Permohonan UMK Februari 2025 Online

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ambilan Februari 2024. UMK adalah sebuah Univeristi Tempatan (UA) yang terdapat di Malaysia. Panduan untuk pelajar lepasan Diploma/ setaraf yang berminat dan berkelayakan serta telah menamatkan pengajian. Permohonan UMK (Universiti Malaysia Kelantan) ambilan Februari 2024 akan dibuka pada satu tarikh yang dinyatakan di bawah. Pemohon dikehendaki untuk mengisi borang permohonan secara manual dimana ianya boleh dimuat turun pada link yang dikongsikan di bawah ini. Maklumat bagi sesi 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Permohonan UMK Februari adalah salah satu pengambilan kedua oleh Universiti Awam (UA) di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda. Di antara UA yang ada menawarkan second intake (semester 2) adalah UiTM, UTHM, UPSI, UUM, UM, Unimap dan UTM.

Permohonan UMK

Permohonan Kemasukan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Februari 2024

Berikut adalah panduan dan maklumat penting berkaitan Permohonan UMK untuk program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2024. Borang permohonan, syarat kemasukan dan program yang ditawarkan boleh dirujuk di bawah ini.

  • Tarikh Buka Permohonan : 14 November 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan : 14 Disember 2023
  • Tarikh Semakan Keputusan : Februari 2024
  • Tarikh Pendaftaran : Mac 2024
  • Syarat Am : Terbuka Kepada pelajar lepasan Diploma/ setaraf yang telah menamatkan pengajian

Permohonan Online UMK Februari 2024

Arahan Kepada Pemohon UMK

Borang permohonan UMK yang telah lengkap di isi hendaklah disertakan bersama-sama (muatnaik) dengan salinan dokumen seperti berikut:-

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
  3. Sijil SPM
  4. Sijil STPM
  5. Sijil STAM
  6. Sijil Matrik/Asasi/Diploma
  7. Transkrip Matrik/ Asasi/ Diploma penuh/ Transkrip semester
  8. Sijil MUET

Nota : Semua dokumen di atas hendaklah disahkan

Cara Menghantar Permohonan Kemasukan UMK

Terdapat 2 kaedah penghantaran brang oleh pemohon iaitu :-

  1. Email : Scan dan e-mel borang dan dokumen ke akademik@umk.edu.my atau
  2. Hantar melalui Pos :dipos ke alamat

Bahagian Pentadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok,
Beg Berkunci No. 01
16300 Bachok Kelantan
Tel : 09-7797023 / 7010 / 7027 Faks : 09-7797002

Nota : Borang permohonan berserta dokumen yang lengkap mestilah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada (tarikh akan dikemaskini).

Program Pengajian UMK Yang Ditawarkan Pada Ambilan Februari 2024

Sebelum membuat permohonan, pastikan pemohon telah terlebih dahulu mengenal pasti senarai program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pilihan yang telah ditetapkan.

Nota : *Sila pastikan pemilihan setiap program memenuhi keperluan Syarat Am dan Syarat Khas Kemasukan.

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan bagi ambilan kedua Februari 2024:

A. UMK Kampus Kota

Fakulti Sains Data dan Komputeran ( Lepasan STPM/ MATRIK/ ASASI/ Diploma )

  1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian

B. UMK Kampus Bachok

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan ( Lepasan STPM/ MATRIK/ ASASI/ Diploma )

  1. Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian)
  2. Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian)

Di antara Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ada ditawarkan pada ambilan kedua Februari 2023 adalah seperti berikut :-

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (PROGRAM TEMUDUGA)**

  1. SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
  2. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERUNCITAN) DENGAN KEPUJIAN
  3. KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN
  4. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (LOGISTIK & PERNIAGAAN PENGEDARAN) DENGAN KEPUJIAN
  5. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN**

FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN

  1. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (HOSPITALITI) DENGAN KEPUJIAN
  2. KEUSAHAWANAN (PELANCONGAN) DENGAN KEPUJIAN
  3. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (KEUSAHAWANAN KESIHATAN) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

  1. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN
  2. SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR (PROGRAM TEMUDUGA)

  1. DOKTOR PERUBATAN VETERINAR

FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN
  2. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI PEMBANGUNAN PRODUK) DENGAN KEPUJIAN
  3. SAINS GUNAAN (AGROTEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN
  4. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (JAMINAN MAKANAN) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI SAINS BUMI

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (GEOSAINS) DENGAN KEPUJIAN
  2. SAINS GUNAAN (SAINS KELESTARIAN) DENGAN KEPUJIAN
  3. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS SUMBER ASLI) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BIOINDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN
  2. SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BAHAN) DENGAN KEPUJIAN
  3. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI SUMBER HUTAN) DENGAN KEPUJIAN

Selamat membuat Permohonan UMK ambilan Februari. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Univeristi Malaysia Kelantan dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda yang dihajatkan.

Share Artikel

shammorin

shammorin