Perhatian kepada ibu dan bapa yang telah membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu SSPN PRIME atau SSPN Plus untuk anak-anak anda. Tahukah anda bagaimana cara untuk menyemak baki penyata simpanan secara online? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan maklumat berkenaan Semakan Baki Penyata SSPN PRIME (dahulunya SSPN-i) dan SSPN PLUS (dahulunya SSPN-i Plus) secara Online sebagai rujukan untuk anda.
Untuk makluman, skim ini merupakan satu skim simpanan yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Skim yang bertujuan untuk pendidikan tinggi ini adalah patuh Syariah di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. SSPN Plus pula adalah penambah baik SSPN PRIME dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif menggunakan konsep simpanan secara komitmen bulanan serta jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Semakan SSPN PRIME/ SSPN Plus Online : Semak Penyata Baki
Di bawah adalah perincian langkah-langkah untuk membuat Semakan Penyata Baki secara Online sebagai panduan untuk semua.
Semakan Baki Penyata SSPN PRIME (SSPN-i) & SSPN PLUS (SSPN-i Plus)
Untuk menyemak penyata simpanan SSPN, anda boleh menggunakan aplikasi myPTPTN atau Portal myPTPTN.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Buka aplikasi atau portal, pilih “Semakan Penyata”, kemudian pilih “Penyata Simpanan”. Anda akan melihat senarai penyata mengikut tahun dan boleh memuat turun penyata terperinci.
Muat turun aplikasi myPTPTN (Google Playstore, Apple AppStore, Huawei AppGallery)
i) Semakan Penyata Simpanan SSPN melalui Aplikasi myPTPTN
- Buka aplikasi myPTPTN
- Klik “Semakan Penyata” di bahagian Perkhidmatan
- Pilih “Penyata Simpanan”
- Senarai penyata simpanan akan dipaparkan mengikut tahun
- Klik “lihat penyata simpanan terperinci” untuk melihat penyata berdasarkan tahun, bulan, atau tempoh yang dipilih
- Anda boleh memuat turun penyata tersebut untuk rekod.
ii) Semakan Penyata Simpanan SSPN melalui Portal myPTPTN
- Layari Portal myPTPTN
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan
- Ikuti langkah-langkah yang sama seperti dalam aplikasi untuk menyemak penyata
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada soalan lazim (FAQ) berikut :-
Soalan Lazim | |||
SSPN PRIME (SSPN-i) | SSPN PLUS (SSPN-i Plus) | ||
1. Simpanan dijamin Kerajaan | 1. Simpanan dijamin Kerajaan | ||
2. Layak memohon pinjaman PTPTN | 2. Layak memohon pinjaman PTPTN | ||
3. Pelepasan taksiran cukai hingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa | 3. Pelepasan taksiran cukai hingga RM8,000* | ||
4. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas | 4. Khairat kematian termasuk pasangan & sehingga 3 orang anak | ||
5. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan | 5. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal | ||
6. Pemberian Geran Sepadan hingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak | 6. Dividen kompetitif | ||
7. Komitmen serendah RM30.00 sebulan | |||
8. Tiada pemeriksaan kesihatan | |||
9. Manfaat perlindungan hingga RM 1,000,000 | |||
10. Elaun kemasukan hospital | |||
*Tambahan hingga RM 3,000 bagi sumbangan takaful melalui SSPN-i Plus (bukan penjawat awam) **Tambahan hingga RM 7,000 bagi sumbangan takaful melalui SSPN-i Plus (penjawat awam di bawah skim pencen) |
Bagi mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan produk simpanan, sila buka pautan di bawah:
Maklumat Lanjut
Jika anda menghadapi masalah atau pertanyaan lanjut mengenai Penyata, sila rujuk maklumat di bawah:
- i-Care (icare.ptptn.gov.my)
- Careline: 03-2193 3000 Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8:00 Pagi – 10:00 Malam)
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
Semoga perkongsian berkaitan Semakan ini memberi manfaat kepada semua khususnya ibu dan bapa yang menabung demi masa hadapan anak-anak.
Rel : penyata akaun, simpanan sspn i plus anak, penyata akaun sspn i,