Perhatian buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang sedang mencari pekerjaan. Sudahkah anda melakukan permohonan pekerjaan kerajaan di SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)? Sekiranya ya, pasti anda ingin tahu tentang status permohonan tersebut yang merangkumi keputusan peperiksaan dan temuduga. Untuk berbuat demikian, anda perlu melakukan Semakan SPA secara atas talian/ online. untuk penilaian PSEE, Temuduga, Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan serta Keputusan Assessment Centre.
Sekiranya ingin memperoleh maklumat terkini berkaitan jawatan kosong kerajaan, para pemohon dinasihatkan agar kerap melayari Portal Rasmi SPA. Bagi memudahkan urusan semua, kami akan kongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan SPA (Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga) sebagai rujukan dan panduan.
Portal SPA adalah salah satu daripada saluran untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Selain itu, agensi kerajaan atau badan berkanun yang lain turut mempunyai portal permohonan pekerjaan tersendiri untuk orang ramai memohon pekerjaan ke agensi tersebut secara terus tanpa melalui Portal SPA.
Semakan Status Permohonan SPA – Semak Keputusan Peperiksaan & Temuduga
Berikut kami kongsikan maklumat berkaitan Semakan secara atas talian / online yang terdiri daripada pautan-pautan semakan Online, pautan aplikasi online, panduan pendaftaran pekerjaan dan peringatan penting bagi pendaftaran pekerjaan:
Pautan Semakan SPA Online | |||
Berikut dikongsikan pautan-pautan rasmi SPA yang dapat digunakan untuk membuat semakan secara online: | |||
NO | PAUTAN | ||
1. | Senarai Keputusan Penilaian (PSEE) | ||
2. | Senarai Keputusan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan | ||
3. | Senarai Keputusan Assessment Centre | ||
4. | Senarai Keputusan Temu Duga | ||
Semakan Status Permohonan SPA Online | |||
Setelah mengakses pautan rasmi SPA, anda boleh melakukan semakan keputusan temuduga dan peperiksaan yang berkaitan perkara-perkara di bawah dengan menekan klik pada tulisan-tulisan berwarna biru di laman web tersebut: | |||
NO | PERKARA YANG BOLEH DISEMAK | ||
1. | Maklumat Urusan Pengambilan (Statistik). | ||
2. | Senarai Penjadualan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. | ||
3. | Senarai Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. | ||
4. | Senarai Penjadualan Assessment Centre. | ||
5. | Senarai Keputusan Assessment Centre. | ||
6. | Senarai Penjadualan Temu Duga/Pemeriksaan Fzikal. | ||
7. | Senarai Penjadualan Temu Duga. | ||
8. | Senarai Keputusan Temu Duga. | ||
9. | Semakan Status Urusan Perkhidmatan. | ||
10. | Sistem Tawaran Pelantikan. | ||
11. | Kalkulator Perkhidmatan. | ||
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan SPA9 | |||
Sekiranya anda ingin membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA9, klik pada pautan yang dikongsikan di bawah: | |||
NO | PAUTAN | ||
1. | Borang SPA9 | ||
Sebelum mengisi borang SPA9 (dahulunya SPA8i), para pemohon dikehendaki membuat pendaftaran akaun baru dengan menekan klik pada DAFTAR MYID BARU. Teruskan dengan melengkapkan butiran-butiran yang diperlukan. | |||
Peringatan Bagi Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan SPA8i | |||
Semasa membuat pendaftaran, adalah amat penting bagi pemohon untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara di bawah: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Pendaftaran calon mempunyai tempoh sah laku selama setahun. | ||
2. | Permohonan jawatan tanpa had sudah dikemaskini kepada 15 jawatan. | ||
3. | Permohonan jawatan terhad kepada dasar One Step Lower di mana:
| ||
4. | Sekiranya pemohon tidak memenuhi kriteria seperti dia atas, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon. Jika perkara itu berlaku, pemohon dinasihatkan agar membuat pengemaskinian Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) kemudian hantar semula permohonan. | ||
5. | Pendaftaran permohonan jawatan dapat dilakukan sepanjang waktu tetapi hanya diterima secara online. | ||
6. | Pemohon tidak perlu melakukan apa-apa proses surat-menyurat atau penghantaran resume. | ||
7. | Sekiranya calon telah mendaftarkan permohonan untuk jawatan yang berkaitan, mereka tidak perlu mendaftar sekali lagi. Tetapi pastikan pendaftaran permohonan tersebut masih dalam tempoh sah laku. | ||
8. | Hanya calon yang berjaya ditapis yang akan mendapat panggilan temuduga. Di samping itu, urusan pengambilan bergantung pada kekosongan jawatan yang dimaklumkan melalui laporan Kementerian/Jabatan. |
Semoga perkongsian berkaitan Semakan Status Permohonan SPA (Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga) dapat memberi manfaat buat anda. Selamat membuat semakan status dan semoga permohonan anda berjaya.