Permohonan Jawatan Pembantu Awam Gred H11 SPA. Berminat untuk bekerja di sektor awam? Perhatian buat lepasan SRP/ PMR/ PT3 yang berminat dengan jawatan Pembantu Awam Gred H11. Apakah skop kerja atau deskripsi tugas Pembantu Awam Gred H11? Jawatan dalam kategori Kumpulan Pelaksana adalah di antara jawatan kerajaan (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) yang sangat popular dan ramai dicari oleh pencari kerja.
Mereka yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Awam Gred H11, pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan secara online melalui Borang SPA8i di Portal SPA.
Permohonan Jawatan Pembantu Awam Gred H11 Online
Berikut dikongsikan Deskripisi Tugas Pembantu Awam Gred H11 yang memaparkan senarai tugas, jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat kelayakan/ syarat lantikan jawatan.
Skop kerja dan Tugas Pembantu Awam Gred H11 adalah seperti berikut:-
DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU AWAM GRED H11
Berikut adalah di antara skop kerja dan tanggungjawab seorang Pembantu Awam Gred H11 di SPA :
SKOP KERJA
i) Melaksanakan kerja-kerja umum bercirikan hands-on yang membutuhkan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan kerja-kerja berkenaan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja
ii) Melakukan kerja penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang
iii) Melaksanakan kerja pemanduan enjin sangkut/motobotiv) Menjalankan kerja-kerja lain yang diamanahkan oleh ketua jabatan
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Tangga gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Awam Gred H11 adalah seperti di bawah.
JADUAL GAJI
GAJI MINIMUM : RM 1,218.00
GAJI MAKSIMUM : RM 2,939.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 80.00
Berikut adalah syarat lantikan untuk jawatan Pembantu Awam Gred H11
SYARAT LANTIKAN
i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,218.00)
- c. (Syarat Tambahan: Untuk kerja menyelamat, calon mesti mempunyaii Sijil Pertolongan Cemas dan berkemampuan untuk berenang. Untuk kerja memandu enjin sangkut atau motobot, calon mesti mempunyai perakuan kekompetenan yang berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia). (Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,264.15)
ii) Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya
Sumber SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11 boleh dijadikan panduan buat para pemohon jawatan kosong SPA ini. Diucapkan semoga anda berjaya diterima untuk menjawat jawatan kerajaan ini.