Cara Semak Keputusan Kemasukan UTM Ambilan Februari 2024 Online. Berita baik buat pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ambilan kedua Februari 2024. Semakan Keputusan UTM iaitu keputusan tawaran boleh disemak secara online di Portal Semakan UTM atas talian. Permohonan UTM untuk kemasukan Februari 2024 secara online bagi program Ijazah Sarjana Muda terpilih dibuka pada 1 November hingga 31 Disember 2023 (Pada tahun 2023 adalah dari 1 November sehingga 31 Disember 2022).
Untuk pengambilan kedua Universiti Awam, selain UTM terdapat UA (IPTA) lain yang menawarkan pengambilan kedua (semester 2) untuk Februari/ Mac 2024 termasuk UNIMAP, UUM, UIAM, UM, UiTM, UPSI, UTHM dan UMK. Permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti semester 2 ambilan 2023/ 2024 akan dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini melalui Permohonan UPU.
Cara Semak Keputusan Tawaran UTM Februari 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan UTM sesi Februari 2024 yang boleh disemak secara atas talian atau online. Pengajian sepenuh masa untuk program Ijazah Sarjana Muda UTM kemasukan Februari 2024 akan dijalankan di Kampus UTM di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, tidak semua program pengajian peringkat Sarjana Muda ada ditawarkan pada sesi ambilan Februari 2024 ini.
Semakan Keputusan UTM Secara Online (Ambilan Kedua Februari 2024)
- Tarikh Semakan : Februari 2024 (Akan dikemaskini)
- Aplikasi Semakan : UTM Online
Kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke UTM sesi ambilan kedua, berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan permohonan kemasukan UTM kemasukan Februari 2024.
Tarikh Permohonan UTM Februari 2024 Online
Permohonan UTM kemasukan Februari 2024 dibuka seperti tarikh berikut :-
- Tarikh Buka : 1 November 2023
- Tarikh Tutup : 31 Disember 2023
Aplikasi Permohonan
Pemohon boleh melayari Admission To UTM untuk membuat permohonan
Para pemohon juga boleh membuat semakan syarat permohonan serta mengetahui senarai dokumen permohonan yang diperlukan
Program Ijazah Sarjana Muda UTM Yang Ditawarkan
Senarai bagi sesi kemasukan 2024 akan dikemaskini. Program UTM yang ditawarkan untuk sesi kemasukan Februari 2021 adalah seperti berikut :-
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan UTM dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
No Telefon : 07-5537 645/ 377961/ 37632
emel : upgrad@utm.my
Selamat membuat semakan keputusan UTM sesi Februari 2024. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk Program Ijazah Sarjana Muda UTM sesi ambilan kedua kali ini.