Permohonan PISMP 2022 Ijazah Sarjana Muda Perguruan Di IPG Malaysia. Anda lepasan SPM dan berminat untuk menjadi guru atau cikgu? Permohonan IPG 2022 online untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sesi ambilan 2022 akan dibuka pada tarikh yang telah diumumkan. Permohonan PISMP calon guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah dibuka pada tarikh 15 Mac hingga 15 April 2022.
Untuk makluman, program PISMP adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG dalam pelbagai bidang pengkhususuan untuk keperluan di sekolah rendah. Permohonan kemasukan adalah secara atas talian/ online melalui Applikasi Permohonan Program Perguruan KPM. Senarai lokasi dan alamat IPG boleh dirujuk di IPGM (Dahulunya Maktab Perguruan).
Permohonan PISMP 2022 Online Di IPGM (Permohonan Kemasukan IPG)
Buat mereka yang berminat dan berkelayakan, berikut adalah maklumat dan panduan dalam membuat permohonan PISMP 2022 online.
Maklumat yang dikongsikan termasuk apa itu maksud PISMP, tarikh penting permohonan termasuk UKCG, applikasi permohonan, syarat kemasukan IPG dan semakan tawaran.
Apa Itu Program PISMP?
Program PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di lokasi Institut Pendidikan Guru IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ianya dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
- Pemohon dikehendaki untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sar. Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM
- Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di lokasi IPG yang ditetapkan oleh KPM
- PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Maklumat Penting Permohonan IPG Tahun 2022
Pelajar lepasan SPM yang berkelayakan boleh membuat permohonan Calon Guru PISMP 2022 seperti ketetapan berikut :
i) Tarikh Buka Permohonan
- 2022 : 15 Mac 2022
- 2021 : 15 Mac 2021
- 2020 : 24 Februari 2020
- 2019 : 19 Mac 2019
- 2018 : 13 Mac 2018
ii) Tarikh Tutup
- 2022 : 15 April 2022
- 2021 : 15 April 2021
- 2020 : 31 Mac 2020
- 2019 : 25 Mac 2019 (1159 malam)
- 2018 : 28 Mac 2018
Maklumat penting permohonan PISMP di IPG akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari Portal Rasmi KPM.
Borang Permohonan IPG 2022 Online
Permohonan PISMP 2022 boleh dibuat secara online dengan mengakses applikasi permohonan PISMP IPG seperti di bawah :-
- Applikasi permohonan : PISMP IPG
- i. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN
ii. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN BAGI CALON LALUAN KHAS MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
iii. PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA PENDIDIKAN ISLAM
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan Di IPG
Berikut adalah senarai bidang pengajian yang ada ditawarkan buat pelajar di IPG seluruh Malaysia:-
- Berikut adalah senarai bidang pengajian yang ada ditawarkan buat calon di IPG bagi pendidikan rendah (SK/SJKC/SJKT):-
- 1. PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)
2. BAHASA MELAYU (SK)
3. PENDIDIKAN ISLAM
4. PENDIDIKAN JASMANI
5. SEJARAH
6. PENDIDIKAN SENI VISUAL
7. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
8. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
9. PENDIDIKAN KHAS (SK/SJKC)
i. Masalah Pembelajaran
ii. Masalah Pendengaran
iii. Masalah Penglihatan
10. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
11. PENDIDIKAN MUZIK - 1. Sains (SJKC)
2. Bahasa Cina (SJKC) - 1. Bahasa Tamil (SJKT)
2. Matematik (SJKT)
Maklumat lengkap bidang pengajian boleh dirujuk di Bidang Pengkhususan
Syarat Kemasukan IPG
Sebagai rujukan berikut adalah maklumat syarat dan kelayakan khusus serta bidang pengkhususan yang ditawarkan.
- Syarat Kemasukan IPG terkini klik Syarat & Kelayakan Khusus
i) Syarat Dan Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002
- Sihat tubuh badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu.
ii. Sejarah; dan
iii. Bahasa Inggeris. - Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
ii) Calon Tidak Layak Memohon
Senarai calon yang tidak layak memohon PISMP adalah seperti berikut :-
- Pemohon yang sedang mengikuti Program PISMP atau Ijazah Sar. Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
iii) Tarikh Penting Permohonan PISMP 2022 Online
Berikut adalah tarikh-tarikh penting atau kalendar aktiviti PISMP bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2022. Tarikh dalam kurungan adalah tarikh pengambilan tahun 2021.
- Mac 2022 : Iklan permohonan PISMP Ambilan 2022 (Mac – April 2021)
- 15 Mac 2022 (12.00 tengah hari) : Permohonan secara online di buka : (15 Mac 2021)
- 15 April 2022 (5.00 petang): Permohonan ditutup – pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup: (15 April 2021)
- Bermula 15 April 2022 : Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru (April 2021)
- 20 – 29 April 2022 : UKCG dijalankan (1 – 25 April 2021)
- 1 – 10 Jun 2022 : Permohonan Fasa 2 dan pengesahan menduduki eUKCG bagi Fasa 1 yang belum menduduki eUKCG
- 13 Jun 2022 : Pelaksanaan eUKCG Fasa 2
- 17 – 24 Jun 2022 : Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP
- 29 Jun – 3 Julai 2022 : Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian dan Video Kecergasan Fizikal (VKF). Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/URL ke portal PISMP. (30 April – 16 Mei 2022)
- 3 Julai 2022 : Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/URL VKF
- 3 – 8 Julai 2022 : Temu duga dalam talian dan penilaian VKF
- 16 Julai 2022 : Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2020. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri. (8 Julai 2021)
- 1 Ogos 2022 : Pendaftaran calon di IPG. Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran (6 September 2021)
Maklumat tarikh klik Kalendar Aktiviti IPG
iv) Permohonan PISMP 2022 Online Ambilan Fasa 2
Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2022 akan dibuka
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- 1 Jun 2022 : Tarikh dibuka
- 13 Jun 2022 : Tarikh ditutup
Syarat Ambilan Fasa 2 PISMP Tahun 2022 boleh dirujuk di iklan berikut :-
- Klik Iklan Pengambilan
Maklumat Lanjut
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi alamat/ telefon berikut
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR - (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
- No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
- emel : uppp.ipgm@gmail.com dan uppp@ipgm.edu.my
Selamat membuat Permohonan PISMP 2022 untuk kemasukan ke IPG secara online. Moga permohonan anda untuk mengikuti Program PISMP berjaya.