Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2025 Online

Panduan buat para pelajar terutamanya yang berminat untuk melanjutkan pengajian kemahiran ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Sudahkah anda membuat application IPMA MARA sesi Julai 2025? Buat yang sudah melakukan application, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2025 yang boleh disemak secara online.

Semakan keputusan tawaran ke Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) dibuka padatarikh yang akan dikongsikan di bawah. Pelajar lepasan Sijil, SPM dan STPM/Setaraf yang telah membuat application secara online adalah dipelawa untuk membuat semakan melalui aplikasi online yang disediakan.

Semakan Keputusan IKM KKTM MJII

Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2025 Online Melalui SPUPIM

Maklumat penting berkaitan semakan IKM KKTM MJII 2025 Online yang merangkumi aplikasi semakan, tarikh semakan sesi Januari 2025 dan Julai 2025 adalah seperti berikut :

Aplikasi Semakan Keputusan IKM KKTM MJII

Rujuk aplikasi semakan IKM KKTM MJII di pautan berikut:
NOLANGKAH
1.Akses aplikasi semakan di pautan ini: Sistem Pengambilan UPIM (SPUPIM)
2.Masukkan No. Kad PengenalanKlik Semak

Semakan Tawaran IKM KKTM MJII

Semakan status tawaran/ keputusan IPMA sesi Januari 2025 dan Julai 2025 boleh disemak secara online pada tarikh berikut :
SESITARIKH SEMAKAN
Januari 2025Bermula 18 November 2024
Julai 2025Bermula 11 Jun 2025 & 18 Jun 2025
  • Keputusan Rayuan sesi Julai boleh disemak bermula hari Isnin, 30 Jun 2025 mulai jam 3.00 petang

i) Melalui Saluran UP-TVET

  • Semakan Dibuka : 11 Jun 2025, jam 500 petang
  • Semak Tawaran di Emel pemohon yang berdaftar di UP-TVET

ii) Melalui Portal TVET MARA

  • Semakan Dibuka : 18 Jun 2025, jam 300 petang
  • Semak Tawaran di TVET MARA

Peringatan

PEKERJAAN

  • MARA tidak menjamin apa-apa pekerjaan kepada anda setelah tamat latihan di KKTM, MJII dan IKM.
  • Pelajar tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh pengajian samada secara sepenuh masa atau sambilan.

BERHENTI DARI KKTM, MJII ATAU IKM

Sekiranya pelajar telah mendaftar di KKTM, MJII atau IKM dan kemudian menarik diri atau berhenti / diberhentikan dari / oleh KKTM, MJII atau IKM, maka semua pembayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan. Pelajar-pelajar juga akan dikenakan bayaran gantirugi semua perbelanjaan elaun yang telah dibiayai oleh MARA kepada pelajar.

Diingatkan juga pelajar yang telah berhenti / diberhentikan dari manamana KKTM, MJII atau IKM tidak akan diterima masuk atau tidak boleh mendaftar semula di mana-mana KKTM, MJII atau IKM lain dalam tempoh 6 bulan atau 12 bulan (tertakluk kepada kes) ia berhenti.

MENGULANGKAJI / MEMINDA SYARAT TAWARAN

MARA berhak, pada bila-bila masa mengubah, mengubahsuai atau meluaskan syarat-syarat tawaran ini tanpa menyentuh jaminan penjamin dan tanpa melepaskan atau dengan apa-apa jalan menyentuh tanggungan penjamin-penjamin tuan/puan.

Untuk peringatan atau nota yang lengkap. sila rujuk buku pendaftaran pelajar.

Maklumat Lanjut IPMA

Senarai IKM/ KKTM dan kursus yang ditawarkan boleh dirujuk di pautan berikut :-

  1. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. MARA Japan Industrial Institute

Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan IPMA dengan melayari Portal Rasmi e-Kemahiran di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di Facebook TVET MARA.

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:

  • Unit Pengambilan Pelajar,
    Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
    Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
    Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
    Fax: 03-26914510

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
    UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
    GMI : 03-8921 9047 / 9288
    KKTM : 03-261 34605/ 34612
    KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Selamat membuat Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2025 Online. Semoga application anda diluluskan dan dapat melanjutkan pengajian ke institusi yang diingini.

Share Artikel

zf.editor

zf.editor