Jadual Peperiksaan MUET 2026 : Tarikh Register Dan Ujian. Memiliki result MUET yang cemerlang adalah perlu dalam melepasi syarat kemasukan ke Universiti Awam dan juga untuk syarat pengijazahan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telahpun mengeluarkan Kalendar MUET 2026 buat rujukan dan panduan pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET pada tahun 2026.
Jadual Peperiksaan MUET 2026 yang dikeluarkan oleh MPM ini adalah edisi pada 3 November 2025 dan memaparkan tarikh penting berkaitan dengan tarikh register dan ujian speaking dan bertulis. Sebarang perubahan pada kalendar peperiksaan sesi 1, 2 dan 3 2026 akan dikongsikan dari masa ke semasa.

Jadual Peperiksaan MUET 2026 Tarikh Register Dan Ujian Speaking/ Bertulis
Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan diadakan dalam 3 sesi iaitu 3 kali ujian dalam setahun. Iaitu MUET Sesi 1, Sesi 2 dan Sesi 3 2026. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree), adalah wajib bagi anda untuk lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3.
Selain sesi 1 -3, pelajar juga boleh menduduki Muet on Demand MoD yang diadakan selain daripada tarikh ujian 3 sesi ini.
Kalendar MUET 2026 MPM
Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan MUET 2026 untuk panduan para calon peperiksaan MUET semua. Antara lain kalendar peperiksaan ujian ini memaparkan maklumat berkaitan tarikh register di buka dan ditutup. Juga dikongsikan adalah tarikh ujian speaking dan ujian bertulis.
- Calon pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada tarikh-tarikh penting tersebut untuk mengelakkan terlepas sesi registration setiap sesi.
Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Register MUET 2026 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.
Tarikh Penting Peperiksaan MUET 2026
Berikut adalah tarikh penting yang dikongsikan dari Kalendar Peperiksaan MUET tahun 2026
Sesi 1 2026
- 15 Disember 2025 : Tarikh Registration dibuka
- 25 Januari 2026 : Tarikh Tutup Registration
- 14, 15, 16, 20, 21 dan 22 April 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 25 April 2026: Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening)
Sesi 2 2026
- 9 Mac 2026 : Tarikh Registration dibuka
- 20 April 2026 : Tarikh Registration ditutup
- 15, 16, 18, 23, 24 dan 25 Jun 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 27 Jun 2026 : Tarikh Ujian Bertulis
Sesi 3 2026
- 4 Ogos 2026 : Tarikh Registration dibuka
- 4 September 2026 : Tarikh Tutup Registration
- 6, 7, 8, 12, 13 dan 14 Oktober 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 17 Oktober 2026: Tarikh Ujian Bertulis
Download Kalendar Peperiksaan MUET 2026
Calon peperiksaan boleh memuat turun Kalendar ujian 2026 di MPM

Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan MUET 2026 dari MPM ini boleh dijadikan panduan dalam merancang menduduki peperiksaan MUET nanti. Semoga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang.
Ref : popular browsers microsoft edge viewed using latest version version of popular browsers latest version of popular, jadual peperiksaan muet dengan sekurang kurang band 3, mozilla firefox dan google chrome versi terkini serta resolusi monitor 1280 x 1024, hak cipta terpelihara majlis peperiksaan malaysia, paparan terbaik adalah dengan menggunakan microsoft edge, download kalendar peperiksaan muet tahun 2023, sesi 1 2 6 7 november 2023 tarikh ujian bertulis, tahap penguasaan bahasa inggeris,
