Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Khas Bonus Kakitangan Awam dan Pesara 2024. Bilakah Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Pesara tahun 2024 susulan pengumuman Bajet 2024? Pemberian bantuan khas atau bonus adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan awam dan pesara kerajaan setiap tahun. Tidak terkecuali semasa pada Bajet 2024. Sebelum ini, Pekerja sektor awam gred 56 dan kebawah akan menerima bayaran khas berjumlah RM700 manakala pesara kerajaan akan menerima RM350. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini.
Sebagai perbandingan tahun sebelum ini, Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah menerima jumlah yang sama iaitu RM600 sebagai bayaran khas tahun 2022 dan bayaran khas Aidilfitri tahun 2022 sebanyak RM300. Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PREPR) 2020, Perdana Menteri mengumumkan bantuan tunai RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk pekerja secara kontrak serta pesara kerajaan pada tahun 2020.
Bayaran Khas 2023 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan
Berikut dikongsikan informasi berkaitan jumlah dan Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2023 (Bayaran Khas) untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara Kerjaaan.
TERKINI: Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam 2023
Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam yang akan disalurkan dalam tempoh dua minggu lagi pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani pada 27 Julai 2023. Jumlah bantuan adalah sebanyak RM300 untuk Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan kontrak. Selain itu jumlah bantuan sebanyak RM200 juga diberikan pada pesara kerajaan, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteren tidak berpencen. Bayaran untuk bantuan ini akan dibuat pada 10 Ogos 2023.
Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2023
Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2023 dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-.
- 17 Januari 2023
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023
Menerusi pembentangan Bajet 2023, Menteri Kewangan menyatakan bahawa dalam menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, bantuan khas kewangan secara sekali bayar akan diberikan sebanyak:
- RM700 : Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
- RM350 : Pesara kerajaan
Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2023
Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2023 dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-.
- 2023: Tarikh Pembayaran : Hari Rabu, 17 Januari 2023
- 2022: Tarikh Pembayaran : Hari Selasa, 25 Januari 2022
- 2021: Tarikh Pembayaran : Hari Isnin, 25 Januari 2021
Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas iaitu
- 2023: Tarikh Pembayaran : Hari Rabu, 17 Januari 2023
- 2022: Tarikh Pembayaran : Hari Selasa, 25 Januari 2022
- 2021: Tarikh Pembayaran : Hari Isnin, 25 Januari 2021
Berikut adalah kategori pegawai yang layak dan tidak layak menerima bantuan khas kewangan ini
Kategori Pegawai Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
- Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut
- Guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan
ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak
disediakan pemandu oleh jabatannya - Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
Kategori Pegawai Yang Tidak Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 17 Januari 2023
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam
tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023 - Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga
17 Januari 2023 - Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk
- Surat edaran JPA (Bayaran Khas Bajet 2023)
Tarikh Bayaran Bonus Raya Kakitangan Awam 2023
Menurut kenyatan media, Menteri Kewangan telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam yang berkelayakan. Butiran bantuan khas Aidilfitri 2023 adalah seperti berikut:
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023: Diawalkan ke 14 April 2023
- Bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah: RM700
- Bagi pesara kerajaan: RM350
Bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan Bantuan Khas Aidilfitri, sila rujuk Surat Edaran JPA (Bayaran Khas Aidilfitri 2023)
Bantuan Kakitangan Awam 2022
Kerajaan telah memutuskan supaya Bayaran Khas diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di atas keperihatinan Kerajaan menghargai kesetiaan penjawat awam dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat
Jumlah Bayaran Khas
- Kakitangan awam :
2022: Bantuan Khas Tunai sebanyak RM600 untuk pekerja gred 56 dan ke bawah - Pesara Kerajaan :
2022: Bantuan Khas Tunai sebanyak RM300 untuk pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen
Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2022
Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-.
- 2022: Tarikh Pembayaran : Hari Selasa, 25 Januari 2022
- 2021: Tarikh Pembayaran : Hari Isnin, 25 Januari 2021
- 2019: Tarikh Pembayaran : Hari Rabu, 18 Disember 2019
Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas iaitu
- 2022: Tarikh Pembayaran : Hari Selasa, 25 Januari 2022
- 2021; Tarikh Pembayaran : Hari Isnin, 25 Januari 2021
- 2019: Dibayar pada Hari Rabu, 18 Disember 2019
Surat Edaran bantuan Khas Kewangan tahun 2022 telah dikeluarkan berikutan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Berikut adalah antara kategori pegawai yang layak dan tidak layak menerima bantuan ini
Kategori Pegawai Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
- Pekerja Sambilan harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut
- Guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan
ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak
disediakan pemandu oleh jabatannya - Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
Kategori Pegawai Yang Tidak Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 Januari 2022
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam
tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 Januari 2022 - Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga
25 Januari 2022. - Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
Maklumat lanjut berkaitan Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bonus atau Bayaran Khas, sila rujuk kepada Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022.
Tarikh Bayaran Bonus Raya Kakitangan Awam 2022
Menurut kenyatan media, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam yang berkelayakan. Butiran bantuan khas Aidilfitri 2022 adalah seperti berikut:
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2022: 25 April 2022
- Bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah: RM600
- Bagi pesara kerajaan: RM300
Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2021
Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam PREPR akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-.
- 2021: Tarikh Pembayaran : Hari Isnin, 25 Januari 2021
- 2019: Tarikh Pembayaran : Hari Rabu, 18 Disember 2019
- 2018: Tarikh Pembayaran : Hari Selasa, 18 Disember 2018
Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas iaitu
- 2021; Tarikh Pembayaran : Hari Isnin, 25 Januari 2021
- 2019: Dibayar pada Hari Rabu, 18 Disember 2019
- 2018: Dibayar pada Hari Selasa, 18 Disember 2018
Surat Edaran bantuan Khas Kewangan tahun 2021 telah dikeluarkan berikutan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Berikut adalah antara kategori pegawai yang layak dan tidak layak menerima bantuan ini
Kategori Pegawai Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
- Pekerja Sambilan harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut
- Guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan
ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak
disediakan pemandu oleh jabatannya - Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
Kategori Pegawai Yang Tidak Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam
tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021 - Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga
25 Januari 2021. - Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
Maklumat lanjut berkaitan Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bonus atau Bayaran Khas, sila rujuk kepada Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021.
Tarikh Bayaran Bonus Raya Kakitangan Awam 2021
Untuk tahun 2019, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menyalurkan bantuan khas sejumlah RM450 seorang bagi penjawat awam gred 56 dan ke bawah manakala RM225 seorang bagi pesara kerajaan. Namun begitu, jumlah pemberian Bayaran Khas yang akan diagihkan bagi tahun ini masih menjadi tanda tanya.
Pihak Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Setiausaha Negara dan mengutus surat kepada Perdana Menteri berhubung isu ini. Harapan mereka agar Kerajaan mempertimbangkan supaya pemberian bonus Raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Aidilfitri.
Pihak CUEPACS memohon agar setiap penjawat awam diberikan bonus sebanyak RM1000 manakala RM500 bagi pesara. Bantuan khas tersebut dijangka membabitkan jumlah lebih dari RM1 billion.
Menurut kenyatan media, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam yang berkelayakan. Butiran bantuan khas Aidilfitri 2021 adalah seperti berikut:
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2021: 6 Mei 2021
- Bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah: RM500
- Bagi pesara kerajaan: RM250
Bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan Bantuan Khas Aidilfitri, sila rujuk Kenyataan Media Perdana Menteri
Bonus Raya Perak 2023
Di negeri Perak, seramai 7,892 orang kakitangan kerajaan negeri tersebut akan menerima bonus raya RM700. Menurut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, pemberian bonus ini melibatkan jumlah peruntukan RM5.63 juta
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Perak: 17 April 2023
Bonus Raya Pulau Pinang 2023
Penjawat awam di Pulau Pinang yang merangkumi semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri pula akan menerima pemberian bantuan khas Aidilfitri berjumlah 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,500. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, peruntukan khas ini melibatkan jumlah sebanyak RM10.95 Juta.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Pulau Pinang: 17 April 2023
Bonus Raya Johor 2023
Pada 1 Disember 2022 yang lalu, kerajaan negeri Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 13,400 orang penjawat awam negeri Johor. Bayaran bantuan khas kewangan ini akan dibayar dua kali iaitu pada akhir tahun 2022 dan menjelang Aidilfitri 2023. Bantuan ini juga dipanjangkan kepada penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri, semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ).
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Johor: April 2023
Bonus Raya Melaka 2023
Pemberian sebanyak setengah bulan gaji sebagai bonus Hari Raya Aidilfitri dan persiapan menjelang sesi persekolahan akan diagihkan kepada 5,000 orang kakitangan awam negeri Melaka. Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, bayaran bonus tersebut akan diberikan sebanyak dua kali iaitu pada Februari dan April 2023
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2022 Melaka: April 2023
Bonus Raya Negeri Sembilan 2023
Penjawat awam Negeri Sembilan akan menerima bonus sebanyak RM1,000 sempena Aidilfitri. Datuk Seri Aminuddin Harun menyatakan bahawa sebanyak RM3.796 juta diperuntukkan kepada 3,769 penjawat awam untuk manfaat ini.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Negeri Sembilan: 14 April 2023
Bonus Raya Kedah 2023
Seramai 5,100 kakitangan awam negeri, termasuk pegawai lantikan kontrak dan sementara akan menerima bantuan khas yang telah diluluskan oleh kerajaan Kedah sebanyak RM1,000.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Kedah: bermula 18 April 2023
Bonus Raya Selangor 2023
Menteri Besar negeri Selangor telah mengumumkan bahawa semua anggota kakitangan awam negeri tersebut akan menerima bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak Satu Bulan Gaji Atau Minimum RM1,000. Insentif akan diagihkan kepada kakitangan Gred 56 dan ke bawah termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri di bawah penggajian kerajaan persekutuan.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Selangor: 21 April 2023
Bonus Raya Pahang 2023
Datuk Seri Wan Rosdy, Menteri Besar negeri Pahang telah mengumumkan bahawa bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri akan disumbangkan kepada kira-kira 8,000 orang penjawat awam negeri tersebut yang memiliki gred JUSA dan ke bawah. Bonus khas yang akan diagihkan adalah sebanyak RM1,200.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Pahang: April 2023
Bonus Raya Kelantan 2023
Pemberian RM700 kepada penjawat awam negeri Kelantan Gred 56 dan ke bawah telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Kelantan: Sebelum Hari Raya Aidilfitri
Bonus Raya Terengganu 2023
Bagi tahun ini, lebih kurang 12,000 orang penjawat awam negeri Terengganu akan menerima bonus sebanyak RM700 seorang sebelum Aidilfitri. Menurut Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, bonus tersebut melibatkan peruntukan dengan anggaran sebanyak RM9 juta.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Terengganu: April 2023
Bonus Raya Perlis 2019
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyatakan bahawa para penjawat awam negeri tersebut yang memegang gred 56 dan ke bawah akan menerima bonus Raya berjumlah RM550 seorang. Manakala bagi pesara kerajaan negeri Perlis pula akan mendapat RM250 setiap seorang.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2019 Perlis: 27 Mei 2019
Bonus Raya Sabah 2023
Bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri akan disumbangkan kepada penjawat awam negeri Sabah Gred 54 dan ke bawah. Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa bonus khas yang akan diagihkan adalah kepada kakitangan awam adalah sebanyak RM700.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2023 Sabah: 17 April 2023
Bonus Raya Sarawak 2022
Menurut Pejabat Ketua Menteri Sarawak, penjawat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak termasuk yang masih berkhidmat akan menerima bantuan khas daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM500.
- Tarikh Bayaran Bonus Raya 2022 Sarawak: Akan dikemaskini
Semoga Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Pesara 2023 boleh dijadikan panduan dalam membuat perancangan perbelanjaan menjelang mulanya persekolahan anak mereka.