Semakan egTukar 2025 Online Sesi Jun Dan Februari

Panduan buat para guru. Adakah anda salah seorang guru yang telah apply pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi 2025/ 2026? Sekiranya begitu, pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat semakan egTukar. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan egTukar 2025 Sesi pertukaran Februari Dan Jun secara Online. Tarikh keputusan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.

Buat pengetahuan semua, e-Gtukar adalah modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memudahkan para guru dan pentadbir sistem untuk membuat pertukaran atas sebab-sebab yang dibenarkan. Ianya telah dibangunkan sendiri oleh beberapa sektor dalam KPM seperti Sektor Operasi Pendidikan (SOP), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Adalah diingatkan hanya guru yang telah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem dan Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini.

Semakan egTukar online

Semakan Keputusan egTukar 2025 Sesi Februari Dan Jun (Status Pertukaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan egTukar iaitu semakan keputusan pertukaran guru sesi pertukaran 2025/ 2026 yang merangkumi tarikh, aplikasi serta maklumat semakan yang lain:

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang berjaya dalam pertukaran guru mereka.

Aplikasi Semakan egTukar Online

Rujuk aplikasi semakan keputusan egTukar di pautan sistem egtukar berikut:

1.Akses aplikasi semakan di pautan ini: Sistem Semakan epgo

2. Masukkan ID Pengguna, Kata laluan dan nombor Kad PengenalanKlik OK

3. Bagi sesi Februari 2025 & Jun 2025 keputusan boleh disemak untuk pertukaran Antara Negeri/Bahagian, Antara Daerah dan Dalam Daerah. Semakan dapat dibuat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dengan gred seperti di bawah:

  • DG29
  • DG32 (KUP TIME-BASED)
  • DG34 (KUP TIME-BASED)
  • DG38 (KUP TIME-BASED)
  • DG41
  • DG42
  • DG44 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG52 (KUP TIME-BASED)
  • DG54 (KUP TIME-BASED)

Cara Semak

  • Klik Menu SEMAKAN di Menu Capaian Application
  • Skrin akan menunjukkan paparan dimana pemohon boleh mengetahui status yang terkini.
  • Sistem akan memaparkan nombor kad pengenalan beserta nama pemohon dan status terkini. Contoh status adalah:-
    • Application anda belum mendapat pengesahan Guru Besar / Pengetua
      • ATAU
    • Application pertukaran ke Sarawak Tidak diluluskan. Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri

Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian

SESITARIKH SEMAKAN
Jun 202527 Mei 2025
Februari 202515 Januari 2025

Keputusan Pertukaran Guru Antara Daerah dan Dalam Daerah

SESITARIKH SEMAKAN
Jun 202527 Mei 2025
Februari 202515 Januari 2025

Keputusan Penempatan Guru

SESITARIKH SEMAKAN
Jun 202527 Mei 2025
Februari 202515 Januari 2025

Makluman Dari Portal EPGO

ADALAH DIMAKLUMKAN SEMAKAN PERTUKARAN BAGI SESI JUN 2025 BOLEH DISEMAK MELALUI MODUL E-GTUKAR SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

  • I. PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI PADA 27 MEI  2025
  • II. PERTUKARAN ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH PADA 27 MEI  2025
  • III.KEPUTUSAN PENEMPATAN ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI PADA 27 MEI  2025

TARIKH KUAT KUASA MELAPOR DIRI PERTUKARAN GURU BERDASARKAN KALENDAR TAKWIM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. SEKIRANYA TARIKH KUAT KUASA MELAPOR DIRI JATUH PADA HARI KELEPASAN AM, TUAN PUAN BOLEH MELAPOR DIRI PADA HARI BERIKUTNYA.

APPLICATION YANG TIDAK BERJAYA AKAN DIPROSES SEMULA PADA SESI AKAN DATANG SEKIRANYA APPLICATION TUAN/PUAN MASIH AKTIF. JIKA ADA SEBARANG PERMASALAHAN BERKAITAN DENGAN APPLICATION PERTUKARAN, TUAN/PUAN BOLEH MERUJUK KEPADA:

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Info Penting

Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:

  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan jawatan
  3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Tarikh bagi kuat kuasa pertukaran guru adalah seperti berikut:

  • Berdasarkan kalendar Takwim KPM : Tarikh kuat kuasa dan lapor diri bagi guru bukan peperiksaan (sekolah rendah dan sekolah menengah)
  • Berdasarkan kalendar Takwim KPM : tarikh kuat kuasa dan lapor diri bagi guru kelas peperiksaan SPM, STPM, STAM, SPMV

Selamat membuat semakan keputusan pertukaran guru tahun 2025 secara online melalui Modul egTukar. Moga application anda berjaya sekaligus dapat terus mendidik anak bangsa dengan jayanya.

Related : sesi januari 2021, modul pengurusan guru, https epgo.moe.gov.my, guru bukan kelas peperiksaan

Share Artikel

pingcalla

pingcalla