Semakan Keputusan Rayuan UPU 2025 Online

Seperti sedia maklum, application ke IPTA melalui UPU sudah ditutup pada 14 Mac 2025 yang lepas. Keputusan hebahan lepasan SPM akan bermula pada Jun 2025. Kepada pemohon yang berjaya memasuki UA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, sekalung tahniah diucapkan.  Untuk mereka yang tidak berjaya pula, anda boleh membuat rayuan di UPU. Semakan keputusan rayuan UPU boleh dibuat pada 25 Julai hingga 29 Julai 2025 untuk lepasan SPM manakala untuk lepasan STPM/ setaraf semakan rayuan boleh dibuat bermula pada tarikh sekitar bulan September 2025.

Tawaran pemilihan adalah terhad berdasarkan kekosongan di universiti. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan rayuan UPU 2025 online.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019 Online

Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2025-2026

Tarikh-tarikh penting UPU boleh didapati di laman web rasmi UPU. Berikut adalah cara untuk membuat semakan rayuan UPU 2025 Online. Penting untuk makluman semua, sistem semakan applikasi secara online dan SMS di buka bermula dari tarikh hebahan sahaja.

Tarikh Penting Keputusan Rayuan UPU 2025

Para pemohon yang membuat rayuan boleh merujuk beberapa tarikh seperti berikut yang merupakan tarikh penting semakan keputusan rayuan UPU.

Lepasan SPM/ Setaraf

Tarikh BukaTarikh Tutup
25 Julai 2025 (12 tengahari)29 Julai 2025 (5 petang)

Nota : Tempoh setuju terima tawaran bermula 26 JULAI hingga 29 JULAI 2025

Keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-

Lepasan STPM/ Setaraf

Tarikh BukaTarikh Tutup
Fasa 1 : 3 Oktober 2025 (12.00 tengahari)7 Oktober 2025 (5.00 petang)

Nota * : Pengesahan setuju terima tawaran bermula 4 Oktober sehingga 7 Oktober 2025

Pautan URL Semakan Rayuan UPU 2025 Online

  1. Portal Rasmi UPU
  2. UTM
  3. UMS
  4. UniMAS
  5. UUM
  6. UMT

Semakan Keputusan Rayuan Secara SMS

Tiada perkhidmatan SMS disediakan, sebaliknya pemohon boleh membuat semakan melalui aplikasi UPUPocket.

Para pemohon boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Caranya adalah seperti berikut:

  • UPU <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN kemudian hantar SMS ke 15888

Semakan Aplikasi UPUPocket

Penguna juga boleh memuat turun dan menggunakan aplikas UPUPocket seperti pautan berikut:

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan UPU, pemohon boleh berhubung terus di talian helpline UPU di 03-8684 2363.

Pemohon juga boleh pergi terus ke kaunter runding cara UPU di lobi KPT di Kementerian Pengajian Tinggi layari laman web rasmi UPU. Sebagai maklumat tambahan, talian helpline UPU hanya boleh dihubungi ketika waktu bekerja sahaja iaitu isnin hingga jumaat jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Rayuan UPU 2025 Online ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan para pemohon. Adalah digalakkan untuk pemohon kongsikan info ini dengan rakan-rakan yang lain. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran. Selamat maju jaya!

Share Artikel

pingcalla

pingcalla