Tarikh Rasmi Semakan Keputusan Tawaran SMKA Negeri Sembilan 2022 Online. Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan kemasukan ke SMKA Negeri Sembilan ambilan 2022? Perhatian buat murid Darjah 6 tahun 2021 (UPSR) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMK) Negeri Sembilan tahun 2022. Semakan Keputusan SMKA Negeri Sembilan untuk pengambilan ke Tingkatan 1 boleh disemak pada 15 Mac 2022. Tahun 2019, tawaran boleh disemak pada Selasa, 17 Disember 2019, sebaik sahaja keputusan diumumkan
Sebelum keputusan diumumkan, pelajar perlu menghadiri Ujian Kelayakan Tingkatan 1 yang diadakan pada tarikh yang akan dikemaskini. SMKA terlibat adalah SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) dan SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Hj Sail, Pedas pada tarikh yang akan dikemaskini. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke SMKA adalah melalui sistem permohonan sekolah khusus yang disediakan oleh KPM.
Cara Semak Keputusan SMKA Negeri Sembilan 2022 Online
Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan SMKA Negeri Sembilan yang dikongsikan dari E-SLIP, Portal Semakan SMKA , Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Semakan Keputusan SMKA Negeri Sembilan 2022
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan dalam membuat semakan Ujian Kelayakan Tingkatan 1 dan keputusan tawaran kemasukan ke SMKA Negeri Sembilan tahun 2020. Bagi tahun 2022 akan dikemaskini.
*Pemohon bagi tahun 2022 perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang dijadualkan pada 17 hingga 27 Januari 2022 sebelum menduduki ujian atau temuduga kelayakan ke SMKA Negeri Sembilan. Semakan Pusat PKSK boleh dibuat bermula 1 hingga 15 Disember 2021.
1. SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS
- Tarikh Ujian : Hari Pertama @ : 11 Disember 2019 (Rabu) dan Hari Kedua @ 12 Disember 2019 (Khamis)
- Masa : SESI 1 DAN SESI 3 : 8.00 PAGI & SESI 2 DAN SESI 4 : 9.45 PAGI
- TEMPAT UJIAN : SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, (SEMADAH) JALAN SEPRI, 71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN
- Taklimat Ibu Bapa/Penjaga Di Surau Sekolah: SESI 1 DAN SESI 3 : 8.30 PAGI & SESI 2 DAN SESI 4 : 10.30 PAGI
2. SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID (SHAMS)
- Tarikh Ujian @ 10 Disember 2019 (Selasa)
- Masa : SESI 1 : PENDAFTARAN : 8.00 PAGI – 8.45 PAGI & UJIAN : 9.00 PAGI – 10.30 PAGI (1 JAM 30 MINIT) dan SESI 2 : PENDAFTARAN : 10.00 PAGI – 10.45 PAGI & UJIAN : 11.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI (1 JAM 30 MINIT)
- TEMPAT UJIAN : SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID (SHAMS), JALAN TUNKU KURSIAH, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
- Taklimat Ibu Bapa/Penjaga Di Surau Sekolah: SESI 1 : 9.00 PAGI & SESI 2 : 11.00 PAGI
Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan SMKA Negeri Sembilan 2022
- Tarikh Semakan : 15 Mac 2022
- Applikasi Semakan : Klik e-SLIP SMKA JPNNS / SPSKT4
- Sila masukkan nama calon dengan ejaan yang betul / nombor kad pengenalan
- Gunakan Pelayar “Google Chrome” yang terkini sahaja.
Sila cetak borang yang berkaitan di Portal Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan http://jpnns.moe.gov.my
Borang Pengesahan Tawaran SMKA Negeri Sembilan
Sekiranya anda BERJAYA, sila lengkapkan borang pengesahan setuju terima tawaran ke SMKA di bawah:-
- BORANG PENGESAHAN SETUJU TERIMA – (sebelum 27 Disember 2019)
Pelajar dikehendaki mencetak borang-borang di bawah untuk dibawa semasa Pendaftaran Tingkatan 1:
Rayuan SMKA Negeri Sembilan 2022
- Tarikh Rayuan : 15 Mac hingga 29 Mac 2022
- Aplikasi Rayuan : Klik Rayuan SMKA Negeri Sembilan
- Keputusan Rayuan : akan dikemaskini
Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMKA Negeri Sembilan tahun 2022. Semoga anda terus cemerlang dalam pelajaran menengah anda.