Jadual Program Jom Masuk U 2025 (Tarikh & Lokasi)

Tarikh Dan Lokasi Karnival Jom Masuk U Tahun 2025. Berminat untuk datang hadir ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 (KPTN) atau Karnival Jom Masuk U? Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 buat panduan pelajar terutama lepasan SPM/ STPM yang bercadang memohon kemasukan ke UA/ IPTA dan Politeknik tahun 2025. Karnival KPTN akan memasuki edisi ke 19 tahun 2025 ini dan ianya akan diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia yang dijangka bermula dari hujung Februari hingga bulan Mei.

Untuk makluman, program karnival ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Karnival KPTN di lokasi berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 (KPTN)

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka adalah disarankan untuk hadir ke Karnival KPTN ini. Pelajar boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan. Di antara manfaat jika hadir ke karnival Jom Masuk U ini adalah seperti berikut :-

  1. Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan
  2. Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar.
  3. Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya
  4. Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
  5. Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT
  6. Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
  7. Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Nota : Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa di Karnival KPTN nanti.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Tahun 2025 (Karnival Jom Masuk U)

Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 (KPTN) atau Jom Masuk U. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, lokasi dan negeri/zon.

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Pahang22 – 23 FebGrand Hall, Office of Campus Director, UIAM Kuantan
2. Sabah19 – 20 AprKompleks Sukan Sandakan
3. Terengganu19 – 20 AprUniSZA, Kampus Gong Badak
4. Sarawak26 – 27 AprBoulevard Shopping Mall, Bintulu, Sarawak
5. Melaka26 – 27 AprDewan Canselor, UTeM, Ayer Keroh, Melaka
6. Pulau Pinang3 – 4 MeiDewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang (Kampus Induk)
7. Sarawak3 – 4 MeiMydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak
8. Selangor10 – 11 MeiDewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Kampus Bangi, UKM
9. Sabah10 – 11 MeiKompleks Dewan Kuliah Pusat ke -2 UMS
10. Perak17 – 18 MeiDewan Merdeka, Pusat Konvensyen, Manjung
  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa Karnival : 900 pagi hingga 500 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan Karnival Jom Masuk U 2025 yang dikongsikan ini.

jadual-karnival-jom-masuk-u-2025

TAHUN 2024

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Perak4 – 5 MeiDewan Seri Iskandar UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar
2. Selangor11 – 12 MeiPusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Selangor
3. Sarawak11 – 12 MeiThe Hill, Kuching, Sarawak
4. Sarawak18 – 19 MeiUiTM Sibu, Sarawak
5. Sabah18 – 19 MeiDewan Sukan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau UMS, Sabah
6. Kelantan25 – 26 MeiDewan Tunku Canselor UMK Bachok, Kelantan
7. Perlis25 – 26 MeiDewan Ilmu, Kampus Lama Pauh Putra, UniMAP
8. Pahang1 – 2 JunKompleks Sukan UMPSA, Kampus Gambang
9. Johor1 – 2 JunDewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat
10. Sabah8 – 9 JunUiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu, Sabah
  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa Karnival : 900 pagi hingga 500 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan Karnival Jom Masuk U 2024 yang dikongsikan ini.

jadual-karnival-pendidikan-tinggi-jom-masuk-u-2024-jadual-karnival-pendidikan-tinggi-jom-masuk-u-2024jadual-karnival-pendidikan-tinggi-jom-masuk-u-2024

TAHUN 2023

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Johor20 – 21 MeiStadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor
2. Sarawak20 – 21 MeiTime Square Megamall Bintulu, Sarawak
3. Sabah27 – 28 MeiKompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, Sabah
4. Kedah27 – 28 MeiDewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, Kedah
5. Terengganu3 – 4 JunDewan Sultan Mizan, UMT, Terengganu
6. Kuala Lumpur4 – 5 JunDewan Tuanku Canselor UM, Kuala Lumpur
  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa Karnival : 900 pagi hingga 500 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan Karnival Jom Masuk U 2023 yang dikongsikan ini.

TAHUN 2022

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Pulau Pinang5 – 6 FebDewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
2. Perak12 – 13 FebDewan Tuanku Canselor UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim
3. Sarawak19 – 20 FebBorneo Convention Centre Kuching (BCCK)
4. Negeri Sembilan26 – 27 FebDewan Tuanku Canselor USIM, Kampus Nilai
5. Sabah4 – 5 JunDewan Tuanku Canselor USIM, Kampus Nilai
6. Kelantan11 – 12 JunDewan Tuanku Canselor USIM, Kampus Nilai
7. Terengganu17 – 18 JunDewan Tuanku Canselor USIM, Kampus Nilai
8. Johor24 – 25 JunDewan Tuanku Canselor USIM, Kampus Nilai
  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa Karnival : 900 pagi hingga 500 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan Karnival Jom Masuk IPT 2022 yang dikongsikan ini.

  • * Tarikh dan lokasi Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2022 adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari masa kesemasa

TAHUN 2020

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Johor15 – 16 FebPersada Johor International Convention Centre
2. Pahang22 – 23 FebKompleks Sukan Universiti, Kampus UMP Gambang
3. Kedah29 Feb – 1 MacTaman Tasuk Darulaman, Jitra
4. Sabah7 – 8 MacSabah International Convention Centre
5. Perak14 – 15 MacAmanjaya Convention Centre Casuarina @ Meru
6. Terengganu14 – 15 MacStadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu
7. Sarawak21 – 22 MacBorneo Convention Centre Kuching
8. Selangor28 – 29 MacMAEPS, Serdang, Selangor
  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa Karnival : 900 pagi hingga 500 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada peta Karnival Jom Masuk IPT 2020 yang dikongsikan ini.

Maklumat Lanjut Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Karnival Jom Masuk  U, sila layari :-

Moga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 ini boleh dijadikan panduan buat pelajar. Jom datang ke Karnival Jom Masuk U yang berdekatan dengan tempat tinggal anda pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga penganjuran karnival KPTN ini bermanfaat buat semua.

Share Artikel

shammorin

shammorin