Cara Mohon Kemasukan Ke Perajurit Muda TUDM 2024 Secara Online. Bila tarikh permohonan perajurit muda TUDM dibuka? Panduan kepada mereka yang berminat untuk menyertai Tentera Udara DiRaja Malaysia dalam pelbagai bidang ketenteraan. Anda boleh membuat permohonan kemasukan ke pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 69/25 tahun 2024 bermula tarikh 15 Ogos 2024
Pemohon yang berjaya akan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan dan sekiranya anggota berjaya menamatkan latihan, akan dinaikkan ke pangkat Laskar Udara II. Anggota akan ditempatkan di dalam perjawatan Tentera Udara Diraja Malaysia mengikut kepakaran dan cawangan yang ditetapkan. Oleh itu, pastikan anda memenuhi syarat dan membuat permohonan secara betul dan tepat kerana hanya permohonan secara online yang akan diterima.
Permohonan Perajurit Muda TUDM 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pengambilan Perajurit Muda TUDM 2024 siri 69/25 Online untuk panduan semua.
Anda boleh rujuk tarikh , cara-cara dan syarat yang ditetapkan oleh TUDM untuk membuat permohonan.
Tarikh Permohonan Tentera Udara DiRaja Malaysia
Borang permohonan atas talian akan dibuka pada tarikh berikut:
- Tarikh buka : 15 Ogos 2024
- Tarikh tutup : 15 Oktober 2024
Peringatan: borang hanya dibuka pada tarikh yang dinyatakan dan semakan permohonan boleh dibuat melalui ruangan permohonan.
Cara Mohon Perajurit Muda TUDM
Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari Portal Kerjaya TUDM
- Daftar sebagai pemohon
- Log masuk semula ke bahagian pemohon
- Kemaskini maklumat peribadi seperti SPM/ SVM, Sijil/ Diploma dan pencapaian sukan
- Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda
Syarat-Syarat Kelayakan
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia seperti berikut:
Syarat Asas Permohonan
Syarat asas adalah syarat am yang dikenakan untuk sesiapa yang ingin menyertai pengambilan Siri 69/25 :
- Pemohon adalah lelaki warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 25 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 1 Feb 2025
- Penglihatan:
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna
- Pendengaran: tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
- Pemohon memiliki tahap kecergasan yang tinggi
- Taraf kesihatan pemohon: Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tiada penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan
Syarat Fizikal
Berikut adalah syarat-syarat fizikal untuk menjadi seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia:
- Ukuran tinggi minima bagi calon lelaki, 1.65m manakala ukuran tinggi minima calon wanita, 1.60m
- Berat badan minima bagi calon lelaki 49kg manakala berat badan minima calon wanita 46kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) hendaklah diantara 18 hingga 25
Syarat Akademik
Kelayakan dalam bidang akademik akan menentukan gaji atau elaun yang diterima oleh anggota yang berkhidmat di bawah TUDM. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf oleh Kerajaan dengan lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah (Gaji permulaan: RM1,564.00)
- SVM – Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dengan lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah (Gaji permulaan : RM1,564.00)
- SKM Tahap 2 – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM (Gaji permulaan : RM1,696.02)
- SKM Tahap 3 – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM (Gaji permulaan : RM1,696.02)
- Diploma Kejuruteraan – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM (Gaji permulaan : RM2,026.07)
Ketukangan Anggota Lain-Lain Pangkat TUDM
Untuk makluman, ketukangan bagi anggota laing-lain pangkat TUDM adalah mengikut pecahan seperti di bawah:
- Kejuruteraan
- Aeromech
- Avionik
- Penerbangan
- Kuartermaster Udara (KU)
- Sistem darat
- Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU)
- Juruteknik Pengawasan Udara (JPU)
- Bomba
- Materiel
- Materiel
- Pengurusan Pengangkutan Kederaan
- Urusetia
- Pembantu Pentadbiran
- Pembantu Pertahanan
- Jurulatih Jasmani
- Chef Tentera
- Pancaragam
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung sistem permohonan di Portal Kerjaya TUDM, sila hubungi:
- Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No. Tel: 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg