Semakan Keputusan UPU 2025 Tawaran Ke UA/ IPTA

Semakan UPU Sesi 2025-2026. Masa yang ditunggu-tunggu buat pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf yang telah memohon untuk memasuki Universiti Awam (UA), IPG, Kolej Komuniti, Politeknik Premier, Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Berikut dikongsikan tarikh penting semakan keputusan UPU 2025 iaitu keputusan tawaran yang boleh disemak secara atas talian dan SMS.

Maklumat tahun 2025 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan. Keputusan UPU sesi 2025-2026 untuk lepasan SPM akan diumumkan pada Jun 2025 bermula jam 12 tengah hari manakala lepasan STPM pada September 2025 mulai jam 12 tengah hari. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal UPU, BPKP, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam mendapatkan tarikh rasmi semakan.

Semakan Keputusan UPU 2025 : Semak Tawaran Ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA

Berikut dikongsikan panduan dan tarikh semakan UPU 2025 yang merangkumi tarikh semakan Ujian MeDSI dan temuduga Pendidikan/ Bukan Pendidikan, tarikh hebahan keputusan UPU lepasan SPM/ STPM

Di bawah juga dikongsikan pautan URL saluran semakan keputusan/ cetakan tawaran untuk akses pemohon.

Semakan UPU 2025-2026

Nota : Berikut adalah tarikh Semakan UPU bagi tahun 2025-2026 sebagai rujukan.

Tarikh rasmi bagi semakan UPU serta pautan URL saluran semakan bagi setiap aktiviti akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi

i) Lepasan SPM/ Setaraf

TARIKHAKTIVITI
14 April 2025i) PANGGILAN TEMUDUGA

Nama yang layak dipanggil temuduga untuk program pengajian bertanda (#) boleh disemak di pautan URL berikut :-

Mei hingga Jun 2025Temuduga dan Ujian Lepasan SPM/ setaraf
16 Jun 2025 (12.00 tengah hari) hingga 25 Jun 2025 (5.00 petang)ii) HEBAHAN KEPUTUSAN UPU

Pautan URL semakan keputusan UPU dibuka mulai jam 1200 tengah hari:-

  1. https://jpt.utm.my
  2. http://jpt.ums.edu.my
  3. https://jpt.unimas.my
  4. http://jpt.uum.edu.my
  5. http://jpt.umt.edu.my/

Melalui Aplikasi Telefon

16 Jun 2025 (12.00 tengah hari) hingga 25 Jun 2025 (5.00 petang)iii) RAYUAN UPU

  • Pemohon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat Rayuan UPU
  • Rayuan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi boleh dibuat menerusi UPU Rayuan di https://upu.mohe.gov.my/
  • Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 10 hari bekerja
  • Rayuan DIBUKA: Jun 2025, 12 tengahari
  • Rayuan DITUTUP: Julai 2025, jam 500 petang
  • Untuk rayuan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, boleh terus dikemukakan kepada institusi berkenaan.
25 Julai 2025 (12.00 tengah hari) hingga 29 Julai 2025 (5.00 petang)KEPUTUSAN RAYUAN UPU

  • Hebahan keputusan rayuan bagi lepasan SPM dan Setaraf ke UA/ IPTA
  • Hebahan kedua keputusan rayuan bagi lepasan SPM dan Setaraf: akan dikemaskini
  • Tempoh setuju terima tawaran bermula 26 JULAI hingga 29 JULAI 2025

NOTA

  1. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.
  2. Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang pertukaran adalah tidak dibenarkan
  3. Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan
  4. Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu
  5. Pendaftaran atas talian ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober 2020 sementara Institusi lain bermula pada 5 Julai 2020 hingga 4 Januari 2021.

Berikut adalah maklumat penting semakan UPU untuk pamohon dari lepasan STPM dan setaraf :-

ii) Lepasan STPM/ Setaraf

TARIKHAKTIVITI
21 April 2025 (12 tengah hari)PANGGILAN TEMUDUGA

Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Sarjana Muda Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf

Temuduga dan Ujian Lepasan STPM/ setaraf
28 April 2025 – 9 Mei 2025Ujian MEDSI diadakan
21 April 2025Semakan Panggilan Temu Duga Bukan Pendidikan
19 Mei 2025Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan
Pautan URL Semakan Temuduga adalah seperti berikut :-

Nota : Aplikasi semakan temuduga UPU untuk Universiti Awam (akan dikemaskini)

30 Julai, 12pm – 6 Ogos 2025, 500pmFasa Pengemaskinian

  • KATEGORI STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM :
    • Kemaskini pilihan program pengajian KECUALI yang telah dipanggil temu duga dan/atau ujian
    • Hanya program pengajian yang memenuhi syarat khas akademik SAHAJA akan disenaraikan dalam pilihan
  • KATEGORI DIPLOMA / SETARAF :
    • Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik SAHAJA.
5 September 2025 (12.00 tengah hari) – 14 September 2025 (5.00 petang)Hebahan Keputusan Tawaran UA Lepasan STPM Setaraf

5 September 2025 (12.00 tengah hari) – 14 September 2025 (5.00 petang)e-Rayuan

3 Oktober 2025 (12 tengah hari) – 7 Oktober 2025 (5 petang)Keputusan Rayuan UPU

  • Hebahan keputusan rayuan Lepasan STPM/ Setaraf
  • Pengesahan setuju terima tawaran bermula 4 Oktober sehingga 7 Oktober 2025

Selain semakan UPU secara atas talian, keputusan UPU juga boleh disemak melalui Applikasi UPUPocket.

Semakan Keputusan UPU 2025 Tawaran

Semakan secara SMS tidak disediakan tetapi calon boleh menyemak melalui aplikasi UPUPocket.

i) Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier

  • Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

ii) Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)

  • Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

Keputusan UPU (application ke universiti awam) juga boleh disemak di Aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di Play Store hanya unyuk pengguna Android.

Berikut adalah nota penting berkaitan semakan UPU buat panduan dan rujukan pemohon :-

Nota Penting

1.Sistem Aplikasi Semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi

2. Bagi rayuan berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) / Institut yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat

3. Sistem aplikasi semakan keputusan dan tawaran UA / Politeknik Premier / Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA telah ditutup sepenuhnya selepas tarikh akhir semakan

Pelajar adalah disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan application ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi dan Politeknik, Kolej Komuniti serta ILKA Sesi 2025-2026 melalui Laman berikut :-

Maklumat Lanjut

Portal Rasmi UPU BPKP

Facebook Rasmi BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)

SISTEM MAKLUM BALAS UPU telah disediakan bagi membolehkan pelajar untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai UPU dan status keputusan. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan termasuk masalah yang dihadapi di Sistem ini

Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8.00 pagi hingga 5:00 petang)

Rel : sesi akademik, semakan panggilan temuduga, kemasukan ke ua, cara semakan keputusan upu program pengajian lepasan spm, sesi akademik 2022/2023, pemohon yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat, aktiviti yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat, saluran semakan keputusan upu jarak result jarak no kad pengenalan dan sms ke 15888, institusi latihan kemahiran awam, kemasukan ke universiti awam ua politeknik premier konvensional metro kolej komuniti ilka tvet, talian helpline upu jarak result jarak no kad pengenalan dan sms ke 15888, lepasan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm, institusi latihan kemahiran awam ilka, kemasukan ke universiti awam ua politeknik kolej komuniti, saluran semakan tersebut setelah semakan dibuat,

Share Artikel

shammorin

shammorin