Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 Dan Lokasi

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2025. Panduan buat para pelajar yang masih buntu dalam memilih laluan pengajian tinggi lepas SPM mereka. Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 (KPM) yang memaparkan maklumat berkaitan tarikh dan lokasi karnival. Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan pinjaman atau mencari pelbagai peluang pendidikan adalah digalakkan untuk datang hadir ke karnival ini.

Untuk makluman, Karnival Pendidikan MARA 2025 di bawah anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dijangkakan akan diadakan pada bulan Mei 2025 di 13 lokasi mengikut zon di seluruh Malaysia. Tarikh rasmi akan dikemaskini kelak. Selain mengunjungi KPM MARA, semua pelajar termasuk para pemohon UPU boleh juga hadir ke Karnival Pendidikan Tinggi 2025 Jom Masuk U yang akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Karnival Pendidikan MARA Tahun 2025

Berikut dikongsikan informasi penting berkaitan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 buat panduan pelajar semua. Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Pelajar terutamanya lepasan SPM/ STPM dan orang awam adalah digalakkan untuk hadir ke KPM kerana anda boleh membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing di sana. Ianya sekaligus dapat merencana kerjaya masa depan anda lebih awal.

Jadual Karnival Pendidikan MARA : Tarikh Dan Lokasi 2025

Berikut dikongsikan tarikh dan lokasi berlangsungnya Karnival Pendidikan MARA 2025 di seluruh Malaysia. Ianya memaparkan maklumat tarikh dan lokasi karnival MARA diadakan.

ZON/ NEGERI

TARIKH/ HARI

LOKASI

1. Kuala LumpurQuill City Mall, Kuala Lumpur3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
2. Sabah1 Borneo, Kota Kinabalu3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
3. PahangKuantan City Mall3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
4. SelangorCentral i-City, Shah Alam10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
5. JohorAngsana Mall, Johor Bahru10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
6. Negeri SembilanPalm Mall, Seremban10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
7. KedahPlaza Aman Central, Alor Setar17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
8. KelantanMydin Mall Tunjong, Kota Bharu17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
9. Pulau PinangMydin, Bukit Mertajam17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
10. PerakMydin Meru, Ipoh17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
11. TerengganuKuala Terengganu City Centre Mall (KTCC)24 & 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
12. MelakaMahkota Parade, Melaka24 & 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
13. SarawakMydin Petra Jaya, Kuching24 & 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)

Nota: Tarikh dan lokasi Karnival adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

Aktiviti Menarik Karnival Pendidikan MARA

Berikut adalah di antara aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA tahun 2025 seperti berikut :-

  1. Maklumat pendidikan IPTS dan IPMa
  2. Ceramah dan Kaunseling kerjaya
  3. Pendaftaran online Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  4. Demonstrasi kemahiran & teknologi terkini
  5. Jualan usahawan
  6. Food truck
  7. Photobooth
  8. Pendaftaran Alumni MARA

Manfaat Buat Lepasan Sekolah

  1. Peluang pendidikan di IPMa, IPTA dan IPTS
  2. Yuran percuma di IPMa terpilih
  3. Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  4. Permohonan terus dan temuduga terbuka
  5. Semakan baki tunggakan pinjaman MARA

Maklumat Lanjut Karnival Pendidikan MARA

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Bahagian Komunikasi Korporat,

Selamat datang dan berkarnival buat semua. Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 ini boleh dijadikan panduan buat semua yang mahukan maklumat dan peluang terkini pendidikan di Malaysia.

Share Artikel

shammorin

shammorin