Semakan Keputusan Peperiksaan STPM Semester 3 Tahun 2023 Online & SMS. Keputusan STPM S3 2023? Panduan untuk para calon peperiksaan yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk Semester 3 (S3) dahulunya dikenali sebagai Penggal 3 (P3) tahun 2023. Berikut adalah panduan penting dalam cara semak keputusan STPM Semester 3 2023 secara online dan SMS.
Mengikut rekod tarikh keputusan tahun lepas, calon boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan STPM S3 mereka pada bulan Julai 2024. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada tarikh 5 Julai 2024 bermula jam 1000 pagi.
Semakan Keputusan Peperiksaan STPM Semester 3 2023 Online Dan SMS
Berikut adalah maklumat cara semak keputusan STPM Semester 3 tahun 2023. Result STPM P3 boleh disemak melalui Applikasi semakan MPM online dan juga melalui perkhidmatan MySMS 15888.
Calon adalah perlu sentiasa untuk melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam mendapatkan tarikh rasmi sebenar keputusan STPM 2023 S3 diumumkan.
- Semakan Keputusan Keseluruhan Peperiksaan STPM Tahun 2023 klik STPM Result
Keputusan peperiksaan penggal sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
A. Cara Semak Keputusan STPM Semester 3 Tahun 2023
Calon exam STPM boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing. Calon persendirian pula akan menerima keputusan melalui pos. Ringkasan Keputusan STPM Semester 3 2023 boleh disemak secara online atau melalui kaedah semakan SMS bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan iaitu pada tarikh & masa berikut.
- Tahun 2023 : 3 Julai 2024 mulai jam 10.00 pagi
- Tahun 2022 : 5 Julai 2023 mulai jam 10:00 pagi
- Tahun 2021 : 9 Ogos 2022
- Tahun 2020 : 28 Jun 2021
- Tahun 2019 : 3 Februari 2020
- Tahun 2018 : 13 Februari 2019
- Keputusan tahun 2017 dan kerja kursus akan diumumkan pada 1 Februari 2018 mulai jam 10:00 pagi
- Tahun 2016 pada 26 Januari 2017 bermula jam 10:00 pagi
B. Kaedah Semakan Keputusan STPM Semester 3 (S3)
Berikut adalah kaedah semakan keputusan peperiksaan STPM Semester 3 tahun 2023 :-
i) Secara Online
Applikasi semakan atas talian akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan bermula jam 1000 pagi.
- Klik MPM STPM
- Untuk semakan, sila masukkan No Kad Pengenalan calon dan tekan butang Hantar
- Keputusan peperiksaan yang terpapar pada penyata adalah bukan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM
ii) Melalui SMS
Perkhidmatan semakan mySMS untuk keputusan Semester 3 STPM 2023 akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Contoh cara semakan keputusan STPM Semester 3 2022 melalui SMS adalah seperti berikut:-
- STPM<jarak>RESULTS3<jarak>No Kad Pengenalan
- Contoh: STPM RESULTS3 940224136414
- Hantarkan SMS ke 15888
Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj sebanyak 20 sen untuk penerimaan SMS.
Semak Semula Keputusan STPM
Sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/ss_stpm/ untuk membuat semakan semula keputusan STPM mengikut semester.
Moga Keputusan peperiksaan STPM Penggal 3 tahun 2023 yang anda perolehi mengembirakan anda. Tahniah kepada calon yang berjaya dalam semakan keputusan peperiksaan STPM kali ini.