Cara Semakan Keputusan SMKA Perak 2024 Online – Ujian Bertulis Dan Temuduga. Bila boleh semak keputusan ujian bertulis dan tawaran kemasukan ke SMKA Negeri Perak ambilan tahun 2024? Perhatian buat para pelajar Tahun 6 (UPSR) 2023 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMKA) Negeri Perak ambilan tahun 2024. Berikut dikongsikan informasi berkaitan dengan Semakan Keputusan SMKA Perak 2024 untuk kemasukan Tingkatan 1 beserta semakan ujian bertulis dan temuduga. Keputusan boleh disemak secara online.
Untuk makluman, keputusan tawaran ke SMKA Perak 2024 akan diumumkan selepas tamatnya ujian temuduga. KPM telah mengumumkan bahawa permohonan ke SMKA akan melalui permohonan sekolah khusus KPM bermula tahun 2021. Semua keputusan kemasukan dan ujian ke SMKA akan diumumkan di Portal Permohonan Sekolah Khusus KPM. Pemohon Sekolah Menengah Kebangsan Agama yang berjaya perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat cetakan surat tawaran. Pemohon yang gagal dalam permohonan pula boleh membuat permohonan e-rayuan.
Cara Semak Keputusan Tawaran Kemasukan Ke SMKA Perak 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat tarikh penting semakan keputusan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak ambilan tahun 2024 :-
- Tempoh Permohonan : 1 Ogos hingga 17 September 2023
- Semak Pusat PKSK : 25 September hingga 27 Oktober 2023
- Tarikh Pelaksanaan PKSK : 16 hingga 27 Oktober 2023
- Tarikh Temuduga: akan dikemaskini
- Status Keputusan: 1 Mac 2024
Dasar pengambilan tahun 2024 akan dikemaskini . berikut adalah dasar pada tahun sebelum ini:-
- Warganegara Malaysia
- Murid Sekolah Rendah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, SRAR dan SRAN yang berdaftar dengan pihak berkuasa negeri serta sekolah Swasta (Agama) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Keutamaan untuk pelajar yang mampu menulis dan membaca tulisan jawi serta membaca al-Quran dengan baik
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Lulus dalam Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)
- Lulus dalam Temuduga dan Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah untuk calon TMUA
Syarat Permohonan bagi tahun 2023 akan dikemaskini. Di bawah, adalah syarat permohonan tahun sebelumnya:
- Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah mestilah cemerlang
- Cemerlang dalam Kokurikulum Agama
- Lulus dalam Ujian Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah (SPITSR) serta Ujian Tahap Kecerdasan
- Lulus dalam Ujian Saringan Hafazan serta Tilawah di SMKA Kerian (TMUA)
SMAN (Kurikulum Bersepadu Dini)
- A. Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
B. Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh
C. Sekolah Raja Dr Nazrin Shah,Kg Gajah
dan
SMTDR (Kurikulum Bersepadu Tahfiz)
- A. SMTDR Daerah Manjung ( Lelaki sahaja)
B. SMTDR Daerah Batang Padang ( Perempuan sahaja)
C. SMTDR Daerah Kerian ( Perempuan sahaja)
D. SMTDR Daerah Lenggong ( Lelaki sahaja)
E. SMTDR Daerah Kuala Kangsar ( Lelaki sahaja)
Maklumat lanjut sila layari Portal Perak Digital
KEMASUKAN TAHUN 2021
Mulai kemasukan tahun 2018 dan menerusi makluman JPN Perak, syarat kemasukan murid ke Tingkatan 1 ke semua SMKA telah dibuat penambahbaikan. Pemohon perlu menduduki dan lulus ujian bertulis Jawi. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Semakan Keputusan SMKA Perak 2022 yang boleh disemak secara online seperti semakan ujian beserta tarikh dan aplikasi semakan.
Seperti yang dikongsikan, pemohon perlu menduduki Ujian Saringan (Bertulis Jawi) Dan Temuduga Lisan untuk semua SMKA. Manakala untuk SMKA Kerian, pelajar perlu menghadiri Ujian Temuduga, Lisan Tilawah Dan Hafazan untuk SMKA Kerian.
* Maklumat bagi tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
A. Semakan Keputusan SMKA Perak 2022 : Ujian Saringan (Bertulis Jawi) Dan Temuduga Lisan
Pemohon boleh membuat semakan keputusan kelayakan menduduki Ujian Bertulis Jawi seperti ketetapan berikut :-
- Tarikh : akan dikemaskini, Tahun 2019 : 29 November 2019
- Applikasi semakan : SMKA PERAK
Berikut adalah tarikh baru Ujian Saringan (Bertulis Jawi) Dan Temuduga Lisan untuk semua sekolah yang terlibat :-
- Tarikh : akan dikemaskini, Tahun 2019 : 2 Disember 2019
Nota : Calon diminta membawa alat tulis, slip kelayakan menduduki ujian dan memakai pakaian rasmi Sekolah Kebangsaan. Daerah dan pusat ujian adalah seperti berikut :-
(akan dikemaskini)
- Hilir Perak : SK Sultan Abdul Aziz
- Kuala Kangsar : SMK Bukit Merchu
- Batang Padang/ Mualim : SMKA Slim River
- Kinta Utara : SMKA Tambun
- Kerian : SMKA Kerian
- Perak Tengah : SMKA Sultan Azlan Shah
- Larut Matang Selama : SK Long Jaafar
- Kinta Selatan : SMK Kampar
- Hulu Perak : SK Sri Adika Raja
- Manjung : SK Seri Selamat
B. Semakan Ujian Temuduga, Lisan Tilawah Dan Hafazan
Murid yang memohon kemasukan ke SMKA Kerian (TMUA) akan menduduki Ujian Temuduga, Lisan Tilawah dan Hafazan.Keputusan murid yang layak bagi Temuduga Ujian Lisan SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab akan dimaklumkan pada
Tarikh : 21 Disember 2017 (Khamis)Masa : Jam 1000 pagiAppliaksi Semakan . Semakan boleh dibuat pada applikasi semakan SMKA Perak (seperti link URL di atas).
Ujian Temuduga akan dilaksanakan seperti berikut :-
Tarikh : 26 Disember 2017 (Selasa)Masa : 800 pagiTempat : SMKA Kerian
C. Tarikh Semakan Keputusan SMKA Perak Tahun 2024 Secara Online
Keputusan tawaran akan diketahui selepas ujian bertulis/ temuduga tamat.
- Tarikh Semakan : 1 Mac 2024
- Applikasi Semakan : SEMAKAN SMKA Perak Online / SPSKT4
- Masukkan Angka Giliran UPSR untuk menyemak
- Kepada pemohon yang berjaya, sila buat Cetakan SURAT TAWARAN yang memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader 9.0 ke atas.
Makluman Penempatan Murid Tingkatan 1 SMKA Perak 2024
Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMKA Perak ambilan tahun 2024. Sila rujuk peringatan dibawah untuk panduan selanjutnya.
SMKA KERIAN
- Jalan Kampung Selamat
34400 Simpang Empat
Semanggol
Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-8904997
SMKA SULTAN AZLAN SHAH
- Seri Iskandar
32600 Bota
Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-3711689
SMKA SLIM RIVER
- 35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-4527213
Peringatan Kepada Calon Berjaya (Cetak tawaran)
- Murid atau pelajar yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
- Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
- Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
- Tawaran kepada calon berjaya adalah muktamad.
- Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan
Permohonan E-Rayuan SMKA Perak 2024
- Pemohon yang gagal boleh membuat rayuan dimana Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SMKA ambilan pertama
- Permohonan e- Rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan yang sama
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 SMKA Perak tahun 2024. Gunakan peluang yang diberikan untuk belajar bersungguh-sungguh dalam mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kepada pelajar yang gagal dalam permohonan, anda masih berpeluang untuk memasuki SMKA Perak dengan membuat permohonan rayuan kemasukan.