Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2021 Tahun 6

Tarikh Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. UPSR 2021 exam date? Perhatian  buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang bersekolah di Tahun 6.  Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR tahun 2021 atau Peperiksaan Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). TERKINI: Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan peperiksaan UPSR 2021 telah dimansuhkan secara terus

UPSR format baharu yang dahulunya dikenali sebagai Ujian Penilaian Sekolah Rendah adalah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar-pelajar Tahun Enam pendidikan murid sekolah rendah. Untuk peperiksaan awam yang lain seperti PT3, Sijil Pelajaran Malaysia – SPM, SPMU, STAM dan PAV, jadual peperiksaan boleh dirujuk di Takwim Peperiksaan & Pentaksiran tahun 2021.

Jadual waktu peperiksaan upsr 2019

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2021 (Calon Biasa)

Panduan buat ibu bapa dan pelajar, bermula tahun 2020, penilaian murid tidak lagi memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja. Tetapi turut melihat kepada pencapaian murid secara holistik sebagai seorang insan. Keputusan UPSR hanya salah satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Tiga lagi komponen yang diambil kira adalah seperti berikut :-

  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
  3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

KPM telah membuat keputusan untuk memansuhkan secara terus peperiksaan UPSR bagi tahun 2021. Tiada peperiksaan gantian akan dilaksanakan. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Tahun 2020 (Tarikh Dan Masa)

Jadual lengkap dan penuh peperiksaan UPSR 2020 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas serta tempoh masa peperiksaan dijalankan adalah rasmi selepas pengumuman dibuat oleh Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia

Tarikh peperiksaan UPSR tahun 2020 buat panduan calon peperiksaan dari Murid Tahun 6 adalah seperti berikut :-

  • Tarikh Ujian Bertulis :  1 – 3 dan 7 hingga 8 September 2020
    • Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ProKhas 1: 1 Julai hingga 30 Ogos 2020
    • Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Prokhas 1: 8 September hingga 9 Oktober 2020
  • Jadual lengkap UPSR 2020 adalah seperti berikut :- (akan dikemaskini)

Rabu & Khamis, 4 & 5 September 2019

jadual waktu peperiksaan upsr 2019 4 dan 5 sept

Selasa & Rabu, 10 & 11 September 2019

jadual waktu peperiksaan upsr 2019 10 dan 11 sept

Khamis, 12 September 2019

jadual waktu peperiksaan upsr 12 sept 2019

CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN UNTUK PEPERIKSAAN UPSR

1. ARAHAN AM

  • 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2020.
  • 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual UPSR 2020 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

2. ARAHAN DI DEWAN/ BILIK PEPERIKSAAN

  • 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  • 2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran/MyKid atau Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
  • 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Download Jadual UPSR Tahun 2020

Jadual lengkap peperiksaan UPSR 2020 beserta panduan dan arahan peperiksaan boleh di muat turun/ download di

Selamat menduduki peperiksaan UPSR tahun 2020. Semoga perkongsian Jadual ini boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam membuat perancangan ulangkaji pelajaran bersama rakan atau guru.

Share Artikel

shammorin

shammorin