Bilakah tarikh peperiksaan SPMU diadakan? Panduan buat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), tarikh peperiksaan telahpun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan SPMU 2023 sesi Jun yang akan diadakan pada tarikh yang akan dikemaskini. Pada sesi Jun, ianya hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Jadual waktu SPMU 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk sesi November 2023, calon peperiksaan SPMU mempunyai pilihan kertas peperiksaan yang banyak sama seperti calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia. Calon juga akan menduduki kertas peperiksaan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Untuk makluman, calon persendirian yang ingin membuat pendaftaran peperiksaan SPMU tahun 2023, pelajar boleh membuat pendaftaran SPMU dari 8 April hingga 6 Jun 2023
Jadual Dan Tarikh Peperiksaan SPMU 2023
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2023 meliputi tarikh peperiksaan, masa dan mata pelajaran. Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa dan calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi LP Malaysia dalam mendapatan maklumat terkini.
Menurut kenyataan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, tarikh peperiksaan SPMU 2022 sesi Jun akan diadakan pada 4 hingga 6 September 2023 (Ujian Bertulis).
Untuk calon peperiksaan awam 2023 yang lain, calon boleh merujuk kepada Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran 2023 untuk maklumat lanjut.
Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2023
Berikut adalah tarikh penting peperiksaan buat panduan calon peperiksaan dalam membuat perancangan peperiksaan.
TARIKH SPMU |
Sesi Jun 2023
|
Sesi September 2023
|
Jadual Lengkap Peperiksaan SPMU
- Tahun 2023 adalah seperti berikut selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai rujukan.
4 HIngga 6 September 2023 |
Untuk maklumat lanjut peperiksaan, sila rujuk kepada nota dan arahan peperiksaan yang dikongsikan.
Nota Dan Arahan Peperiksaan SPMU 2023 |
1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. |
2. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan Ulangan 2023 |
3. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon |
4. Calon dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos |
5. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan 2023 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon |
Muat Turun Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2023 |
Calon peperiksaan boleh memuat turuan atau download draf jadual peperiksaan SPMU di Lembaga Peperiksaan Malaysia di pautan berikut :- |
Selamat menduduki peperiksaan SPMU 2023. Semoga calon peperiksaan berjaya mendapat result yang cemerlang dalam peperiksaan SPMU tahun ini.
Related :