Cara Semak Keputusan Matrikulasi 2020/ 2021 Secara Online Dan SMS. Perhatian buat calon SPM 2019 yang ada membuat application Program Matrikulasi KPM sesi kemasukan 2020/ 2021. Bilakah tarikh keputusan tawaran kemasukan Matrikulasi diumumkan? Maklumat tarikh rasmi semakan keputusan Matrikulasi 2020 akan disiarkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian pemberitahuan. Lepasan Matrikulasi yang berkelayakan boleh menyambung pengajian tinggi mereka ke UA melalui borang UPU online yang akan dibuka pada bulan Februari hingga April 2020. Juga dikongsikan cara buat rayuan matrikulasi dan semakan rayuan matrikulasi untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.
Untuk makluman, keputusan Matrikulasi KPM untuk mereka yang berjaya mendapat tawaran kemasukan akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2019 diumumkan secara rasmi. Calon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM dari semasa ke semasa untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.
Cara Semak Keputusan Matrikulasi Sesi 2020/ 2021 Online Dan SMS
Berikut dikongsikan panduan penting berkaitan Semakan Matrikulasi sesi 2020/ 2021 meliputi tarikh penting, cara semakan, URL applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi buat calon.
Kemaskini Borang Matrikulasi
Calon SPM tahun 2019 yang telah membuat application kemasukan perlu untuk mengemaskini borang mereka secara online. Pelajar atau pemohon yang terlibat tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM pelajar akan diambil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia sejurus selepas keputusan SPM diumumkan.
- Tarikh Kemaskini : Akan diumumkan (tahun lepas 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019)
Berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan keputusan Matrikulasi sesi 2020/ 2021 secara online dan SMS. Dikongsikan juga maklumat rayuan buat pemohon yang gagal mendapat tawaran Matrikulasi.
SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2020 | |
Dibuka | Jam |
3 Jun 2020 | 1200pm |
Tarikh rasmi oleh KPM | |
Pengumuman keputusan calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi 2020-2021 serta tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut: | |
| |
Aplikasi Semakan Matrikulasi Online
| |
Pemohon perlu melayari laman sesawang semakan kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di Kolej Matrikulasi | |
Tarikh pendaftaran tertera dengan jelas pada surat tawaran. Tarikh pendaftaran kolej online adalah pada 29 Jun – 10 Julai manakala pendaftaran di kolej adalah pada 3 – 7 Ogos 2020 |
Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Melalui SMS
Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip:-
- MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan
Panggilan Telefon
Pemohon boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan di 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Cara Buat Rayuan Matrikulasi Secara Online
Buat mereka yang telah berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM, diucapkan tahniah buat anda. Namun, bagi mereka yang tidak berjaya, usah berputus asa. Anda boleh mengemukakan rayuan bermula dari tarikh keputusan Matrikulasi dikeluarkan. Berikut adalah panduan cara buat Rayuan Matrikulasi buat rujukan para pemohonan Matriks yang tidak berjaya.
Menurut Soalan Lazim (FAQ), rayuan hendaklah dilakukan secara dalam talian di matrikulasi.moe.gov.my bermula dari tarikh yang akan diumumkan (tahun lepas 15 April 2019 hingga 29 April 2019). Selain rayuan secara atas talian, pemohon yang gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM adalah dinasihatkan untuk mengemukakan rayuan secara serahan tangan, pos, faksimili dan emel.
Berikut dikongsikan cara-cara melakukan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2020-2021.
Kaedah Buat Rayuan Matrikulasi
1) Rayuan Secara Online
- Rayuan Matrikulasi boleh dilakukan secara online di: Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Rayuan Matrikulasi juga boleh dibuat secara manual iaitu melalui
2) Rayuan Secara Manual Dengan Menulis Surat Rayuan Rasmi
- Rayuan Matrikulasi juga boleh dilakukan dengan menulis surat rayuan rasmi serta mengemukakan sekali dokumen-dokumen yang disahkan seperti:
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
- Salinan kad pengenalan diri
- Surat rasmi rayuan ke Matrikulasi. Surat rasmi tersebut hendaklah mempunyai alasan yang kukuh untuk membuat rayuan, alamat penerima dan penghantar, nombor telefon dan alamat e-mel.
- Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan Sijil Kokurikulum
Nota
- Surat rayuan yang lengkap serta dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
- Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
- No. Telefon: 03-8884 4083
- Faks: 03-8884 4023
- E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my
Cara Membuat Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2020 Online
Panduan buat para pelajar yang berminat dan berkelayakan. Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan rayuan bagi ambilan kedua kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi 2020/2021 selepas tidak berjaya melalui application pertama boleh melakukan semakan keputusan rayuan secara online atau atas talian. Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2020 meliputi tarikh penting dan pautan semakan.
Pasti ramai calon yang mengemukakan rayuan ke matrikulasi tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.
Berikut dikongsikan cara-cara yang boleh digunakan dalam melakukan semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2020/2021 bagi yang tidak berjaya buat kali pertama.
Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2020 Secara Online
Cara Semak Keputusan Rayuan Matrikulasi 2020 Melalui SMS
Semakan keputusan rayuan ke Matrikulasi sesi 2020/2021 juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS):
- Taipkan: MOE<jarak>MAT<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888
- Contoh: MOE MAT 941110016571
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2020 KPM
- 22 Jun 2020
Info Penting
Calon-calon yang telah berjaya dalam rayuan Program Matrikulasi KPM 2020/2021 untuk ambilan yang kedua, anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan ketika sesi Pendaftaran Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM 2020. Melalui sistem aplikasi semakan, anda boleh memperolehi dokumen-dokumen di bawah :
- Surat tawaran ke Matrikulasi
- Panduan pendaftaran pelajar
- Maklumat peribadi pelajar
- Akuan persetujuan Ibu bapa atau penjaga
- Akuan kesihatan pelajar
- Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Maklumat Lanjut Semakan Keputusan Matrikulasi
Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh merujuk kepada :-
- Soalan Lazim (FAQ) Kemasukan Matrikulasi
- Menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
Selamat membuat Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2020 secara online dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM sesi 2020/ 2021. Kepada yang gagal, jangan berputus asa, cuba lagi dengan rayuan anda dan diucapkan semoga berjaya juga.