Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong Terkini Di Malaysia

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya graduan universiti atau lepasan SPM yang sedang mencari pekerjaan. Adakah anda berasa sukar untuk mencari dan memenuhi jawatan kosong dalam sektor pekerjaan di Malaysia? Jika begitu, mungkin perkongsian senarai Laman Web Cari Kerja Kosong Terkini Di Malaysia ini dapat membantu anda mencari pekerjaan dengan lebih efisyen.

Umum mengetahui bahawa mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah. Seorang graduan universiti yang cemerlang pun belum tentu dapat memenuhi kekosongan jawatan dalam bidang pekerjaan yang diidamkan akibat kebanjiran lepasan universiti yang semakin bertambah saban tahun. Oleh itu, sebagai usaha untuk mendapatkan sebarang jenis pekerjaan sekalipun, seseorang individu itu haruslah mengetahui cara dan platform yang betul untuk memohon pekerjaan.

Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong Terkini

Senarai Laman Web Pencarian Kerja Kosong Terkini Di Malaysia

Berikut dikongsikan Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong Terkini Di Malaysia sebagai rujukan untuk membantu golongan yang sedang mencari pekerjaan.

Maklumat yang dipaparkan termasuk nama laman web dan pautan URL serta sedikit ringkasan laman web tersebut.

Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong Terkini

Senarai Laman Web Pencarian Kerja Kosong Terkini Di Malaysia serta maklumat yang merangkumi pautan serta deskripsi ringkas laman web masing-masing adalah seperti berikut:
LAMAN WEBMAKLUMAT
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: JobStreet
  • Jobstreet merupakan laman web sumber kerjaya terawal yang diwujudkan di Malaysia dan terkenal dalam kalangan graduan untuk mencari jawatan kosong
  • Laman web ini bermula pada tahun 1997 dan kini merupakan syarikat pekerjaan online terbesar di Asia Tenggara
  • Bagi tahun 2014 sahaja, 80% daripada majikan telah mengambil graduan yang baru sahaja tamat pengajian dan memberikan mereka peluang pekerjaan
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: WOBB
  • Working On Beans Bags (WOBB) membekalkan senarai majikan yang dilakukan oleh pasukan mereka sendiri
  • Golongan yang sedang mencari pekerjaan boleh melihat sendiri persekitaran pejabat dan budaya tempat kerja sebelum menghantar permohonan
  • WOBB juga telah memperkenalkan aplikasi mudah alih untuk memudahkan pengguna mencari kerja di mana-mana sahaja mereka berada
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: JobsMalaysia
  • JobsMalaysia menyediakan proses pemadanan kerja yang mudah dan sistematik
  • Portal ini menawarkan sistem pencarian dan penawaran kerja yang juga mesra OKU
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: SkootJobs
  • Laman sesawang carian kerja SkootJobs adalah platform yang berfungsi untuk mencari pekerja separuh masa, sepenuh masa dan graduan baru di Malaysia
  • Buat yang berminat boleh memuat naik resume ringkas supaya proses permohonan lebih efisyen dan membantu majikan membaca latar belakang dengan mudah
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: SPA
  • SPA sesuai untuk golongan yang ingin mencari peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan
  • Laman web ini diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan mereka akan mengiklankan jawatan kosong bagi setiap negeri
  • Maklumat yang disertakan termasuklah jawatan, gaji dan deskripsi tugas dengan tujuan untuk memudahkan pemohon
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: Mudah Jobs
  • Selain menjadi platform jual beli online yang menyediakan pelbagai pilihan kategori, mudah.my juga mengiklankan jawatan kosong dalam kategori Jobs and Services
  • Permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan boleh dilakukan
  • Antara Maklumat yang dipaparkan termasuklah kriteria/syarat kelayakan, gaji, dan pengalaman kerja
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: myStarjob
  • Satu lagi laman web yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari kerja adalah MyStarjob
  • Laman web ini menawarkan peluang kerja yang kompetetif serta memiliki servis khidmat pelanggan yang baik
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: indeed
  • Meskipun beroperasi di Ireland, Indeed agak popular sebagai laman web untuk mencari pekerjaan di Malaysia
  • Terdapat beribu-ribu iklan jawatan kosong yang dipaparkan dari berbagai-bagai sektor pekerjaan di serata Malaysia
  • Pemohon boleh memuat naik resume. Sekiranya resume terpilih, pemohon akan dimaklumkan untuk hadir ke sesi temuduga syarikat berkenaan
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: Monster
  • Monster juga merupakan salah satu laman web yang menawarkan carian kerja kontrak, separuh masa dan graduan baru lepasan universiti
  • Selain itu, perkhidmatan membuat resume juga disediakan buat mereka yang berminat
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: tribehired
  • Bagi yang berminat untuk mencari platform di mana syarikat sentiasa bersaing untuk mengambil pekerja yang berbakat, TribeHired adalah pilihan yang terbaik
  • Seramai 100 orang yang berbakat untuk bekerja dicari oleh tribehired setiap minggu
  • Bagi yang masih mencari pekerjaan, mereka berpeluang untuk memilih mana-mana tawaran yang dibuka untuk menghadiri sesi temuduga
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: wowintro
  • Wowintro adalah sebuah platform pencarian kerja atas talian yang unik
  • Pemohon hendaklah mempamerkan diri melalui video yang berdurasi 30 saat
  • Dengan cara ini, pemohon berpeluang untuk menonjolkan kemahiran berkomunikasi serta kekuatan lain yang mereka milki sebelum ditawarkan untuk bekerja
  • Portal ini juga membolehkan golongan yang sedang mencari kerja menjimatkan masa, kos serta tenaga dalam proses pencarian kerja mereka
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: intern.my
  • Melalui laman web Intern.my, pelajar universiti khususnya boleh mengetahui maklumat syarikat yang menyediakan jawatan internship atau latihan industri
  • Maklumat/butiran seperti kriteria yang diperlukan, tempoh latihan berlangsung dan jumlah elaun yang ditawarkan akan disediakan untuk memudahkan pemohon membuat pilihan
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: BestJobs
  • Laman web Bestjobs membolehkan golongan yang sedang mencari pekerjaan untuk membuat carian kerja terutamanya dalam sektor profesional
  • Pemohon boleh memuat naik Curriculum Vitae (CV) untuk dinilai oleh majikan
Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong
  • Laman Web: Jooble
  • Buat individu yang membuat pencarian pekerjaan di Jooble, laman web ini akan memberikan pautan-pautan iklan jawatan kosong yang diperoleh daripada sekurang-kurangnya 1765 laman web pekerjaan yang berlainan
  • Hasil pencarian yang diperoleh adalah dari serata Malaysia dan relevan dengan pencarian yang dilakukan pemohon

Semoga perkongsian Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong Terkini Di Malaysia dapat membantu memudahkan urusan anda yang sedang mencari pekerjaan. Selamat berjaya semua.

Share Artikel

zf.editor

zf.editor