Keputusan Permohonan IKBN/ IKTBN/ AKBG Sesi Januari 2020 Dan Julai 2019 Online. Perhatian buat pelajar termasuk lepasan SPM yang telah membuat Permohonan kemasukan ke ILKBS ambilan Januari 2020. Dikongsikan dari maklumat Portal Rasmi eikbn, tarikh semakan keputusan IKBN, IKTBN dan AKBG iaitu ILKBS (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan) sesi Januari 2020 boleh disemak pada 2 Disember 2019.
ILKBS merangkumi 13 buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), 8 buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan 1 Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). ILKBS kini dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
KEPUTUSAN ILKBS SESI JULAI 2019 & JANUARI 2020 ONLINE |
Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan IKBN (ILKBS) sesi kemasukan Julai 2019 serta Januari 2020 yang boleh disemak secara Online. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh tutup permohonan, panggilan temuduga, semakan keputusan IKBN (ILKBS), permohonan rayuan dan tarikh pendaftaran pelajar.
Untuk makluman, Latihan kemahiran sepenuh masa di ILKBS dijalankan di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil |
A. SESI JANUARI 2020 |
- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 1 Oktober sehingga 3 November 2019
- Panggilan Temuduga : 13 November 2019 (Program bertemuduga sahaja)
- Semakan keputusan ILKBS kemasukan ke IKBN, IKTBN, AKBG sesi Januari 2019 : 2 Disember 2019
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 2 Disember hingga 13 Disember 2019
- Permohonan rayuan : 2 Disember hingga 13 Disember 2019
- Semakan keputusan IKBN rayuan : Minggu ketiga Disember 2019
- Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2019 : 6 Januari 2020
Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi eikbn untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.
B. SESI JULAI 2019 |
Tarikh penting permohonan dan semakan keputusan IKBN, IKTBN dan AKBG (ILKBS) sesi Julai tahun 2019 adalah seperti berikut:-
- Jualan unik ID UPU di BSN : (Akan dikemaskini) 5 Februari 2019 sehingga 9 April 2019
- Sistem Permohonan ke ILKBS melalui UPUonline dibuka dan ditutup : (Akan dikemaskini) 5 Februari sehingga 10 April 2019
- Permohonan UPUskills untuk calon Sijil Lepasan SKM/ ST atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap : (Akan dikemaskini) Pertengahan Mac 2019
- Permohonan secara manual untuk lepasan SPM tahun 2005 hingga 2014 di mana-mana cawangan ILKBS : (Akan dikemaskini) 5 Februari 2019 sehingga 10 April 2019
- Panggilan Temuduga : (Akan dikemaskini) April 2019 – Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja :
- Semakan keputusan IKBN, IKTBN, AKBG kemasukan ke ILKBS : (Akan dikemaskini) 25 Mei 2019
- UPUonline dan https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
- Pengesahan samada Terima/ tolak tawaran ke ILKBS : (Akan dikemaskini) 25 Mei hingga 8 Jun 2019
- Pendaftaran pelajar baharu ambilan : (Akan dikemaskini) 25 Jun 2019
PAUTAN SEMAKAN KEPUTUSAN IKBN (ILKBS) 2020 ONLINE |
Untuk membuat semakan keputusan ILKBS, sila klik applikasi semakan yang boleh dilayari di
|
Semakan TEMUDUGA Kemasukan Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Sesi Pengajian Januari 2020 boleh disemak di
- SEMAKAN IKBN
- Nota : Mereka yang terlepas untuk memohon sesi Januari 2020, anda boleh membuat permohonan sesi Julai 2020
CARA HUBUNGI ILKBS |
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi ILKBS di talian berikut :-
- 03-8871 3685/ 03-8871 3646/ 03-8871 3690
Selamat membuat Semakan Keputusan IKBN (ILKBS) 2020 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS untuk sesi Julai dan Januari 2020. Moga anda berjaya menambahkan ilmu kemahiran dalam bidang yang dipilih nanti.