Panduan buat warganegara Malaysia yang sihat secara fizikal dan mental. Adakah anda berminat untuk memohon menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Untuk makluman semua, sebuah portal atas talian telah diperkenalkan oleh PDRM bagi memudahkan proses permohonan. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi ePengambilan PDRM iaitu Permohonan Polis Diraja Malaysia untuk rujukan semua.
PDRM adalah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada lebih 100 000 pegawai dan anggota demi menjaga keselamatan dan keamanan negara serta penduduknya. Pasukan berseragam ini adalah unik berbanding dengan negara lain kerana pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am hingga ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk berjasa kepada negara dengan menyertai PDRM boleh membuat permohonan secara online.
Permohonan Polis Online Melalui Portal ePengambilan PDRM
Di bawah akan dikongsikan cara membuat permohonan Polis DiRaja Malaysia serta maklumat lain yang berkaitan jawatan-jawatan, skop kerja, tangga gaji untuk panduan semua.
TERKINI : Permohonan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki/ Wanita) Mei 2025
Menerusi makluman dari Facebook Unit Pengambilan Polis DiRaja Malaysia, permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2025 akan dibuka seperti informasi berikut :-
Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut :
- 21 Mei 2025 hingga 05 Jun 2025
Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.
Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:
- Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
- Klik butang ‘Log Masuk’;
- Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
- Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik ‘Permohonan Baru’;
- Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon; dan
- Klik butang ‘Hantar Borang’.
- Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668347/ 8348/ 8350 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM
Syarat Permohonan
Terdiri daripada warganegara Malaysia;
Berumur
- Tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian; atau
- Tidak lebih daripada 30 tahun bagi ljazah Sarjana (Master); atau
- Tidak lebih daripada 35 tahun bagi ljazah Doktor Falsafah (PhD);
(Umur tidak melebihi pada tarikh tutup permohonan jawatan)
Kelayakan Akademik
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Y7:RM2,710.00]; atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Y7:RM2,867.00]; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Y7:RM3,024.00]; atau
- Ijazah Sarjana Muda Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Y7:RM3,181.00]; atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Y7:RM3,338.00]; atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred Y7:RM3,495.00]; atau
- Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Y7:RM3,338.00]; atau
- Ijazah Kedoktoran dalam bidang Forensik, Matematik atau Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Y7:RM3,652.00]; dan
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Tambahan Kelayakan Akademik
- PNGK minimum 3.00 bagi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian; atau
- PNGK minimum 2.50 bagi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Undang-Undang, Perakaunan atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf setaraf dengannya
Kelayakan Fizikal
Pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran indeks Jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan mata kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Faedah
- Elaun Khidmat
- Elaun Sara Hidup / Bayaran Imbuhan Wilayah
- Bayaran Insentif Khas PDRM
- Elaun Perumahan
- Lain-lain Elaun mengikut JabatanPemohon yang memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa
TARAF JAWATAN : TETAP
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN & PROFESIONAL
Iklan pengambilan polis boleh dirujuk di grafik berikut.
November 2024 : Permohonan jawatan Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 (Lelaki) Tahun 2024.
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh memohon melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bermula:
- 11 November 2024 hingga 20 Disember 2024
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, pemohon boleh hubungi pejabat JAKOA di negeri atau daerah berdekatan atau merujuk ke laman media sosial Unit Pengambilan PDRM atau hubungi talian help desk 03 – 2266 8348/ 8350/ 8351.
Cara Membuat Permohonan
Kepada mereka yang ingin membuat permohonan, sila layari Portal ePengambilan PDRM dengan membuka pautan berikut:
Aplikasi tersebut akan memaparkan ruangan log masuk, pengumuman terkini, skim jawatan dan iklan mengenai jawatan yang dibuka. Untuk membuat permohonan, anda perlu mengikuti langkah seperti berikut:
- Klik butang pendaftaran baru (jika anda pengguna pertama kali) atau log masuk bagi yang telah mendaftar sebelum ini.
- Pemohon dikehendaki mengisi maklumat diri dengan lengkap dan memuat naik resume anda.
- Sebagai makluman, permohonan yang layak melepasi tapisan oleh PDRM sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
Pemohon diingatkan untuk melihat pada ruangan iklan bagi memastikan permohonan jawatan yang ingin dimohon telah dibuka atau ditutup.
Skim Jawatan Yang Ditawarkan
Berikut dikongsikan senarai skim jawatan yang ditawarkan di Portal Rasmi Perngambilan serta syarat-syarat kelayakan untuk panduan semua.
i) Inspektor Polis YA13 epengambilan PDRM
Syarat-syarat permohonan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 adalah seperti berikut :-
a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online
c) Kelayakan Akademik:
i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]
ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]
iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]
iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39
v). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]
viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67]
xii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Tangga Gaji Inspektor Polis YA13
- Gaji Minimum RM 2502.00 – Gaji Maksimum RM 9803.00
- Kadar Gaji Tahunan: RM 230.00
ii) Sarjan Polis YA5
Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Sarjan Polis gred YA5 menurut ePengambilan PDRM adalah seperti berikut :-
a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
c). Kelayakan Akademik:
i). Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.00]; dan
ii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Tangga Gaji Sarjan Polis YA5
- Gaji minimum RM 1930.00 – Gaji Maksimum RM 5801.00
- Kadar Gaji Tahunan RM 150.00
iii) Konstabel Polis YA1 epengambilan PDRM
Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis gred YA1 adalah seperti berikut:-
a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;
c) Kelayakan Akademik:
i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau;
ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut;
a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
d) Perniagaan;
e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
f) Teknologi Kejuruteraan Marin
iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];
iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02].
d) Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii) Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Tangga Gaji Konstabel Polis YA1
- Gaji Minimum RM 1441.00 – Gaji Maksimum RM 4152.00
- Kadar Gaji Tahunan: RM 105.00
iv) Konstabel Polis YT 1
Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis gred YT1 adalah seperti berikut :-
a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
c). Kelayakan Akademik:
i). Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga /Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]
ii). Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Tangga Gaji Konstabel Polis YT1
- Gaji minimum: RM 1220.00 – Gaji Maksimum RM 2748.00
- Kadar Gaji Tahunan RM 85.00
v) Konstabel Polis Orang Asli YP1
Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Orang Asli gred YP1 adalah seperti berikut:-
a). Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli
(mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
pada tarikh tutup iklan;
c). Kelayakan Akademik:
i). Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: RM1,334.00]; dan
ii). Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Tangga Gaji Konstabel Polis Orang Asli YP1
- Gaji Minimum RM 1334.00 – Gaji Maksimum RM 3003.00
- Kadar Gaji Tahunan RM 85.00
Diharap perkongsian berkenaan aplikasi ePengambilan PDRM Polis Diraja Malaysia dapat membantu semua yang berminat. Semoga berjaya dalam membuat permohonan serta berkhidmat untuk negara dengan cekap, tepat dan ikhlas.
Ref : a teknologi kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, diperiksa dan wanita sekurang kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas lelaki sahaja, facebook unit pengambilan polis diraja malaysia sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan,