Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2025 KRK KAA SABK SMKA

Cara Semakan Tawaran Sekolah Kawalan 2025 Online. Para pelajar tahun enam yang sepatutnya menduduki UPSR 2024 pasti tertanya-tanya bilakah tarikh Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2025 kemasukan ke Tingkatan 1. Berikut adalah panduan penting semakan keputusan sekolah kawalan ambilan tahun 2025. Semakan boleh dilakukan melalui aplikasi semakan atas talian di laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.

Untuk pengetahuan, Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM) yang digunakan pada tahun-tahun lepas tidak dibuka pada tahun ini.  Permohonan ke sekolah kawalan tidak lagi boleh dilakukan secara online. Oleh itu,permohonan kemasukan tingkatan 1 ke sekolah kawalan bagi sesi 2025 hendaklah dibuat melalui borang manual yang diedarkan oleh sekolah rendah  atau pun JPN negeri masing-masing.

Terkini: Menurut Kenyataan Media, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun 2021 dan diteruskan pada tahun berikutnya. Sistem permohonan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point ini melibatkan permohonan secara berpusat dan kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2019

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2025 Online

Berikut merupakan maklumat penting untuk menyemak keputusan kemasukan ke tingkatan 1 ke Sekolah Kawalan tahun 2025 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Senarai Sekolah Kawalan

Berikut merupakan jenis-jenis sekolah kawalan yang terletak di Malaysia:-

1.Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

2.Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

3.Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)

4.Kelas Kawalan/ Kelas Premier

5.Kelas Rancangan Khas (KRK)/ Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier

6.Kelas Aliran Agama (KAA)

Tarikh Rasmi Semakan

  • Tahun 2025 : Semakan kemasukan ke SMKA bagi Tingkatan 1 dan TIngkatan 4 adalah pada 31 januari 2025 secara serentak
  • Tahun 2024 : Semakan kemasukan ke SMKA bagi Tingkatan 1 dan TIngkatan 4 adalah pada 1 Mac 2024 secara serentak
  • Tahun 2023 : Semakan kemasukan ke SMKA bagi Tingkatan 1 dan TIngkatan 4 adalah pada 24 Mac 2023 secara serentak
  • Tahun 2022 : Semakan kemasukan ke SMKA bagi Tingkatan 1 dan TIngkatan 4 adalah pada 15 Mac 2022 secara serentak
  • Tahun 2021 : Tarikh semakan kemasukan ke SMKA bagi Tingkatan 1 bermula 19 Mac 2021, Tingkatan 4 bermula 23 Mac 2021
  • Tahun 2020 : Tarikh semakan tertakluk kepada JPN negeri masing-masing. Pelajar adalah disarankan untuk melayari applikasi semakan JPN negeri untuk membuat semakan keputusan permohonan terkini.
  • Tahun 2019 : Tarikh semakan tertakluk kepada JPN negeri masing-masing. Pelajar adalah disarankan untuk melayari applikasi semakan JPN negeri untuk membuat semakan keputusan permohonan terkini.

Cara-cara Semakan

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan keputusan sekolah kawalan:-

Semakan Kemasukan ke SMKA

  1. Sila layari portal semakan keputusan permohonan sekolah khusus
  2. Pautan kepada sistem dikongsikan di bawah

Semakan online

  1. Sila layari pautan JPN mengikut negeri masing-masing.
  2. Isi no angka giliran UPSR/ KP/ Nama
  3. Klik SEMAK

Semakan SMS

Cara 1:

Taip MOE (jarak) SKWL (jarak) Angka Giliran UPSR

Contoh : MOE SKWL BB0000007 dan hantar ke 15888

Cara 2:

Taip MOE (jarak) SKKAWALAN (jarak) Angka Giliran UPSR

Contoh : MOE SKKAWALAN BB0000007 dan hantar ke 15888

*MAKLUMAN : Pada tahun ini, semakan melalui SMS tidak disediakan kerana permohonan ke sekolah kawalan tidak dilakukan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM)

Pautan Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2025

Semakan tawaran kemasukan boleh dibuat melalui Laman Web JPN masing-masing. Berikut diberikan pautan semakan tawaran mengikut berdasarkan negeri-negeri di Malaysia:-

SMKA

  1. Tingkatan 1
  2. Tingkatan 4

Johor

  1. JPN Johor
  2. SMA Johor

Terengganu

  1. Terengganu

Perak

  1. JPN Perak
  2. SMKA Perak

Negeri Sembilan

  1. Negeri Sembilan

Kedah

  • (akan dikemaskini)

Kelantan

  1. JPN Kelantan

Pahang

  1. JPN Pahang
  2. SPSMA Pahang

Selangor

  1. Geraksel Selangor
  2. Semakan JAIS Selangor

Perlis

  1. Perlis

Melaka

  1. Melaka

WP Kuala Lumpur

  1. KAA KL
  2. iSMAM MAIWP

Sarawak

  1. Sarawak

Sabah

  1. Sabah

Semoga panduan Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2025 KRK KAA SABK SMKA ini dapat memudahkan anda untuk memeriksa status permohonan anda. Tahniah buat pelajar-pelajar yang berjaya dalam permohonan ke sekolah kawalan bagi tahun ini.

Related search : tingkatan 1 tahun 2021 membuat permohonan kemasukan permohonan kemasukan ke sekolah kawalan tingkatan 1 kementerian pendidikan malaysia kpm keputusan ujian dibuka secara jabatan pendidikan negeri kelas aliran agama kaa

Share Artikel

shammorin

shammorin