Panduan buat para pelajar terutamanya yang berminat untuk melanjutkan pengajian kemahiran ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Sudahkah anda membuat permohonan IPMA MARA sesi Januari 2023? Buat yang sudah melakukan permohonan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2023 yang boleh disemak secara online.
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) dibuka padatarikh yang akan dikongsikan di bawah. Pelajar lepasan Sijil, SPM dan STPM/Setaraf yang telah membuat permohonan secara online adalah dipelawa untuk membuat semakan melalui aplikasi online yang disediakan.
Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2023 Online Melalui SPUPIM
Maklumat penting berkaitan semakan IKM KKTM MJII 2023 Online yang merangkumi aplikasi semakan, tarikh semakan sesi Januari 2023 dan Julai 2023 adalah seperti berikut :
Aplikasi Semakan Keputusan IKM KKTM MJII | |||
Rujuk aplikasi semakan IKM KKTM MJII di pautan berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Akses aplikasi semakan di pautan ini: Sistem Pengambilan UPIM (SPUPIM) | ||
2. | Masukkan No. Kad Pengenalan. Klik Semak |
Semakan Kemasukan IKM KKTM MJII | |||
Semakan status permohonan/ keputusan IPMA sesi Januari 2023 dan Julai 2023 boleh disemak secara online pada tarikh berikut : | |||
SESI | TARIKH SEMAKAN | ||
Januari 2023 | Bermula 14 November 2022 | ||
Julai 2023 | Bermula 5 Mei 2023 (Fasa 1) & 10 Julai 2023 (Fasa 2) |
Bagi permohonan rayuan boleh dibuat bermula 14 hingga 30 November 2022, keputusan rayuan sesi Januari 2023 boleh disemak mulai 5 Disember 2022
Bagi sesi Julai 2023, permohonan rayuan fasa 1 bermula 5 hingga 15 Mei 2023 dan semakan rayuan 16 hingga 19 Mei 2023
Manakala fasa 2 permohonan rayuan bermula 10 hingga 16 Julai 2023 dan semakan rayuan bermula 18 hingga 20 Julai 2023
Pendaftaran pelajar baru sesi Julai 2023 akan bermula pada 23 atau 24 Julai 2023
Peringatan
PEKERJAAN
- MARA tidak menjamin apa-apa pekerjaan kepada anda setelah tamat latihan di KKTM, MJII dan IKM.
- Pelajar tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh pengajian samada secara sepenuh masa atau sambilan.
BERHENTI DARI KKTM, MJII ATAU IKM
Sekiranya pelajar telah mendaftar di KKTM, MJII atau IKM dan kemudian menarik diri atau berhenti / diberhentikan dari / oleh KKTM, MJII atau IKM, maka semua pembayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan. Pelajar-pelajar juga akan dikenakan bayaran gantirugi semua perbelanjaan elaun yang telah dibiayai oleh MARA kepada pelajar.
Diingatkan juga pelajar yang telah berhenti / diberhentikan dari manamana KKTM, MJII atau IKM tidak akan diterima masuk atau tidak boleh mendaftar semula di mana-mana KKTM, MJII atau IKM lain dalam tempoh 6 bulan atau 12 bulan (tertakluk kepada kes) ia berhenti.
MENGULANGKAJI / MEMINDA SYARAT TAWARAN
MARA berhak, pada bila-bila masa mengubah, mengubahsuai atau meluaskan syarat-syarat tawaran ini tanpa menyentuh jaminan penjamin dan tanpa melepaskan atau dengan apa-apa jalan menyentuh tanggungan penjamin-penjamin tuan/puan.
Untuk peringatan atau nota yang lengkap. sila rujuk buku pendaftaran pelajar.
Maklumat Lanjut IPMA
Senarai IKM/ KKTM dan kursus yang ditawarkan boleh dirujuk di pautan berikut :-
Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan IPMA dengan melayari Portal Rasmi e-Kemahiran di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di Facebook TVET MARA.
Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:
- Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
Fax: 03-26914510
Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
- KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
GMI : 03-8921 9047 / 9288
KKTM : 03-261 34605/ 34612
KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033
Selamat membuat Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2023 Online. Semoga permohonan kemasukan anda diluluskan dan dapat melanjutkan pengajian ke institusi yang diingini.