Semakan keputusan tawaran Program Diploma PPUM 2023 online. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menawarkan program diploma bagi mereka yang berhasrat untuk menceburi bidang kejururawatan dan perubatan. Bagi pemohon yang telah membuat permohonan pasti ingin tahu tarikh semakan keputusan Diploma PPUM bagi sesi 2023 dan bagaimana untuk melakukan semakan tawaran ke PPUM? Maklumat bagi sesi 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Berita penting buat pelajar lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya yang telah membuat permohonan untuk kemasukan program Diploma di PPUM. Anda boleh mula membuat semakan keputusan permohonan di laman sesawang PPUM pada tarikh yang ditetapkan. Untuk makluman, antara program yang ditawarkan adalah Diploma Kejururawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Radiografi.
Semakan Keputusan Diploma PPUM 2023 Secara Online
Pemohon boleh merujuk maklumat berkaitan cara semak keputusan Diploma PPUM bagi sesi 2023 seperti di bawah.
INFO TERKINI
PPUM membuka permohonan untuk Diploma Kejururawatan, Radiografi dan Teknologi Makmal Perubatan. Pemohon yang layak boleh membuat permohonan bermula 11 Mac 2024 hingga 16 Jun 2024 bagi ambilan tahun 2024. Untuk memohon dan maklumat lanjut, sila buka pautan berikut:
Berikut adalah tarikh semakan keputusan permohonan dan temuduga yang dijadualkan oleh PPUM:
Tarikh Penting Semakan PPUM 2023 | |||
Tarikh Buka | Tarikh Tutup | ||
25 Ogos 2023 | 29 Ogos 2023 |
Cara Semak Keputusan Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) Program Diploma
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke program Diploma PPUM bagi sesi 2023:
- Pemohon perlu melayari applikasi sistem pengambilan pelajar PPUM.
- Selepas itu, pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang semak untuk membuat semakan permohonan.
Aplikasi Semakan
Pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran program Diploma PPUM dengan melayari sistem pengambilan pelajar PPUM di pautan berikut:
Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 2 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya oleh pemohon.
Syarat-Syarat Permohonan Diploma PPUM 2023
Berikut dikongsikan syarat am bagi melayakkan diri pemohon untuk kemasukan ke PPUM berdasarkan laman web rasmi PPUM:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 25 tahun
- Belum berkahwin
- Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikan pemohon tidak sesuai untuk mengikuti latihan
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik bagi kemasukan ke program Diploma PPUM. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan akademik:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat:
- Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, dan Lulus mata pelajaran Sejarah
- Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
- Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi gred C dan ke atas dalam 2 mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan di dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
- Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan di dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
Cara Hubungi
Jika pemohon menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh menghubungi PPUM seperti butiran berkenaan:
- Talian : 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010
- E-mel : kewpelajarksk@ummc.edu.my
Diharapkan perkongsian cara semak keputusan diploma PPUM 2023 online ini dapat memudahkan pemohon dalam membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke PPUM. Semoga berjaya dalam membuat semakan dan tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya menempatkan diri di PPUM.