Semakan Nama Layak Menduduki UKCG Calon Guru IPG 2022 Online. Bagaimana cara semak nama calon yang layak untuk menduduki UKCG tahun 2022? Semakan UKCG 2022 iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) boleh disemak pada sekitar April 2022
UKCG diadakan bagi menapis permohonan kemasukan IPG sebelum pemohon layak dipanggil ke peringkat seterusnya iaitu temuduga IPG tawaran kemasukan. Untuk tahun 2022, calon yang terpilih diwajibkan mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video kecergasan fizikal serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP dikenali sebagai eUKCG.
Semakan Nama Layak Menduduki UKCG Tahun 2022 Secara Online
Berikut adalah panduan penting yang memaparkan maklumat nama pemohon yang layak menduduki UKCG, tarikh dan ujian diadakan.
Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak seperti maklumat berikut :-
Tarikh Penting
Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan dan Semakan UKCG termasuk keputusan IPG ambilan tahun 2022.
- 1. Keputusan Calon layak dipanggil eUKCG : Bermula 15 April 2022
- 2. Pelaksanaan e-UKCG Fasa I : 20 – 29 April 2022
- 3. Permohonan Fasa II dan Pengesahan menduduki e-UKCG bagi pemohon Fasa I yang belum menduduki e-UKCG : 1 JUN – 10 JUN 2022
- 4. Pelaksanaan e-UKCG Fasa II : 13 JUN 2022
- 5. Semakan keputusan e-UKCG Makluman penyediaan video (VKF), menyediakan Video Kecergasan Fizikal dan menghantar URL Video tersebut kepada IPGM – menerusi Portal PISMP : 29 Jun 2022 (selepas jam 600 petang) hingga 3 Julai 2022
* Tarikh semakan yang dinyatakan adalah seperti tarikh yang dipaparkan di kalendar aktiviti IPG 2022
Untuk panduan pemohon, berikut dikongsikan maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon seperti dikongsikan dari Applikasi permohonan PISMP (IPG) 2022
UKCG, Pemilihan Dan Pendaftaran IPG 2022
Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM
Apa Itu UKCG untuk kemasukan ke IPG? UKCG terdiri daripada dua (2) sesi iaitu seperti berikut:-
A. Sesi Ujian Bertulis (Atas Talian)
1. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online. Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangkasama yang ditetapkan. (Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan)
2. Panduan semasa menduduki UKCG boleh dirujuk di contoh soalan INSAK
B. Video Kecergasan Fizikal (VKF)
1. Semua calon yang melepasi saringan UKCG MESTI menjalani merakam Ujian Kecergasan Fizikal. Calon boleh merakam video menggunakan alat perakam atau telefon bimbit serta memastikan rakaman video adan audio yang kelas. Keadah dan spesifik rakaman akan dinyatakan dalam garis panduan yang disediakan.
C. Sesi Temuduga IPG
1. Calon yang lulus dalm UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga dimana proses Temu duga akan dilaksanakan secara dalam talian melalaui aplikasi Google Meet.
B. Penghantaran Video Pengajaran
Menghasilkan video pengajaran (Pengenalan diri/ Penyataan hasrat dan sesi demonstrasi pengajaran/ bercerita) antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke Youtube. Hantar link/ URL video pengajaran ke portal PISMP,
Panduan dan syarat penyediaan video pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil saringan eUKCG (Sekiranya calon tidak menghantar video pengajaran akan dikira gagal dalam peringkat saringan)Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada
C. Pemilihan Calon Guru IPG
1. Keputusan UKCG
2. Prestasi semasa sesi temuduga dan skor merit
3. Perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad)
D. Pendaftaran Kemasukan Ke IPG
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh KPM pada tarikh 1 Ogos 2022.
Semakan Nama Layak Menduduki UKCG Tahun 2022 Secara Online
Berikut adalah panduan penting Semakan UKCG 2022 bagi permohonan Guru di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina KPM yang memaparkan maklumat nama pemohon yang layak menduduki UKCG, tarikh dan ujian diadakan. Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak seperti maklumat berikut :-
Semakan eUKCG 2022 Online
Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan dan Semakan eUKCG termasuk keputusan Guru SK dan SJKC.
Tarikh Semakan Panggilan Nama Layak Ke eUKCG : Bermula15 April 2022
eUKCG akan dijalankan pada tarikh 20 hingga 29 April 2022
Penyediaan Rakaman Video dan Penghantaran Video Kecergasan Fizikal (VKF) : 29 Jun hingga 3 Julai 2022
Nama calon berjaya duduki eUKCG boleh di semak di pautan berikut:-
- Aplikasi Semakan : https://pismp.moe.gov.my/
- Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk Log Masuk
* Tarikh semakan yang dinyatakan adalah seperti tarikh yang dipaparkan di kalendar aktiviti 2022
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada senarai maklumat penting yang dikongsikan di bawah ini :-
Maklumat Lanjut
1. Calon telah menghadiri UKCG/ temu duga tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon
2. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status semakan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi ditetapkan
3. PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU : Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian
4. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temuduga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
Sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :-
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733/ 6731/ 6769/ 6761/ 6689/ 6760