Khusus untuk rakyat Malaysia yang menetap di negeri Johor, berikut adalah panduan untuk membuat semakan bil air Syarikat Air Johor (SAJ) Online. Tahukah anda bahawa semakan bil air negeri Johor boleh disemak tanpa menunggu bil fizikal daripada SAJ? Sesuai dengan situasi masa kini, urusan perkhidmatan SAJ seperti semakan dan bayar bil air Johor boleh dilakukan secara online menggunakan telefon atau komputer masing-masing.
Untuk makluman, Syarikat Air Johor telah dijenamakan sebagai Ranhill SAJ sebagai syarikat utiliti yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan bekalan air di seluruh Negeri Johor. Dengan menyediakan perkhidmatan secara atas talian, mereka yang menetap di negeri Johor dapat menyelesaikan urusan berkenaan bil air serta mengetahui info terkini sekiranya berlaku gangguan bekalan air di kawasan masing-masing.
Bil Air Johor Online (eBilling Ranhill SAJ) : Semak Dan Bayar Bil
Berikut adalah perincian maklumat berkenaan cara membuat Semakan Bil Air Johor Online (SAJ) untuk panduan pengguna perkhidmatan bekalan air di negeri Johor.
Bekalan air merupakan keperluan asas setiap penduduk yang menetap di Malaysia di samping bekalan elektrik dan sebagainya. Segala perkhidmatan berkaitan keperluan asas ini wajar dinaik taraf dan diberi kemudahan kepada rakyat untuk menguruskannya.
Semakan Bil Air Johor Online & Pembayaran Bil
Berikut dikongsikan cara-cara untuk semak bil air Johor bagi memudahkan semua penduduk yang menetap di Negeri Johor:
1.Cara semak : Sila buat pendaftaran atau log in menerusi portal rasmi Ranhill SAJ dengan klik pautan ini: Ranhill SAJ
2.Seterusnya, klik pada ikon e-billing untuk ke bahagian bil dan pembayaran
3.Sebagai pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang “New User? Register Now”
4.Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam setiap ruangan seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun dan lain-lain. Pastikan maklumat anda tepat dan klik “Submit”
5.Satu e-mel pengesahan dari SAJ akan diterima oleh anda melalui e-mel yang telah digunakan sewaktu mendaftar. Buka emel tersebut dan klik “Click here” untuk mengesahkan pendaftaran dan pengaktifan akaun anda
6.Paparan borang pendaftaran akan terbuka dan cipta kata laluan serta ID pengguna yang mudah untuk anda ingat. Kemudian Klik “Register”. Satu paparan pengaktifan akaun berjaya akan dipaparkan.
7.Log masuk semula menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang anda cipta. Selepas log masuk, anda akan di bawa ke halaman dashboard akaun SAJ anda. Dengan melihat jumlah bil anda, pembayaran boleh dibuat secara online.
Muat Turun Aplikasi MySAJ
Bagi memudahkan pengguna, Ranhill SAJ telah menyediakan perkhidmatan online atau atas talian mereka ke aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di telefon pelanggan. Berikut adalah pautan muat turun kepada aplikasi MySAJ:
Antara perkhidmatan dan kelebihan yang disediakan dalam aplikasi MySAJ adalah:
- Mengemaskini akaun anda secara online
- Melihat jumlah bil bulanan anda
- Perkhidmatan pembayaran bil secara online
- Maklumat berkenaan paip pecah atau gangguan bekalan air yang terkini
- Info lain berkaitan bekalan air di negeri Johor
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan semakan bil air Johor, sila rujuk atau hubungi:
- Talian Mesra: 1800 88 7474
Diharapkan perkongsian mengenai langkah membuat semakan bil air Johor Online (SAJ) dapat memberi manfaat kepada anda. Kaedah baharu ini dapat memudahkan urusan kita serta menjimatkan masa disamping menghadapi norma baharu dalam kehidupan harian masing-masing.
saj johor bil air saj