Semakan Bil Astro Secara Online Dan SMS

Cara Semak Bil Astro Secara Atas Talian/ Online Dan SMS. Perhatian buat semua rakyat Malaysia  terutamanya yang melanggan Astro di rumah. Pada hari ini, Astro bukan lagi sesuatu yang lazim bagi kita. Boleh dikatakan hampir setiap rumah di kawasan bandar mahupun kampung ada membuat langganan Astro yang merangkumi pelbagai kadar harga mengikut pakej yang dilanggan. Dan antara perkara penting yang  diambil berat oleh para pelanggan semestinya bil bulanan yang perlu dibayar. Berikut dikongsikan cara membuat semakan Bil Astro di Portal Astro Self-Service buat rujukan pelanggan perkhidmatan TV Satelit berbayar di Malaysia.

Sekiranya suatu masa dahulu kita menerima bil Astro yang dihantar ke rumah secara manual, hari ini secara beransur ia telah digantikan dengan penghantaran bil melalui e-mel. Kini, pelanggan dapat membuat urusan melalui ebilling Astro di mana antara manfaatnya adalah mampu mengelakkan kelewatan menerima bil menerusi e-mel. Sekiranya anda berminat untuk memperoleh jumlah terkini bil semasa dengan cara yang baru, anda boleh mula membuat Semakan Bil Astro Secara Online Dan SMS.

Cara Semak Bil Astro Mudah Dan Pantas

Berita baik buat pelanggan Astro. terdapat beberapa cara yang tersedia untuk pelanggan memeriksa bil mereka seperti berikut :-

  1. Portal layan diri Astro :  Wajibkan pelanggan log masuk ke portal ATAU Daftar di https://selfservice.astro.com.my
  2. SMS :  Mewajibkan pelanggan untuk mendaftarkan nombor telefon bimbit yang sah
  3. E-bil :  Mewajibkan pelanggan untuk mendaftarkan alamat e-mel yang sah
  4. IVR : Wajibkan pelanggan mendail nombor akaun Astro 10 digit mereka
  5. Saluran 200 : Wajibkan pelanggan mempunyai kotak ‘terhubung’ (Set-Top-Box disambungkan ke internet)
  6. Aplikasi My Astro App : Wajibkan pelanggan memuat turun aplikasi My Astro melalui Google Play Store atau Apple App Store

i) Semakan Bil Astro Secara Online Melalui Portal Layan Diri Astro Self-Service

Astro Self-service Portal merupakan sebuah portal all-in-one (semua dalam satu) yang membolehkan anda mengawal akaun Astro anda sekaligus memberi anda akses kepada pelbagai ciri perkhidmatan. Ianya menyediakan perkhidmatan seperti pengurusan akaun, pengurusan bil, pengurusan langganan, dan ciri tambahan lain.

Anda boleh mengakses akaun Astro anda secara dalam talian melalui portal layan diri Astro di pautan berikut

  • Astro Self-Service Portal
  • Pastikan anda mendaftar akaun terlebih dahulu jika belum mendaftar. Rujuk tutorial cara pendaftaran akaun di bawah ini.  Untuk mereka yang telah mendaftar, anda boleh terus login masuk ke akaun

Cara Daftar & Login Masuk Astro Self-Service

Berikut dikongsikan cara-cara untuk melakukan Semakan Bil Astro melalui kaedah atas talian/ Online Dan SMS buat panduan semua. Pastikan bayaran dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakan gangguan perkhidmatan.
NOLANGKAH
1.Buka Laman Web Rasmi Astro di pautan: https://www.astro.com.my/
2.Ada butang My Account yang terletak di bahagian atas kanan Laman Web.

Klik butang tersebut dan log masuk sekiranya anda sudah memiliki Astro ID.

3.Di laman seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:

 

  • Anda perlu memasukkan e-mel/nombor telefon dan kata laluan (Password).
  • Kemudian Klik LOG IN.
  • Anda juga boleh log masuk menggunakan akaun Facebook atau Google Plus dengan menekan klik pada butang LOGIN WITH FACEBOOK atau LOGIN WITH Google Account
4.Jika anda belum memiliki Astro ID, klik REGISTER

 

5. 

Di peringkat REGISTER, isikan maklumat-maklumat berikut:

  • Nama Pertama (First Name)
  • Nama Akhir (Last Name)
  • Alamat e-mel (Email address)
  • Nombor telefon bimbit (Mobile Number)
  • Jenis Kad Pengenalan (ID Type) (Pilih salah satu)
  • Nombor Kad Pengenalan (NRIC)
  • Kata Laluan (Password)
  • Isi semula kata laluan dalam ruangan Confirm Password

Klik Sign Up

Ikuti langkah-langkah seterusnya bagi peringkat VERIFY dan COMPLETE.

6.Anda boleh melihat bil Astro anda dengan Login Masuk ke akaun anda

    • Klik Bill and Payments atau View Bill pada paparan muka utama akaun

ii) Semakan Bil Astro Melalui SMS

Semakan dapat dilakukan dengan dua kaedah. Berikut merupakan cara-caranya:
NOLANGKAH
1.Semakan SMS menggunakan Nombor akaun Astro

  • Taip: ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC NO dan hantar ke 33310

Contoh

  • ASTRO BAL AC 1234567890
  • Hantar ke 33310
2.Semakan SMS menggunakan Nombor IC pemilik akaun Astro

  • Taip: ASTRO<jarak>BAL<jarak>IC NO dan hantar ke 33310

Contoh

  • ASTRO BAL AC 931001015571
  • Hantar ke 33310

iii) e-Billing Astro

Beralih ke e-billing & Jimat Bayaran Bil Kertas
Mulai Jun 2018, bayaran sebanyak RM3.00 akan dikenakan untuk setiap bil kertas bulanan. Oleh itu beralih;ah ke e-billing untuk menikmati pengalaman penagihan yang lebih baik & selesa tanpa kos tambahan. Kelebihan menggunakan e-billing adalah :-
  1. CEPAT : Tidak perlu menunggu lagi pernyataan bil tiba di e-mel
  2. MESRA ALAM (Eco Friendly) : Menjimatkan pokok, mengurangkan pembaziran kertas
  3. KESELESAAN : Akses cepat dan mudah ke bil Astro anda bila-bila masa, di mana-mana tempat
  4. PERCUMA : Tanpa bayaran bulanan untuk perkhidmatan e-Bill

Bagaimana untuk mendaftar e-billing?

Ianya mudah! Anda boleh menukar langganan bil sedia ada dari Paper Bill menjadi eBill melalui Portal layan diri Astro :-
  1. Daftar / Log masuk ke portal layan diri Astro. Pilih “Bil & Pembayaran” dari menu sampingan dan klik pada “E-billing pendaftaran”
  2. Di bawah bahagian “Preferensi Bil”, pilih pilihan “E-mel” dari menu lungsur turun dan masukkan alamat e-mel pilihan anda untuk menerima e-bil anda dan klik “Simpan”
  3. E-mel pengesahan dihantar kepada anda, klik pautan untuk menyelesaikan langganan

iv) Aplikasi My Astro

Muat turun atau download aplikasi telefon mudah alih di Google Play dan App Store

Selamat melakukan Semakan Bil Astro Secara Online Dan SMS. Semoga dapat menguruskan bayaran dengan lebih efisyen pada masa akan datang.

Share Artikel

zf.editor

zf.editor