Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Panduan bagi umat Islam. Berikut dikongsikan Niat Puasa Ramadhan serta Doa Berbuka Puasa untuk panduan bersama. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa untuk tahun 2020 pada 1 Ramadhan 1441H iaitu hari Jumaat, 24 April 2020.

Niat berpuasa Ramadhan adalah tidak diwajibkan dan tidak juga disunatkan untuk berniat dalam bahasa Arab. Cukuplah sekadar niat dibaca dalam bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain yang kita fahami. Namun adalah lebih baik dan mendapat pahala jika dapat diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad S.A.W. dan bahasa Al-Quran.

Niat Puasa Ramadhan Dan Niat Sebulan Puasa

Berikut adalah lafaz niat puasa Ramadhan dalam rumi, niat sebulan puasa Ramadhan, doa berbuka puasa buat panduan bersama:

MAZHAB SYAFI’IE

Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tidak terikat antara satu sama lain.

Niat Puasa Bulan Ramadhan

niat puasa harian dan sebulan

Niat Puasa Ramadhan Harian (Esok Hari)

Niat yang wajib dilakukan pada tiap-tiap malam :-

Bacaan Dalam Rumi Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘ie, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala

Bacaan Niat Sebulan

Dalam rumi Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Berniat Puasa Sebulan

Digalakkan untuk niat puasa sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan berniat untuk sebulan Ramadhan.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab seperti haid, sakit atau lain-lain, maka niat lafaz puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat Puasa Ramadhan

Untuk makluman, waktu bermula niat adalah daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, dibenarkan untuk berniat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa waktu berbuka

Doa Berbuka Puasa

Berikut adalah perkongsian doa buka puasa sendirian : doa buka puasa

Doa buka Puasa beramai-ramai :

Lafaz : Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birrohmatika yaa arhamar roohimiin
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Senarai Perkara Membatalkan Puasa

Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:

i. Makan dan minum

Puasa terbatal sekiranya ia (makan dan minum) dilakukan dengan sengaja walaupun makanan ataupun minuman itu sedikit. Sekiranya dia terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu diamakan ataupun minum maka puasanya tidak batal walau berapa banyak dia makan atau minum

ii. Sampainya ‘ain (sesuatu) ke dalam al-Jauf (rongga) melalui liang yang terbuka

Maksud ‘ain ialah sesuatu yang dapat dilihat oleh mata. Maksud al-Jauf ialah otak, ataupun apa yang berada antara bawah halkum hingga ke perut. Maksud liang yang terbuka ialah seperti mulut, telinga, qubul, dubur sama ada bagi lelaki dan juga wanita

iii. Muntah dengan sengaja

Muntah dengan sengaja membatalkan puasa sekalipun orang yang berpuasa yakin bahawa muntahnya tidak masuk semula ke dalam al-jaufnya walaupun sedikit. Sekiranya dia muntah tanpa sengaja, puasanya tidak batal sekalipun dia tahu bahawa sebahagian daripada muntahnya telah masuk semula ke dalam al-jaufnya tanpa sengaja

iv. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani

Dalilnya ialah firman Allah swt:

“Makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu,sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang  beriktikaf di masjid”

v. Al-Istimna’

Al-Istimna’ ialah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya ataupun dengan menggunakan tangan.Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukannya maka batal puasanya. Tetapi sekiranyaia berlaku di luar kawalannya, maka puasanya tidak batal. Dengan ini dimakruhkan dengan ‘Karahah Tahrim (makruh yang hampir kepada haram) bercium pada siang Ramadan bagi orang yang cepat naik syahwatnya sama ada lelaki atau wanita kerana ia mendedahkannya kepada merosakkan puasa.Mengenai orang yang tidak cepat naik syahwatnya, yang utama baginya ialah meninggalkannya demi menutup pintu yang merosakkan puasanya.

vi. Haid dan nifas

Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita yangberpuasa keluar haid ataupun nifasnya pada sebahagian daripada siang maka batallah puasanya. Dia wajib mengqada’ puasa hari tersebut

vii. Gila dan murtad

Gila dan murtad merupakan penghalang daripada sahnya puasa kerana orang yang berada didalam keadaan ini tidak mempunyai keahlian (kelayakan) untuk beribadat

Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. Moga perkongsian niat berpuasa Ramadhan dan doa buka puasa bermanfaat buat semua. Semoga amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Related : salah satu, malam hari, ت ع ال ى untuk berpuasa ه ت ع ال ل ه ت ع, ر م ض ان, puasa bermula, puasa sunat, sebulan terus, lafaz niat puasa ramadhan sebulan, kaffarah nazar ataupun sunat isnin khamis hari arafah asyura, dua pendapat mazhab kita mazhab al syafi ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa, esok hari pada bulan ramadhan tahun ini kerana allah ta ala, bahasa rumi nawaitu souma syahri ramadhana kul lihi lil lahi ta ala, satu sama lain dengan hari, dimaksudkan di sisi al malikiyyah al syafi iyyah dan juga al hanabilah, menggariskan beberapa syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib, permasalahan ini kerana allah ta ala,
ن و ي ت ص و م غ د
masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar, wajib berniat juga pada setiap malam, kedua tidak perlu diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa, i fardhi syahri ramadhana, rasulullah saw, berniat untuk berpuasa, berniat pada malam hari, puasa ramadan, pendapat mazhab al syafi ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa,

Share Artikel

zf.editor

zf.editor