Cara Semak Keputusan Sekolah Rancangan Khas Negeri Perak 2020 Secara Online Dan SMS. Perhatian buat pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan Sekolah Rancangan Khas Daerah (RKD) Tingkatan 1 kemasukan tahun 2020. Semakan Sekolah Rancangan Khas Perak 2020 kini boleh disemak secara online. Untuk semakan keputusan kemasukan Tingkatan 4, keputusan masih belum diumumkan lagi disebabkan permohonan kemasukan Sekolah Rancangan Khas Perak Form 4 akan dikemaskini (Tahun lepas dibuka sehingga 15 Januari 2018)
Untuk makluman, permohonan Sekolah Rancangan Khas Tingkatan 1 telah di buka pada September hingga Oktober 2019 yang lalu. Permohonan adalah dibuka kepada semua murid-murid tahun 6 (2019) dengan syarat kemasukan seperti dikongsikan di bawah ini.
Semakan Keputusan Sekolah Rancangan Khas Negeri Perak 2020 Online
Berikut dikongsikan panduan dalam membuat semakan keputusan Sekolah Rancangan Khas Negeri Perak tahun 2020. Keputusan tawaran boleh disemak secara atas talian/ online.
Cara Semakan Sekolah Rancangan Khas Perak 2020
- Tarikh semakan : 29 November 2019
- Applikasi Semakan : JPN Perak RK
- Masukkan No. Kad Pengenalan (TANPA “-” ATAU “SPACE”) untuk membuat semakan
- Klik Butang SEMAK
Nota : Surat tawaran akan dipos ke alamat seperti di dalam permohonan online mulai tarikh keputusan dikeluarkan. Sekiranya pelajar yang dipilih telah mendapat tawaran lain (MRSM/SBP/SMKA/RK Daerah) , sila maklumkan kepada pihak Unit Menengah, di talian 05-501 5132/05-501 5115. Keputusan panel pemilihan adalah muktamad dan sebarang pertukaran sekolah tidak akan dipertimbangkan.
- Maklumat Semakan Sekolah Rancangan Khas Perak untuk kemasukan Tingkatan 4 2019 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Syarat Kemasukan Sekolah Rancangan Khas Perak Tingkatan 1
Buat ibu bapa atau pelajar UPSR 2019 yang ingin membuat permohonan kemasukan tahun 2020, berikut dikongsikan maklumat permohonan tahun 2017 sebagai rujukan asas.
Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan Sekolah Rancangan Khas Daerah (RKD)
(tahun 2020 akan dikemaskini)
- Warganegara Malaysia
- Telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2018
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK) di negeri Perak di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Memperolehi 6A dan minimum 3A 3B (untuk Rancangan Khas Negeri) dan minimum 2A 4B (untuk Rancangan Khas Daerah)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), SMKA Kerian TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) dan Kelas Aliran Agama (KAA)
Dasar Pengambilan:
- Warganegara Malaysia
- Murid Sekolah Rendah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, SRAR dan SRAN yang berdaftar dengan pihak berkuasa negeri serta sekolah Swasta (Agama) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Keutamaan untuk pelajar yang mampu menulis dan membaca tulisan jawi serta membaca al-Quran dengan baik
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Lulus dalam Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)
- Lulus dalam Temuduga dan Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah untuk calon TMUA
Syarat Permohonan:
- Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah mestilah cemerlang
- Cemerlang dalam Kokurikulum Agama
- Lulus dalam Ujian Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah (SPITSR) serta Ujian Tahap Kecerdasan
- Lulus dalam Ujian Saringan Hafazan serta Tilawah di SMKA Kerian (TMUA)
Cara membuat permohonan kemasukan boleh dirujuk di Sekolah Kawalan Perak.
Selamat membuat Semakan Keputusan Sekolah Rancangan Khas Perak 2020 secara online. Tahniah kepada murid yang berjaya mendapat tawaran kemasukan.