada 18 Disember 2026. Calon pelajar Tingkatan 3 adalah disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini semakan.

Cara Semak Keputusan Tawaran KV Dan SMT Ambilan 2027

Berikut adalah maklumat/ panduan dan tarikh penting semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT ambilan 2027. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran.

Untuk mereka yang berjaya, senarai barang keperluan asrama boleh dirujuk di Asrama KV. Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama.

Semakan Keputusan KV Dan SMT 2027 Secara Online

  1. TARIKH : 18 Disember 2026
  2. APPLIKASI SEMAKAN : Klik https://spskt4.moe.gov.my/

Tindakan Selanjutnya

Murid yang berjaya mendapat tawaran ke KV hendaklah :-

  • a) Murid hendaklah klik butang pengesahan ‘Setuju Terima’ dalam tempoh 5 hari dari tarikh semakan tawaran iaitu sehingga 22 Disember 2026. Jika GAGAL berbuat demikian, tempat akan ditawarkan kepada calon lain.
  • b) Murid hendaklah mencetak surat tawaran, buku tawaran kemasukan dan dokumen lain yang disertakan di laman web spskt4.
  • c) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV semasa hari pendaftaran.

🗓️ Tarikh-tarikh penting:

✅ Permohonan PKSK: 10 Julai – 14 Ogos 2026
✅ Semakan Pusat PKSK: 11 September – 1 Oktober 2026
✅ PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
✅ Temuduga Tahun 1 (SVM): 26 Oktober – 6 November 2026
✅ Pengumuman Tawaran Tahun 1 (SVM): 18 Disember 2026
✅ Pendaftaran Kolej Vokasional: 5 Januari 2027

Mohon ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dan kongsikan hebahan ini kepada murid Tingkatan 3, ibu bapa serta penjaga.

Semakan Temuduga KV 2027

Tahniah kepada calon yang disenarai pendek! 🎉

📅 Tempoh temu duga: 26 Oktober – 6 November 2026
📌 Pastikan telefon sentiasa aktif, semak e-mel (termasuk Spam/Junk) dan WhatsApp dari semasa ke semasa.
📞 Calon terpilih akan dihubungi oleh pihak KV untuk maklumat lanjut.
⚠️ Calon yang tidak dihubungi tidak disenarai pendek bagi pengambilan ini.

Cara Membuat Rayuan KV Dan SMT 2027

Murid yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat di e–rayuan pada laman web yang sama spskt4 pada 18 Disember hingga 31 Disember 2026.

Calon tidak perlu hadir atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan. Calon hanya perlu membuat rayuan melalui e-rayuan secara atas talian/ online mulai:-

  1. 18 Disember 2026 hingga 31 Disember 2026
  2. APPLIKASI SEMAKAN : Klik https://spskt4.moe.gov.my/

Contoh surat Rayuan, sila klik SURAT RAYUAN KV

Diucapkan selamat membuat Semakan Keputusan KV Dan SMT 2027 kepada para pemohon semua. Semoga hasrat anda ke Kolej Vokasional dan Sek Men Teknik ambilan sesi akademik tahun 2027 berjaya.

Share Artikel

shammorin

shammorin