Cara Semak Keputusan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI 2021 Online. Berita baik buat pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST yang telah membuat permohonan kemasukan ke ILJTM (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia) sesi ambilan Januari dan Julai tahun 2020. Semakan Keputusan ILP, ADTEC dan JMTI (Yang merupakan sebahagian dari ILJTM) boleh disemak secara atas talian/ online di Portal Rasmi JTM, Kementerian Sumber Manusia.
Belajar kemahiran di ILJTM adalah pilihan ramai pelajar masa kini. Terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah seliaan JTM iaitu 23 buah ILP, 8 ADTEC dan 1 JMTI. ILJTM ada menawarkan kursus-kursus yang berteraskan kemahiran dan ditawarkan secara sepenuh masa atau secara jangka pendek.
Cara Semak Keputusan Tawaran Dan Temuduga ILP, ADTEC Dan JMTI 2021 Online
Berikut adalah panduan berkaitan Semakan Keputusan ILJTM sesi Januari 2021 dan Julai 2020 secara online. Maklumat yang dikongsikan memaparkan tarikh penting permohonan dan semakan tawaran/ temuduga ILJTM dan link applikasi semakan di Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia.
Semakan Keputusan ILP ADTEC JMTI 2021 Online : Tarikh Penting Permohonan/ Semakan Januari 2021
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan dan semakan keputusan ILJTM sesi 2021 meliputi permohonan kemasukan, panggilan temuduga, hebahan tawaran dan tarikh pendaftaran seperti berikut :-
- akan dikemaskini : Sistem Permohonan Online dibuka
- akan dikemaskini : Sistem Permohonan Online ditutup
- akan dikemaskini : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
- akan dikemaskini : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
- akan dikemaskini : Hebahan Keputusan Permohonan
- akan dikemaskini : Cetakan Surat Tawaran
- akan dikemaskini : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
- akan dikemaskini : Pendaftaran Pelajar Baharu. *( untuk Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu sahaja)
Sesi Julai 2020
Tarikh-tarikh penting permohonan ILJTM sesi Julai 2020 melalui UPUonline adalah seperti berikut :-
- 24 Februari 2020 : Sistem Sistem Permohonan UPUOnline dibuka
- 17 April 2020 : Sistem Permohonan UPUOnline (Lepasan SPM) ditutup
- 27 April – 18 Mei 2020 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasan SPM & Lepasan SKM/ST)
- 29 April – 18 Mei 2020 : Sesi Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasa SPM & Lepasan SKM/ST)
- 10 Jun 2020 : Hebahan Keputusan Permohonan
- 31 Julai 2020 : Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran
Peringatan: Segala makluman berkaitan temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak di laman web jtm sahaja (www.jtm.gov.my/online). Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.
Applikasi Semakan Online ILJTM
Untuk membuat semakan ILP, ADTEC & JMTI secara online, sila klik applikasi semakan di bawah ini :-
- Semakan JTM
- Sila Masukkan No. Kad Pengenalan/ My Kad dan Klik Butang Semakan
- Pastikan anda memasukan maklumat No. Kad Pengenalan yang betul
Untuk sesi Julai, semakan adalah melalui :-
Apa Itu ILJTM?
Berikut dikongsikan maklumat am yang dikongsikan dari Portal Rasmi JTM, apa itu ILJTM, senarai lokasi dan kemudahan/ kursus yang disediakan.
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ILJTM terdiri daripada:
- (a) 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP);
- (b) 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); dan
- (c) Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan. ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.
Senarai ILJTM Mengikut Negeri
- Wilayah Persekutuan:ILP Kuala Lumpur, ILP Labuan
- Selangor: ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam
- Negeri Sembilan: ILP Pedas
- Pulau Pinang: ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai, JMTI
- Kedah: ILP Jitra, ADTEC Kulim
- Perak: ILP Ipoh, ADTEC Taiping
- Perlis: ILP Kangar
- Kelantan: ILP Kota Bharu
- Terengganu: ILP Kuala Terengganu, ILP Marang & ADTEC Kemaman
- Pahang: ILP Kuantan,ILP Anjung Muadzam Shah & ADTEC Jerantut
- Johor: ILP Mersing, ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat
- Melaka: ILP Bukit Katil, ILP Selandar, ADTEC Melaka
- Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
- Sarawak: ILP Kota Samarahan, ILP Miri & ADTEC Bintulu
Selamat membuat Semakan untuk kemasukan ke iljtm sesi Januari & Julai 2020 Online. Diucapkan semoga berjaya dan tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya menerima tawaran kemasukan ke ILP, JMTI dan ADTEC sesi ambilan Januari 2021.
Related : disebabkan oleh penggunaan, resolusi paparan minima 1024