Permohonan i-Fitri Negeri Terengganu Online. Berita baik buat rakyat Terengganu yang berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan. Berikut adalah panduan dalam membuat Permohonan Online Dana Terengganu atau dikenali sebagai i-Fitri. Di antara bantuan yang diberikan adalah Dana Hari Raya. Maklumat bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk makluman, bantuan sara hidup i-Fitri ini dulu dikenali sebagai Dana Raya Terengganu diberhentikan pada tahun 2020 dan 2021 kerana disalurkan untuk membantu mangsa yang terjejas akibat COVID-19. Mereka yang berkelayakan untuk bantuan kali ini ialah isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.
Permohonan i-Fitri Online
Menurut pembentangan Belanjawan 2022 Terengganu oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, kadar bantuan yang akan diberikan adalah RM400 kepada 31,500 penerima isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 dan RM250 kepada 83,500 penerima isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000. Pengagihan bantuan akan dibuat menjelang Hari Raya Aidilfitri 2022.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan iDANATTB Terengganu, permohonan online Dana Negeri Terengganu secara atas talian/ online Maklumat yang dikongsikan termasuk jenis bantuan, pautan apliaksi permohonan dan syarat kelayakan sebagai rujukan.
Terkini : Makluman Bantuan i-Fitri Terengganu 2022
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat mengumumkan pembayaran i-Fitri 2022 akan dibuat bermula 17 April 2022. Permohonan baru akan dibuka pada 22 hingga 31 Mac 2022.
Cara Membuat Permohonan Online Dana Terengganu (i-Fitri) 2022
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon :-
i) Online
Melayari Portal permohonan pada pautan ibantuan : (https://ibantuan.terengganu.gov.my). Paparan muka Portal Rasmi Permohonan Dana Negeri Terengganu Online adalah seperti berikut :-
Langkah Permohonan Online Dana Negeri Terengganu
Terdapat 6 langkah yang perlu diikuti oleh pemohon semasa membuat permohonan. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut :-
1 : Daftar masuk
- Daftar dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan pemohon dan ciptakan kata laluan
2 : Pilihan Kategori
- Semua kategori yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih kategori yang dibenarkan sahaja.
3 : Syarat Kelayakan
- Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.
4 : Mohon
Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda *. Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib diisi).
5 : Pengesahan
- Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.
6 : Cetak Permohonan
- Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya kepada JPKK untuk dibuat pengesahan. JPKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JPKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan.
Borang permohonan online Dana Terengganu (iFitri) hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JPKK bersama salinan dokumen yang diperlukan mengikut kategori dan jenis dana.
Kategori Permohonan Online Dana Terengganu Dan Jumlah Bantuan
Berikut adalah senarai kategori permohonan dan jumlah bantuan yang diberikan untuk penerima mengikut kategori.
1. Kategori A
Jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 (termasuk gaji dan elaun)
2. Kategori B
Jumlah pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,501.00 hingga RM5,000.00 (termasuk gaji dan elaun)
Syarat Am Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan i- Fitri untuk semua kategori bantuan. Di antara syarat asas permohonan adalah seperti berikut :-
- Pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah mestilah RM2,500 dan ke bawah (Kategori A), RM2,501.00 hingga RM5,000.00 (Kategori B)
- Pemohon mestilah Rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu SAHAJA
- Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
- Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon
- Kontraktor berdaftar tidak layak memohon
- Peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan, antara RM2,501.00 hingga RM5,000.00 dan disahkan oleh JPKK
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai Slip Gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim
- Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada JPKK bersama-sama salinan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan/ sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan
- Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan
- Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK
- Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak
- Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak
- Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis
Maklumat Lanjut
Panduan lengkap cara-cara memohon di Manual Permohonan PDF. Soalan lazim permohonan pula boleh dirujuk di FAQ.
- Manual Cara Memohon
- Soalan Lazim (FAQ) (akan dikemaskini)
Selamat memohon Permohonan. Semoga rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan berjaya mendapat bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.