Semakan No Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM Online

Panduan buat mereka yang sering menggunakan produk kecantikan wajah atau produk kesihatan. Umum mengetahui bahawa barangan kosmetik dan produk kesihatan kebanyakannya diperbuat daripada bahan kimia. Terdapat bahan kimia yang selamat digunakan dan terdapat juga bahan kimia beracun yang memudaratkan. Dengan itu, sebelum memakai suatu-suatu produk itu sebaiknya pengguna  membuat Semakan No Pendaftaran Produk Dengan KKM secara atas talian/ online untuk mengetahui kandungan porduk tersebut terlebih dahulu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah suatu kementerian yang memikul tanggungjawab dalam memastikan produk-produk ini mengikuti garis panduan dan piawaian yang ditetapkan sebelum ia tiba di tangan pengguna. Sebagai langkah untuk memantau produk-produk kesihatan serta kosmetik yang dijual di pasaran agar tidak mengandungi bahan terlarang, KKM telah memperkenalkan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) iaitu badan yang dipertanggungjawabkan dalam urusan pemantauan ini.

Semakan No Pendaftaran Produk

Semakan No Pendaftaran Produk Dengan KKM Secara Online

Pengguna dapat melakukan semakan di portal rasmi NPRA untuk mengetahui samada produk yang mereka miliki memperoleh kelulusan atau tidak. Semua produk kosmetik serta kesihatan hendaklah didaftarkan dengan KKM untuk memastikan bahawa produk yang dijual tidak mendatangkan mudarat terhadap pengguna.

Apa-apa produk yang telah berdaftar akan menerima nombor pendaftaran yang mengesahkan produk tersebut selamat untuk digunakan. Semakan dapat dilakukan  secara atas talian dengan mudah sekiranya pengguna ingin mendapatkan maklumat yang tepat. Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan nombor pendaftaran produk online:

Aplikasi Semakan NPRA

Berikut dikongsikan pautan yang dapat digunakan untuk membuat semakan nombor pendaftaran produk KKM online:
NOPAUTAN
1.Klik: Portal Rasmi NPRA

Semakan No Pendaftaran Produk Kosmetik

Langkah-langkah untuk membuat semakan nombor pendaftaran produk kosmetik dengan KKM adalah seperti berikut:
NOLANGKAH
1.Akses aplikasi semakan NPRA di atas
2.Di bahagian Product Category, pilih Pharmaceutical atau Cosmetic

Semakan No Pendaftaran Produk

3.Di bahagian Search By, pilih salah satu kriteria:

  • Nama Produk (Product Name)
  • Nombot Pendaftaran Produk (Product Registration Number)
  • Nombor Notifikasi (Notification Number)
  • Nombor Syarikat (Holder Name)
  • Nama Pengilang (Manufacturer Name)
  • Pengimport (Importer)
  • Bahan Aktif (Active Ingredient)
4.Dalam ruangan Search, masukkan maklumat lanjut berpandukan kriteria yang telah dipilih. Klik Search

5.Jika hasilnya tiada dalam carian, maka produk kosmetik yang dicari itu tidak selamat untuk digunakan

Kod Rujukan Produk

Bagi yang belum sedia maklum, nombor pendaftaran yang bermula dengan MAL adalah produk kesihatan manakala NOT adalah produk kecantikan. Kemudian akan diikuti dengan lapan digit nombor dan diakhiri dengan kod rujukan. Contoh nombor pendaftaran: MAL04055063TC

Maksud kod rujukan di akhir nombor pendaftaran adalah seperti berikut:

KODMAKSUD
AScheduled Poisons
XNon-scheduled Poisons (over the counter products)
TTraditional Medicines
CContract Manufactured
EExport Only
RRepacked
SSecond source
NHealth Supplement
HVeterinary
ZZero Rated GST
YOrphan Products

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan No Pendaftaran Produk Dengan KKM Online ini dapat memberi manfaat buat semua. Diharap agar anda dapat membuat kajian terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa produk kesihatan atau kosmetik.

Share Artikel

zf.editor

zf.editor